Senarai Mata Pelajaran SBP & SMKA 2026

Senarai Mata Pelajaran SBP & SMKA 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Senarai mata pelajaran bagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bagi sesi 2026 terbahagi kepada dua peringkat utama, iaitu Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga 3) dan Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5).

Kurikulum di kedua-dua jenis sekolah khusus ini menggabungkan subjek akademik standard KPM serta penekanan khusus pada STEM serta aliran Agama/Tahfiz.

Terdapat juga SBP Teknikal (SBP-T) yang memfokuskan kepada subjek kejuruteraan dan TVET.

Kurikulum SBP & SMKA

Kurikulum di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dibentuk secara komprehensif bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek dan rohani.

Kedua-dua institusi ini menggunakan asas Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sejarah menjadi komponen wajib bagi memastikan semua murid menguasai standard akademik kebangsaan yang setaraf dengan sekolah-sekolah lain sebelum mereka mendalami bidang pengkhususan.

Selain wajib menguasai subjek teras KPM, pelajar turut didedahkan dengan pakej STEM dan Sains Tulen (Fizik, Kimia, Biologi, dan Matematik Tambahan) sebaik sahaja melangkah ke menengah atas.

Melalui Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) serta program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA), pelajar di sekolah terpilih berpeluang mendalami subjek khusus seperti Al-Syariah, Usul al-Din, dan Bahasa Arab Tinggi serta hafazan 30 juzuk Al-Quran sepanjang 5 tahun pengajian.

Senarai Program Pengajian Ditawarkan

SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

1. Program STEM: Menekankan pembelajaran dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Sesuai untuk pelajar yang cemerlang dalam akademik dan bercita-cita dalam bidang sains serta teknologi.

2. Program STEM Agama: Menggabungkan kurikulum STEM dengan pengajian agama. Menyediakan keseimbangan antara pendidikan akademik moden dan asas keagamaan.

3. Program STEM TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab): Gabungan program STEM dengan hafazan Al-Quran dan penguasaan tiga bahasa utama: Arab, Inggeris dan Melayu. Pelajar perlu menghafaz 30 juzuk dalam tempoh lima tahun.

4. Program Sastera & Kemanusiaan: Menumpukan kepada subjek sastera, sejarah, ekonomi dan kemanusiaan. Sesuai untuk pelajar yang berminat dalam bidang sosial, komunikasi dan kemanusiaan.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA)

1. Program STEM Agama: Merangkumi subjek Sains, Matematik serta pengajian agama. Sesuai untuk pelajar yang seimbang dalam akademik dan keagamaan.

2. Program STEM TMUA: Menggabungkan pembelajaran akademik STEM dengan hafazan Al-Quran serta pengajian agama.

3. Program Sastera & Kemanusiaan: Menumpukan kepada subjek sastera, sejarah, bahasa dan agama.

Senarai Pakej Mata Pelajaran SBP & SMKA Mengikut Tingkatan

SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

MATA PELAJARAN T1 – T3

1. Teras (Untuk Semua Aliran)

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sejarah
  4. Geografi
  5. Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
  6. Matematik
  7. Sains
  8. Asas Sains Komputer/Reka Bentuk & Teknologi

2. Wajib

  • Sains: —
  • Agama: —
  • Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA):
    1. Hifz Al-Quran
    2. Maharat Al-Quran

3. Pilihan

  • Sains: Bahasa Antarabangsa (Bahasa Arab / Cina / Korea / Jepun / Jerman / Perancis)
  • Agama & TMUA:
    • Bahasa Arab
    • Bahasa Antarabangsa (Bahasa Cina / Korea / Jepun / Jerman / Perancis)
MATA PELAJARAN T4 – T5

Pakej 1: STEM (Elektif STEM)

  • Sekolah: Semua SBP kecuali KISAS, SMAPK, SMAPL, SUPERB, BRAINS, SBPIR & SBPIS
  • Mata Pelajaran:
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Pendidikan Islam/Moral
    4. Sejarah
    5. Matematik
    6. Matematik Tambahan
    7. Fizik
    8. Kimia
    9. Biologi

