Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (23 Jun 2026)

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 23 Jun 2026.

Minggu ini, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya pengumuman pelaksanaan BUDI Diesel dengan kaedah baharu, pembiayaan TEKUN, Biasiswa Anak eKasih, Baucar Kita Selangor, dan sebagainya. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

bantuan insentif minggu ini

    1. Penyelarasan Subsidi Diesel

    Seperti yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, di Bintulu, Sarawak hari ini, Kerajaan MADANI akan menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia kepada RM2.10 seliter mulai Julai 2026.

    Penurunan harga ini akan dilaksanakan menerusi pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang seragam di seluruh negara menggunakan mekanisme berasaskan MyKad, selaras dengan pendekatan yang telah dilaksanakan melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

    Melalui pembaharuan ini, rakyat Malaysia akan menikmati harga yang sama dan cara yang sama di seluruh negara. Subsidi diesel akan disalurkan terus kepada rakyat Malaysia melalui pengesahan MyKad, manakala bukan warganegara dan pihak yang tidak layak perlu membeli diesel pada harga tanpa subsidi.

    Melalui pelaksanaan ini, had kelayakan fleksibel subsidi BUDI MADANI RON95 dan BUDI Diesel diberikan 200L kepada pemilik kenderaan diesel persendirian individu, manakala pickup atau jip akan menerima tambahan 100L sebulan.

    Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman web rasmi https://www.budirakyat.gov.my/

    2. Semakan & Permohonan Baucar Kita Selangor Mulai 23 Jun

    Bantuan Baucar Kita Selangor 2026 sebanyak RM100 akan mula disalurkan kepada penerima yang layak bermula 30 Jun ini.

    Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, seramai 50,000 rakyat Selangor akan dipilih untuk menerima bantuan tersebut. Penerima akan menerima RM100 sebulan selama enam bulan, dengan pengagihan dibuat secara berperingkat sehingga Disember 2026.

    Menurut kenyataan terkini Kerajaan Negeri Selangor, program dijalankan secara bersasar untuk kumpulan berikut:

    • isi rumah miskin dlm e-kasih
    • pekerja yg diberhentikan kerja
    • golongan rentan yg berdaftar dgn JKM
    • ibu tunggal yg menenuhi syarat kelayakan

    Penerima yang layak akan terima SMS secara berperingkat mulai 23 Jun 2026. Penerima perlu:

    • i) buat pengesahan maklumat
    • ii) kemukakan permohonan melalui Portal Baucar KitaSelangor
    • iii) sertakan dokumen sokongan

    *Sumber: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor / Tarikh: 16 Jun 2026

    Semakan kini boleh dibuat melalui laman web rasmi www.baucarkitaselangor.com

    Permohonan Khas dibuka khusus untuk golongan Ibu Tunggal sahaja bermula 23 Jun 2026.

    PENTING : Baca Soalan Lazim (FAQ) kat sini https://baucarkitaselangor.com/soalan-lazim

    3. Biasiswa Anak eKasih (BAeK)

    Anak eKasih, ini peluang untuk kalian melangkah lebih jauh.

    Min nak kongsikan satu inisiatif yang mampu membuka lebih banyak peluang pendidikan kepada pelajar yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih.

    Melalui Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN), pinjaman PTPTN diberikan dalam bentuk biasiswa kepada pelajar yang layak yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA mulai 1 Januari 2026.

    • Sehingga RM6,650 setahun diberikan kepada pelajar yang layak
    • Manfaat kepada 10,000 pelajar
    • Peruntukan berjumlah RM210 juta

    Kaedah memohon?

    Untuk memohon BAeK PTPTN, pelajar perlu membuat permohonan pinjaman PTPTN terlebih dahulu melalui aplikasi web myPTPTN. Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan akan ditawarkan biasiswa dan dimaklumkan melalui e-mel serta notifikasi myPTPTN.

    Min harap inisiatif ini dapat membantu lebih ramai pelajar meneruskan pengajian tanpa perlu mengetepikan impian mereka.

    Info lanjut: https://bit.ly/InfoLanjutBAeKPTPTN

    biasiswa anak eKasih BAeK PTPTN 2

    4. Pembaharuan SSM Online Melalui SSM4U

    Pemilik perniagaan boleh renew SSM secara online melalui portal rasmi SSM4U, dan bukan lagi laman web lama iaitu ezbiz.

    7 LANGKAH PEMBAHARUAN PERNIAGAAN

    Perbaharui perniagaan anda dengan mudah melalui SSM4U. Log masuk dan ikuti tujuh langkah mudah untuk melengkapkan proses pembaharuan perniagaan anda.

