Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 7 September 2026.

Minggu lepas, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya penyistiharan darurat di Serian, Sarawak, Semakan Pusat PKSK, Wang Pendahuluan PTPTN (WPP), permohonan Iltizam PDP Ekuinas, WPP PTPTN, permohonan Yayasan Selangor, Jualan Ihsan Rahmah 9.9, dan macam-macam lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

bantuan insentif minggu ini

1. Darurat Jerebu, IPU Meningkat

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, telah memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang telah mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira nasihat YAB Perdana Menteri dan YAB Premier Sarawak serta agensi-agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan berkenaan.

Langkah-langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan serta kebajikan penduduk yang terjejas.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan yang diperlukan dilaksana dengan segera, termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai.

Susulan itu, Kerajaan bersedia mencadangkan pengisytiharan darurat ke atas mana-mana kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 400, selaras dengan prosedur operasi standard pengurusan jerebu di negara ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata langkah itu boleh dipertimbangkan sekiranya bacaan IPU berada pada tahap sangat berbahaya, sebagaimana berlaku di Serian, Sarawak yang merekodkan bacaan melebihi 500 sehingga membawa kepada pengisytiharan darurat.

Sumber: Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching

Untuk semakan bacaan IPU terkini yang rasmi, sila rujuk laman web APIMS, Jabatan Alam Sekitar : https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main

2. WPP (Wang Pendahuluan PTPTN) Boleh Ditunaikan Sehingga 3 November 2026

Semakan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) bagi permohonan PTPTN telah bermula pada 4 SEPTEMBER 2026.

Sesiapa yang telah LULUS bagi permohonan WPP ini boleh mula tunaikan wang pendahuluan RM1500 tersebut di Cawangan Bank Islam yang berdekatan.

Tarikh akhir proses tunaikan WPP ini sehingga 3 NOVEMBER 2026.

Jangan keliru ya, Wang Pendahuluan PTPTN (WPP) ini tidak sama dengan PTPTN yang diberikan untuk membayar yuran setiap semester. WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.

3. Permohonan PTPTN Untuk Pelajar IPT

Pelajar yang baru mendaftar masuk ke IPT juga akan membuat permohonan PTPTN tak lama lagi, mengikut tarikh yang diberi oleh universiti masing-masing.

Maka, di sini kami kongsikan 5 langkah mudah permohonan pinjaman PTPTN. Ikut satu per satu, siap!

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi PTPTN : https://www.ptptn.gov.my

Caranya :

  1. Semak jadual permohonan
  2. Klik permohonan dalam talian – Perlu daftar dulu jika belum daftar. Jika telah ada akaun, boleh terus login dan mohon.
  3. Daftar no pin PTPTN melalui pilihan “Pendaftaran Permohonan Pinjaman”. Pilih bank pilihan dan buat bayaran melalui FPX dan simpan resit transaksi.
  4. Lengkapkan maklumat dan hantar permohonan. Selesai permohonan, tunggu kelulusan melalui e-mel.
  5. Setelah lulus, terima tawaran dan tandatangan digital serta bayar duti setem.

Dah bersedia? Buat permohonan melalui aplikasi web myPTPTN sekarang: https://bit.ly/LogMasukmyPTPTNDiSini

Jangan lupa kongsikan juga dengan kawan-kawan yang bakal masuk universiti.

4. Permohonan Program Rancangan Khas Pendidikan – Yayasan Selangor

Permohonan Pengambilan Murid Tingkatan 1 Di Bawah Program Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia – Yayasan Selangor kini dibuka.

KRITERIA KELAYAKAN PERMOHONAN :

  1. Mendapat sekurang-kurangnya TP 3 untuk semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6 sekolah rendah.
  2. Bersekolah di sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah swasta yang berdaftar di Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan untuk murid luar bandar)
  3. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun (pemastautin mesti mengisi Borang Pengesahan Pemastautin).
  4. Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi bilangan tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan.
  5. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia
  6. Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dan tidak menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.

Untuk makluman lanjut, sila layari laman web Yayasan Selangor : http://yayasanselangor.org.my.