Pakej 2: STEM (Elektif STEM, Bahasa & Pengajian Islam – KBT)

  • Sekolah: SBP TMUA – SUPERB, BRAINS, SBPIR, SBPIS
  • Mata Pelajaran:
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Pendidikan Islam
    4. Sejarah
    5. Matematik
    6. Bahasa Arab
    7. Matematik Tambahan
    8. Fizik
    9. Kimia
    10. Biologi
    11. Hifz Al-Quran
    12. Maharat Al-Quran

Pakej 3: STEM (Elektif STEM, Bahasa & Pengajian Islam)

  • Sekolah: KISAS, SMAPL, SMAPK, SMSSI & semua SBP Integrasi kecuali BRAINS, SBPIR & SBPIS
  • Mata Pelajaran:
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Sejarah
    4. Matematik
    5. Bahasa Arab
    6. Matematik Tambahan
    7. Fizik
    8. Kimia
    9. Biologi
    10. Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
    11. Pendidikan Syariah Islamiah

Pakej 4: SASTERA & KEMANUSIAAN (Elektif Bahasa, Pengajian Islam, Kemanusiaan & Sastera Ikhtisas serta STEM)

  • Sekolah: KISAS
  • Mata Pelajaran:
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Sejarah
    4. Matematik
    5. Sains
    6. Bahasa Arab
    7. Matematik Tambahan
    8. Ekonomi
    9. Prinsip Perakaunan
    10. Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
    11. Pendidikan Syariah Islamiah
Mata pelajaran SBP T1-T5

Mata pelajaran SBP T1-T3
Mata pelajaran SBP T4-T5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA)

PAKEJ MATA PELAJARAN MENENGAH RENDAH

Aliran: SMKA

  • MP TERAS
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Sejarah
    • Matematik
    • Sains
    • Pendidikan Islam
  • MP WAJIB
    • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
    • Geografi
    • Pendidikan Seni Visual
    • Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer
  • MP TAMBAHAN
    • Bahasa Arab

Aliran: SMKA TMUA

  • MP TERAS
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Sejarah
    • Matematik
    • Sains
    • Pendidikan Islam
  • MP WAJIB
    • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
    • Geografi
    • Pendidikan Seni Visual
    • Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer
  • MP TAHFIZ
    • Hifz Al-Quran
    • Maharat Al-Quran
  • MP TAMBAHAN
    • Bahasa Arab
    • Bahasa Antarabangsa (Bahasa Cina Komunikasi / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman)
PAKEJ MATA PELAJARAN MENENGAH ATAS

ALIRAN: SMKA

1. STEM AGAMA

  • MP TERAS
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Sejarah
    • Matematik
  • MP WAJIB
    • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  • MP ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM
    • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
    • Pendidikan Syariah Islamiah
  • MP ELEKTIF BAHASA
    • Bahasa Arab
  • MP ELEKTIF SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN
    • Fizik
    • Kimia
    • Biologi
    • Matematik Tambahan
  • MP ELEKTIF SAINS GUNAAN DAN TEKNOLOGI
    • Sains Komputer
    • Grafik Komunikasi Teknikal

2. SASTERA & KEMANUSIAAN

  • MP TERAS
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Sejarah
    • Matematik
    • Sains
  • MP WAJIB
    • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  • MP ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM
    • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
    • Pendidikan Syariah Islamiah
  • MP ELEKTIF BAHASA
    • Bahasa Arab
  • MP ELEKTIF MATEMATIK TAMBAHAN
    • Matematik Tambahan
  • MP ELEKTIF KEMANUSIAAN & SASTERA IKHTISAS
    • Prinsip Perakaunan
    • Perniagaan
    • Ekonomi

ALIRAN: SMKA TMUA

STEM TMUA

  • MP TERAS
    • Bahasa Melayu
    • Pendidikan Islam
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Sejarah
  • MP WAJIB
    • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  • MP ELEKTIF SAINS TULEN & MATEMATIK TAMBAHAN
    • Fizik
    • Kimia
    • Biologi
    • Matematik Tambahan
  • MP ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM (MP TAHFIZ)
    • Hifz Al-Quran
    • Maharat Al-Quran
  • MP ELEKTIF BAHASA
mata pelajaran smka

mata pelajaran SMKA menengah atas

Sejarah Penubuhan SBP & SMKA

SBP merupakan sekolah yang diwujudkan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1975 – 1980).

