Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) mempelawa anak Selangor yang berkelayakan untuk memohon Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PBUDN) Tahun 2026 yang boleh dipohon menerusi laman web https://danapendidikan.selangor.gov.my.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tawaran PUBDN ini untuk makluman bersama.

Apakah Pinjaman Boleh Ubah Negeri Selangor?
PUBDN merupakan program pembiayaan pendidikan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS).
Program ini menawarkan bantuan kewangan Pinjaman Boleh Ubah Tanpa Faedah kepada Anak Selangor bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil, Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda di semua IPTA di Malaysia dan IPTS yang menepati semua syarat-syarat yang ditetapkan.
Objektif program ini diwujudkan adalah bagi menyediakan bantuan kewangan kepada Anak Selangor untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang tinggi.
Tarikh Permohonan
Permohonan pinjaman ini boleh dibuat secara atas talian mulai 1 September 2026 hingga 21 September 2026.
Peringkat Pengajian
Peringkat pengajian yang layak untuk membuat permohonan PUBDN adalah seperti berikut:
- Sijil
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
- Ijazah Perubatan
Kadar Pembiayaan
Kadar pembiayaan yang bakal diterima oleh pelajar yang terpilih adalah seperti berikut :
| PERINGKAT PENGAJIAN | IPTA/IPTS(Kadar Setahun) |
| Sijil | RM 4,000.00 |
| Diploma | RM 8,000.00 |
| Ijazah Sarjana Muda (Pelbagai dan Veterinar) | RM 10,000.00 |
| Perubatan dan Pergigian | RM 12,000.00 |
Pengurangan Pinjaman
Pembiayaan yang bakal diterima adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah di mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian CGPA/PNGK akhir pelajar.
Selain pencapaian CGPA/PNGK, pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Tamat pengajian dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran.
- Tidak melanggar mana-mana syarat seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Perjanjian.
- Mengemukakan salinan transkrip rasmi dan sijil senat yang telah disahkan oleh pihak Universiti kepada Urus Setia TKWBNS.
Syarat Am
Syarat am yang perlu dipenuhi oleh pelajar yang ingin memohon adalah seperti berikut:
- Pemohon dan ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
- Pemohon, ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
- Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada sepuluh (10) tahun di Selangor; (KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK SELANGOR)
- Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Perubatan.
- Sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam Negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh Kerajaan secara SEPENUH MASA.
- Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.
- Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar.
- Pendapatan isi rumah (Ibu dan Bapa) hendaklah tidak melebihi RM 20,000.00 sebulan (gaji pokok).
Syarat Akademik
Selain itu, pelajar juga perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan:
i) Sijil
- Memperolehi sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran SPM (bidang dan teknikal).
- Memperolehi sekurang-kurangnya 4 kepujian dalam mana-mana pelajaran di peringkat SPM (IPTA).
ii) Diploma
- Memperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
- Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/CGPA 2.50 ke atas.
iii) Ijazah Sarjana Muda
- Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/Pra-Ijazah/Matrikulasi/Diploma dengan kelulusan PNGK/CGPA 2.50 ke atas; atau
- Memperoleh sekurang-kurangnya 4 Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
- Memperoleh sekurang-kurangnya 5 kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.
iv) Ijazah Perubatan
- Sedang mengikuti Ijazah Perubatan dan Pembedahan/Pergigian di Universiti Awam yang disenaraikan.
Cara Memohon
Pelajar yang berkelakan boleh boleh membuat permohonan menerusi laman web https://danapendidikan.selangor.gov.my.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:
- Salinan Sijil Lahir Pemohon
- Salinan My Kad Pemohon, Bapa dan Ibu,
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah Dan Menengah),
- Salinan Keputusan SPM/ STPM/ STAM/ MATRIKULASI/ ASASI/ DIPLOMA (mana yang berkaitan).
- Salinan slip gaji terkini (ibu dan bapa/penjaga). Untuk pesara, sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri/tidak bekerja/suri rumah sila dapatkan pengesahan pendapatan (Disahkan oleh Ketua Kampung/ ADUN/ Penghulu/Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok sahaja)
- Bagi pemohon dan ibubapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengemukakan pengesahan mastautin yang disahkan oleh Ketua Kampung/ ADUN/ Penghulu/Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok sahaja)
- Salinan Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan)
Soalan Lazim
PUBDN merupakan program pembiayaan pendidikan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) yang menawarkan bantuan kewangan Pinjaman Boleh Ubah Tanpa Faedah kepada Anak Selangor bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil, Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda di semua IPTA di Malaysia dan IPTS yang menepati semua syarat-syarat yang ditetapkan.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian mulai 1 September 2026 hingga 21 September 2026.
– Sijil
– Diploma
– Ijazah Sarjana Muda
– Ijazah Perubatan
Tidak. Pemohon mestilah telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Perubatan.
Pendapatan isi rumah (Ibu dan Bapa) hendaklah tidak melebihi RM 20,000.00 sebulan (gaji pokok).
Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://danapendidikan.selangor.gov.my.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai PUBDN, sila layari laman web https://danapendidikan.selangor.gov.my.
Baca juga: Permohonan Biasiswa Pascasiswazah 2026 YPJ