    1. Login SSM4U – https://www.ssm4u.com.my menggunakan ID pengguna
    2. Pilih perkhidmatan EzBiz dalam SSM4U
    3. Pilih perniagaan yg ingin diperbaharui
    4. Semak maklumat, pastikan betul & tepat
    5. Buat bayaran
    6. Terima resit & simpan
    7. Selesai. Pembaruan perniagaan disahkan serta-merta.

    5. Keputusan Matrikulasi

    Semakan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) bagi Semester II & IV, Sesi 2025/2026 boleh dibuat mulai:

    • 24 Jun 2026 (Rabu)
    • 10.00 pagi

    Sila layari pautan berikut untuk semakan dan muat turun slip keputusan: https://matrikulasi.moe.gov.my

    6. Penguatkuasaan Akta Antibuli 2026

    Akta Antibuli 2026 (Akta 876) telah berkuat kuasa secara rasmi di Malaysia bersama dengan pelancaran Tribunal Antibuli. Ia memperkenalkan pendekatan tanggungjawab bersama, di mana ibu bapa boleh dikenakan tindakan undang-undang atau denda sehingga RM250,000 jika anak dibawah umur 18 tahun didapati bersalah melakukan buli.

    TRIBUNAL BAGI ANTIBULI (TAB): SALURAN KEADILAN MUDAH, CEPAT DAN TANPA KOS

    Tribunal Bagi Antibuli (TAB) yang ditubuhkan di bawah Akta Antibuli 2026 [Akta 876] menyediakan saluran bagi mangsa buli untuk mendapatkan keadilan secara mudah, cepat dan tanpa kos bagi kejadian buli yang berlaku selepas 1 Mac 2026. TAB turut memberi ruang kepada mangsa untuk mendapatkan remedi yang bersesuaian tanpa menjejaskan hak mereka untuk mendapatkan keadilan melalui Mahkamah Jenayah.

    TAB mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan aduan berkaitan perlakuan buli yang menyebabkan kemudaratan fizikal, psikologi atau sosial. Mangsa atau penjaga yang layak boleh mengemukakan aduan kepada TAB bagi mendapatkan penyelesaian yang adil serta perintah-perintah yang diperuntukkan di bawah akta bagi melindungi hak dan kebajikan mangsa.

    tribunal akta antibuli 2026

    Kesimpulannya, akta ini memperkenalkan pendekatan yang lebih tersusun dalam menangani kes buli, termasuk melalui penubuhan Tribunal bagi Antibuli sebagai saluran alternatif kepada mangsa untuk mendapatkan remedi dengan lebih cepat dan tanpa melibatkan kos.

    Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah:

    • Tanggungjawab Ibu Bapa / Penjaga
      • Bagi responden kanak-kanak, tribunal boleh memerintahkan ibu bapa atau penjaga membayar balik perbelanjaan munasabah mangsa, membayar pampasan atau ganti rugi, serta menghadiri sesi kaunseling atau sokongan keibubapaan.
    • Pampasan Kepada Mangsa
      • Tribunal boleh memerintahkan pampasan atau ganti rugi sehingga RM250,000 bagi kerugian atau kerosakan yang dialami mangsa berkaitan buli.
    • Portal Aduan Dalam Talian
      • Orang ramai boleh mendapatkan panduan, memulakan aduan, menyemak status aduan dan memfailkan pembelaan melalui portal rasmi: tab.bheuu.gov.my

    7. Pembiayaan TEKUN Bawah RM20,000 Dijangka Boleh Diluluskan Dalam Tempoh 24 Jam

    Berita baik untuk usahawan! Pembiayaan TEKUN bawah RM20,000 dijangka boleh diluluskan dalam tempoh 24 jam.

    Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, langkah proaktif itu kini sedang melalui fasa projek rintis dan dijangka akan dilancarkan secara rasmi dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi bagi memudahkan urusan peniaga kecil tanpa perlu menunggu lama.

    Selain itu, beliau memaklumkan bahawa tempoh proses permohonan pembiayaan TEKUN Nasional bagi nilai sehingga RM100,000 juga telah dipendekkan kepada hanya tujuh hari berbanding kira-kira 30 hari sebelum ini.

    “Bagi pembiayaan di bawah Bank Rakyat dan SME Bank pula, permohonan sehingga RM1 juta disasarkan menerima keputusan dalam tempoh 14 hari,” katanya selepas melancarkan Portal TEKUN Nasional sempena Majlis Penutupan Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia 2026 di Morten Walk, di sini hari ini.

    Menurut Sim, pembaharuan tersebut amat penting bagi memastikan golongan usahawan tidak berdepan kekangan birokrasi dan masa untuk mendapatkan dana yang diperlukan bagi mengembangkan perniagaan mereka.

    pembiayaan tekun 24 jam

    Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

    Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut