Penanda Wacana Bahasa Melayu & Contoh Bombastik

Di peringkat sekolah rendah lagi, apabila belajar mata pelajaran Bahasa Melayu, kita telah didedahkan dengan penggunaan penanda wacana terutamanya dalam penulisan.

Malah, kita juga mungkin menggunakannya dalam ucapan seharian tanpa menyedari bahawa ungkapan atau frasa tersebut merupakan satu penanda wacana.

Definisi Penanda Wacana

Dalam bahasa mudahnya, penanda wacana adalah perkataan, ayat atau frasa

Fungsinya adalah membantu pembaca memahami struktur dan maksud tulisan.

Ini memastikan bahawa pembaca dapat mengikuti alur tulisan dengan mudah dan memahami maksud setiap ayat.

Selain itu juga juga berfungsi bagi membantu penulis menyusun idea dan memberikan tumpuan kepada bagian penting dalam tulisan.

Ianya boleh digunakan dalam perenggan yang sama atau perenggan baru supaya ayat menjadi lebih teratur serta mempunyai kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan seterusnya.

Artikel berkaitan: 30 Koleksi Pantun Nasihat Kanak-Kanak Popular & Lucu

Jenis

Terdapat beberapa jenis penanda wacana, seperti yang berikut:

  • Permulaan karangan
  • Kesan
  • Penambahan
  • Perbandingan / Perbezaan
  • Turutan
  • Contoh
  • Masa
  • Memasukkan peribahasa / frasa lain
  • Kesimpulan

Contoh

Berikut merupakan beberapa contoh penanda wacana daripada beberapa jenis yang disenaraikan di atas:

Permulaan karangan

  • Sejak akhir-akhir ini,
  • Dewasa ini,
  • Pada masa ini,
  • Kini,
  • Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
  • Sejak sedekad yang lalu,
  • Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
  • Kebelakangan ini,
  • Dasawarsa ini,
  • Baru-baru ini
  • Umum mengetahui bahawa
  • Sejak zaman-berzaman
penanda wacana bahasa melayu bombastik
penanda wacana bahasa melayu bombastik
Sumber infografik : Perpustakaan Desa Bandar Baru Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Kesan

  • kerana
  • walaupun
  • mahupun
  • selain itu
  • natijahnya
  • implikasi
  • kesannya
  • akibatnya
  • kesudahannya
  • dengan berbuat demikian

Penambahan

  • dan
  • sebenarnya
  • juga
  • sekali lagi
  • bertitik tolak daripada hal ini
  • tambahan pula
  • lebih-lebih lagi
  • selain itu
  • di samping itu
  • seperkara lagi
  • sementelahan
  • sehubungan dengan itu
  • lanjutan daripada itu

Perbandingan / Perbezaan

  • tetapi
  • dalam nada yang berbeza
  • selain itu
  • walaupun
  • sehubungan dengan
  • sebagaimana
  • sebaliknya
  • jika dibandingkan dengan
  • sama dengan
  • berbeza dengan
  • walau bagaimana sekalipun
  • selari dengan
  • walau bagaimanapun
  • setelah dibandingkan dengan
  • namun demikian

Turutan

  • Antara
  • Selain itu,
  • Di samping itu,
  • Lain daripada itu
  • Seterusnya
  • Begitu juga dengan
  • Akhir sekali

Contoh

  • Misalnya
  • Contohnya
  • Sebagai contoh
  • Tamsilnya
  • Seperti yang kita sedia maklum,
  • Satu contoh
  • Satu cara
  • Antara contoh

Promosi: Mantapkan tatabahasa Bahasa Melayu anda dengan Kamus Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga)

Masa

  • akhirnya
  • pada masa yang sama
  • sesekali
  • dewasa ini
  • pada ketika itu
  • sebelum ini
  • selepas itu
  • pada mulanya
  • semenjak itu
  • sementara itu

Memasukkan peribahasa / frasa lain

  • Bak kata peribahasa,…
  • Bak kata peribahasa Melayu,…
  • Bak kata orang tua-tua,…
  • Bak kata mutiara,…
  • Bak Peribahasa,…
  • Bak kata cendekiawan,…
  • Persis kata peribahasa,…

Kesimpulan

  • Kesimpulannya
  • Intihanya
  • Secara tuntas
  • Tuntasnya
  • Konklusinya
  • Sebagai penutup wacana
  • Sebagai penghias bicara
  • Sebelum mengakhiri wacana ini,
  • Secara keseluruhan
  • Akhir kata
penanda wacana bahasa melayu bombastik
Sumber : Galeri Bhasa via Facebook Lily NG AI Lee

PENANDA PERMULAAN KARANGAN
1. Pada era globalisasi ini,
2. Pada zaman pascakemerdekaan ini,
3. Dalam meniti arus kemodenan ini,
4. Dewasa ini,
5. Pada masa ini,
6. Kini,
7. Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
8. Sejak sedekad yang lalu,
9. Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
10. Kebelakangan ini,
11. Sejak akhir-akhir ini,

PENANDA MEMULAKAN ISI BAHARU
1. Selain itu,
2. Di samping itu,
3. Sementara itu,
4. Lebih-lebih lagi,
5. Dalam pada itu,
6. Lain daripada itu,
7. Pada waktu yang sama,
8. Dalam pada itu,
9. Seterusnya,

PENANDA HURAIAN ISI KARANGAN
1. Hal ini demikian kerana
2. Hal ini berlaku kerana
3. Hal ini terjadi kerana
4. Hal ini disebabkan oleh
5. Hal ini wujud akibat daripada
6. Hal ini bersangkut-paut dengan
7. Hal ini berpunca daripada
8. Hal ini tercetus apabila

PENANDA MENGHURAIKAN CONTOH
1. Hal ini mengakibatkan
2. Hal ini menyebabkan
3. Oleh itu,
4. Maka,
5. Oleh hal yang demikian,
6. Oleh sebab itu,
7. Jelaslah bahawa
8. Justifikasinya,

PENANDA MEMBERI CONTOH DALAM KARANGAN
1. Misalnya,
2. Contohnya,
3. Sebagai contoh,
4. Tamsilnya,
5. Sebagaimana yang kita sedia maklum
6. Antaranya adalah seperti

PENANDA MENUTUP ISI
1. Kesannya,
2. Natijahnya,
3. Akibatnya,
4. Akhirnya,
5. Dengan itu,
6. Dengan berbuat demikian
7. Dengan keadaan sedemikian,

PENANDA MENULIS DUA HURAIAN DALAM SATU AYAT
1. justeru
2. malah
3. malahan
4. tambahan pula
5. sementelahan
6. sekali gus
7. di samping

PENANDA UNTUK MEMULAKAN PERENGGAN PENUTUP
1. Kesimpulannya,
2. Intihanya,
3. Secara tuntas,
4. Konklusinya,
5. Sebagai penutup wacana,
6. Sebagai penghias bicara akhir
7. Sebelum mengakhiri wacana ini,
8. Secara keseluruhan,
9. Secara total,

PENANDA MENERANGKAN HURAIAN ATAU PENDAPAT YANG BERBEZA
1. Walau bagaimanapun,
2. Walakin itu,
3. Namun demikian,
4. Daripada perspektif yang berbeza,
5. Jika dilihat dari sudut lain,
6. Dengan kata lain,
7. Kontradiksinya,
8. Di sebalik itu,
9. Dalam pada itu,
10. Dari sudut lain,

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!