5. Jualan Ihsan Rahmah Madani 9.9

Jangan lupa! Kerajaan akan melancarkan Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian pada 9 September ini bersempena dengan sambutan Hari Malaysia 2026. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu merupakan sebahagian usaha kerajaan memperluas capaian program Jualan Rahmah menerusi platform digital, selaras dengan perkembangan ekonomi dan perdagangan dalam talian.

Pelaksanaan jualan secara maya itu juga mengambil inspirasi daripada kejayaan pelbagai platform e-dagang tempatan yang membantu usahawan kecil serta memudahkan rakyat mendapatkan barangan keperluan.

Program Jualan Rahmah yang diterajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

6. Hari Terbuka Parlimen

Jom luangkan hujung minggu anda di Parlimen Malaysia!

Inilah peluang untuk melihat dengan lebih dekat peranan serta fungsi Parlimen Malaysia melalui pelbagai pengisian menarik yang disediakan.

Antara tarikan yang menanti pengunjung ialah pameran Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengetengahkan peranan serta keupayaan kepolisan negara; barangan eksklusif myPRIDE Jabatan Penjara Malaysia; Perkhidmatan Bas MEKAR; serta pelbagai perkhidmatan dan informasi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

  • Tarikh : 12–13 September 2026 (Sabtu & Ahad)
  • Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
  • Lokasi : Parlimen Malaysia

7. Iltizam PDP Ekuinas

Permohonan ILTIZAM Professional Development Programme 2027 kini dibuka.

ILTIZAM PDP ialah sebuah inisiatif oleh Ekuinas yang memberi peluang kepada graduan Bumiputera yang layak untuk memperoleh pengalaman kerja sebenar dan mengambil langkah pertama ke dunia pekerjaan.

Banyak kelebihan sertai program ini tauu. Jadi, jangan lupa mohon sebelum 30 Sept 2026.

Mulakan langkah anda ke dunia pekerjaan bersama ILTIZAM PDP. Layari: iltizam-pdp.ekuinas.com.my

8. Semakan Pusat PKSK – 11 Sept

Bagi ibu bapa dan murid yang telah memohon kemasukan ke Sekolah Khusus, jangan lupa buat semakan mulai 11 September untuk mengetahui lokasi dan tarikh ujian PKSK.

  • Tarikh PKSK Tingkatan 1 : 12 Oktober – 22 Oktober 2026
  • Tarikh PKSK Tingkatan 4 : 21 September – 1 Oktober 2026

Semakan boleh dibuat melalui laman web https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm untuk Tingkatan 1, manakala Tingkatan 4 melalui https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/ujian_uksbp4/semak_uksbp4.cfm

9. Permohonan Tadika Permata MAIWP & MAIWP Kids

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TADIKA PERMATA MAIWP & MAIWP KIDS SESI 2027 DIBUKA PADA 1 SEPTEMBER 2026

Peluang untuk ibu bapa dan penjaga mendaftarkan anak-anak berumur 5 dan 6 tahun ke Tadika MAIWP bagi Sesi 2027. Terbuka kepada kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun. Bagi yang tak dapat masuk ke prasekolah KPM atau Tadika Kemas, bolehlah cuma memohon tadika ini yang berada di sekitar KL, Putrajaya dan Labuan.

10. Proton S70 Varian Baharu Diperkenal Dengan Harga Bawah RM60k

Berita baik untuk peminat-peminat kereta! Proton baru saja mengumumkan 2 varian baharu Proton S70, iaitu Lite & Prime. Menariknya, kedua-dua varian ini akan ditawarkan pada harga bawah RM60,000.

Kini, lebih ramai rakyat Malaysia boleh menjadi sebahagian daripada keluarga PROTON S70 dengan pengenalan varian baharu Lite dan Prime, yang menampilkan enjin i-GT 1.5L aspirasi semula jadi dipadankan dengan transmisi CVT untuk pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan santai.

Kedua-dua varian turut menawarkan 10 ciri terunggul dalam kelasnya, merangkumi ruang, keselesaan, ketersambungan pintar, kemudahan serta keselamatan.

Tempahan kini dibuka mulai 7 September di semua cawangan sah PROTON di seluruh negara.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.

Penulis
Biografi User