Sekolah ini menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif bagi mengembangkan potensi murid yang cemerlang ke arah melahirkan modal insan berkualiti.

Selain itu, SBP memainkan peranan penting bagi mengembangkan tunas bakat terbaik negara dan mendemokrasikan pendidikan berkualiti kepada segenap lapisan masyarakat Malaysia.

Manakala SMKA pula diwujudkan bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977.

Ianya adalah idea yang diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa.

Ilham Allahyarham Haji Nik Mohyideen Bin Haji Wan Musa ini kemudiannya telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Dato’ Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir.

Senarai SBP & SMKA Seluruh Negara

SENARAI SBP

Perlis

  • [R01] – SMS Tuanku Syed Putra (SMSTSP)

Kedah

  • [K01] – SM Sultan Abdul Halim (SMSAH)
  • [K02] – SMS Sultan Mohamad Jiwa (SMADJIWA)
  • [K03] – SMS Pokok Sena (SAINA)
  • [K04] – SBPI Kubang Pasu (i-KUPS)
  • [K05] – SMS Kubang Pasu (KUPSIS)
  • [K06] – Akademi Sains Pendang (ASP)

Pulau Pinang

  • [P01] – SMS Tun Syed Sheh Shahabudin (SMSTSSS)
  • [P02] – SMS Kepala Batas (SAKBA)

Perak

  • [A01] – The Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
  • [A02] – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
  • [A03] – SMS Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
  • [A04] – SMS Teluk Intan (SEMESTI)
  • [A05] – SBPI Gopeng (IGOP)
  • [A06] – SMS Bagan Datoh (SABDA)
  • [A07] – SMS Tapah (SESTA)

Selangor & Kuala Lumpur

  • [B01] – Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
  • [B02] – Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS)
  • [B03] – Sekolah Seri Puteri (SSP)
  • [B04] – SMAP Kajang (SMAPK)
  • [B05] – SMS Hulu Selangor (SEMASHUR)
  • [B06] – SMS Kuala Selangor (KUSESS)
  • [B07] – SBPI Rawang (SEPINTAR)
  • [B08] – SBPI Sabak Bernam (INTESABER)
  • [B09] – SBPI Gombak (INTEGOMB)
  • [B10] – SMS Banting (BASIS)
  • [W01] – SMS Selangor (SMSS)
  • [W02] – SMS Alam Shah (ASIS)
  • [W03] – SMS Seri Puteri (SESERI)

Negeri Sembilan

  • [N01] – Kolej Tunku Kurshiah (TKC)
  • [N02] – Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR)
  • [N03] – SMS Tuanku Jaafar (STJ)
  • [N04] – SMAP Labu (SMAPL)
  • [N05] – SBPI Jempol (INTEJ)
  • [N06] – SMS Tuanku Munawir (SASER)
  • [N07] – SMS Rembau (SEMESRA)
  • [N08] – SMS Tuanku Aishah Rohani (SGS)

Melaka

  • [M01] – SMS Muzaffar Syah (MOZAC)
  • [M02] – SBPI Selandar (SBPIS)
  • [M03] – SMS Alor Gajah (SAGA)

Kelantan

  • [D01] – SMS Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP)
  • [D02] – SMS Machang (SMACH)
  • [D03] – SMS Pasir Puteh (SCIPP)
  • [D04] – SMS Jeli (JESS)
  • [D05] – SMS Gua Musang (GUAMSS)
  • [D06] – SBPI Tanah Merah

Terengganu

  • [T01] – SMS Sultan Mahmud (SESMA)
  • [T02] – SMS Dungun (SMSD)
  • [T03] – SMS Kuala Terengganu (SESTER)
  • [T04] – SBPI Batu Rakit (BRAINS)
  • [T05] – SMS Hulu Terengganu (SAHUT)
  • [T06] – SMS Setiu (SAIS)

Pahang

  • [C01] – SMS Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS)
  • [C02] – SMS Tengku Abdullah (SEMESTA)
  • [C03] – Sekolah Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SHAH)
  • [C04] – SBPI Temerloh (InSOFT)
  • [C05] – SBPI Tun Abdul Razak (INSTAR)
  • [C06] – SBPI Kuantan (INTEK)
  • [C07] – SMAP Bentong (SUPERB)

Johor

  • [J01] – Sekolah Tun Fatimah (STF)
  • [J02] – SMS Johor (SMSJ)
  • [J03] – SMS Muar (SAMURA)
  • [J04] – SMS Kota Tinggi (SAKTI)
  • [J05] – SMS Sultan Iskandar (SMSSI)
  • [J06] – SMS Sembrong (SASEM)
  • [J07] – SMS Batu Pahat (SEHEBAT)
  • [J08] – SMS Segamat (SESS)

Wilayah Persekutuan Labuan

  • [L01] – SMS Labuan (SMSL)

Sabah

  • [S01] – SMS Sabah (SMESH)
  • [S02] – SMS Lahad Datu (SMSLD)

Sarawak

  • [Q01] – SMS Kuching (SAINSKU)
  • [Q02] – SMS Miri (SAINSRI)
  • [Q03] – SMS Kuching Utara (SAKURA)

senarai SBP 2026

SENARAI SMKA

Perlis

  • RRA0001 – SMKA ARAU
  • RRA0002 – SMKA (P) ALAWIYAH

Kedah

  • KRA0001 – SMKA BALING
  • KRA2001 – SMKA KEDAH
  • KRA4002 – SMKA JERLUN
  • KRA8001 – SMKA SIK
  • KRA9001 – SMKA YAN

Pulau Pinang

  • PRA1001 – SMKA (L) AL-MASHOOR
  • PRA1002 – SMKA (P) ALMASHOOR
  • PRA2003 – SMKA AL-IRSHAD
  • PRA4001 – SMKA SYEIKH ABDULLAH FAHIM
  • PRA 4004 – SMKA SHEIKH TAHIR JALALUDDIN

Perak

  • ARA3001 – SMKA KERIAN
  • ARA8001 – SMKA SULTAN AZLAN SHAH
  • ARAA001 – SMKA SLIM RIVER

Selangor

  • BRA3001 – SMKA KUALA SELANGOR
  • BRA4001 – SMKA MAAHAD HAMIDIAH
  • BRA6002 – SMKA TUN RAHAH

Wilayah Persekutuan

  • WRA0004 – SMA KUALA LUMPUR
  • WRA2001 – SMKA PUTRAJAYA

Negeri Sembilan

  • NRA3001 – SMKA DATO’ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL
  • NRA4001 – SMKA SHEIKH HJ MOHD SAID

Melaka

  • MRA1002 – SMKA TUN PERAK
  • MRA2125 – SMKA SULTAN MUHAMMAD
  • MRA2127 – SMKA SHARIFAH RODZIAH

Johor

  • JRA1001 – SMKA JOHOR BAHRU
  • JRA3001 – SMKA BANDAR PENAWAR
  • JRA5036 – SMKA MAAHAD MUAR
  • JRA5037 – SMKA PAGOH
  • JRA5038 – SMKA HAJI MOHD YASSIN
  • JRA7001 – SMKA SEGAMAT

Kelantan

  • DRA0001 – SMKA TOK BACHOK
  • DRA1009 – SMKA MELOR
  • DRA1010 – SMKA NAIM LIL-BANAT
  • DRA2001 – SMKA WATANIAH
  • DRA3001 – SMKA LATI
  • DRA6001 – SMKA FALAHIAH

Terengganu

  • TRA0001 – SMKA NURUL ITTIFAQ
  • TRA0002 – SMKA WATANIAH
  • TRA1001 – SMKA KUALA ABANG
  • TRA3002 – SMKA SHEIKH ABDUL MALEK
  • TRA4016 – SMKA DURIAN GULING
  • TRA7001 – SMKA DATO’ HAJI ABBAS

Pahang

  • CRA2001 – SMKA TENGKU AMPUAN HAJJAH AFZAN PAHANG
  • CRA3001 – SMKA KUALA LIPIS
  • CRA8001 – SMKA PAHANG

Sabah & W.P. Labuan

  • XRA1001 – SMKA KENINGAU
  • XRA2001 – SMKA TUN JUHAR
  • XRA3301 – SMKA TUN SAKARAN
  • XRA4001 – SMKA KIMANIS
  • XRA4002 – SMKA TUN AHMADSHAH
  • XRA4003 – SMKA KOTA KINABALU
  • XRA4201 – SMKA TUN DATU MUSTAPHA LABUAN
  • XRA5301 – SMKA TUN SAID
  • XRA5401 – SMKA MOHAMAD ALI RANAU

Sarawak

  • YRA1301 – SMKA SHEIKH HJ OTHMAN ABD WAHAB
  • YRA1302 – SMKA MATANG 2
  • YRA2201 – SMKA SARATOK
  • YRA3101 – SMKA SIBU (S)
  • YRA3201 – SMKA IGAN
  • YRA4101 – SMKA AGAMA
  • YRA5101 – SMKA LIMBANG

senarai SMKA

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Senarai Mata Pelajaran SBP & SMKA 2026

Maklumat lanjut mengenai SBP dan SMKA, sila rujuk pautan berikut:

Adakah semua pelajar Menengah Rendah SMKA wajib mengambil subjek Reka Bentuk & Teknologi (RBT) DAN Asas Sains Komputer (ASK) ?

Tidak. Pelajar perlu memilih salah satu sahaja sama ada mengambil aliran RBT atau ASK, bergantung kepada penawaran dan infrastruktur makmal komputer di sekolah tersebut.

Apakah perbezaan subjek antara pakej STEM Elektif STEM (Pakej 1) dengan STEM Agama (Pakej 3) di SBP?

– Pakej 1 (STEM Tulen): Fokus sepenuhnya kepada teras Sains Tulen. Pelajar mengambil kombinasi Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, dan Pendidikan Islam/Moral.
– Pakej 3 (STEM Agama): Menggabungkan elemen Sains Tulen dan Aliran Agama. Pelajar mengambil subjek Sains Tulen (Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan) bersama-sama subjek agama khusus iaitu Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah, serta Pendidikan Syariah Islamiah.

Apakah pakej khusus yang ditawarkan di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)?

KISAS menawarkan pakej Sastera & Kemanusiaan yang merangkumi kombinasi subjek Ekonomi, Prinsip Perakaunan, Matematik Tambahan, Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah, serta Pendidikan Syariah Islamiah.

Bagaimanakah cara untuk memohon masuk ke SBP dan SMKA?

Permohonan dilakukan secara dalam talian (online) melalui satu portal pusat KPM iaitu Sistem Permohonan Pusat Sekolah Khusus (SPSK).

Adakah semua murid SBP dan SMKA wajib tinggal di asrama?

– SBP: Ya, semua murid wajib tinggal di asrama.
– SMKA: Majoriti wajib, namun ada sebilangan kecil SMKA yang membenarkan murid harian (pulang ke rumah) atas faktor kapasiti asrama.

Adakah murid SBP dan SMKA menduduki peperiksaan SPM yang berbeza?

Tidak. Semua murid menduduki kertas peperiksaan SPM yang sama dari Lembaga Peperiksaan Malaysia. Perbezaannya cuma pada jumlah dan kombinasi subjek elektif yang diambil.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut