Senarai Peribahasa Bahasa Melayu Beserta Maksud

Di dalam masyarakat di negara kita terutamanya dalam kalangan orang-orang Melayu, peribahasa sering digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, atau ingatan secara kiasan atau sindiran.

Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa?

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), peribahasa merupakan ayat atau kelompok kata yg mem­punyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian yg tertentu.

Senarai Peribahasa

Berikut merupakan antara senarai peribahasa yang lazim digunakan di dalam masyarakat:

  • Mengaburi mata orang: Seseorang yang menipu atau membodohkan orang.
  • Ada udang di sebalik batu: Seseorang yang mempunyai maksud tertentu di sebalik apa yang dilakukannya.
  • Seperti anjing dengan kucing: Orang yang selalu bertengkar.
  • Seperti musang berbulu ayam: Seseorang yang berpura-pura berbuat baik untuk menyembunyikan kesalahannya.
  • Buaya darat: Seseorang yang jahat atau suka berfoya-foya dengan perempuan silih berganti.
  • Sudah terhantuk baru terngadah: Seseorang yang baru sedar akan kesalahannya setelah mendapat kesusahan.
  • Diberi betis hendak peha: Seseorang yang tamak kerana apabila diberi sedikit, dia meminta banyak lagi.
  • Berdua terkunci, bertiga terbuka: Rahsia dapat disimpan oleh dua orang sahaja.
  • Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan: Khabar telah didengar, namun buktinya belum ada.
  • Direbus tak empuk: Sangat sukar dikalahkan.
  • Berdua terkunci bertiga terbuka: Rahsia yang dapat disimpan oleh dua orang sahaja.
  • Malang tiada datang tunggal: Malang yang bertimpa-timpa.
  • Tutup lubang gali lubang: Berhutang untuk membayar hutang.
  • Melilit dulu kemudian memanjat: Perbaikilah diri dulu sebelum melakukan sesuatu usaha yang lebih besar.
  • Laut datang memunggah manusia: Orang pandai datang mengajarkan ilmu yang berguna kepada kita.
  • Tahu makan tahu simpan: Pandai menyimpan rahsia.
  • Membesarkan kerak nasi: Menambah-nambah yang tidak perlu, membuat pekerjaan yang membazir.
  • Menyeberangi jambatan emas: Berjuang untuk mencapai kebahagiaan bagi nusa dan bangsa.
  • Direndam tak basah: Sukar dikalahkan

Sumber: https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=peribahasa dan https://www.facebook.com/DBPMalaysia

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!