Selamat Hari Merdeka – Senarai Contoh Ucapan Sempena Hari Kemerdekaan Negara

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 67!

Setiap tahun negara kita, Malaysia,akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos. Tanggal tersebut adalah hari yang sangat bermakna dan istimewa buat semua rakyat Malaysia. 

Sambutan Hari Kemerdekaan adalah untuk mengenang hari di mana negara kita akhirnya menjadi sebuah negara yang bebas dan merdeka. 

Selamat Hari Merdeka - Senarai Contoh Ucapan Sempena Hari Kemerdekaan Negara

Bukan itu sahaja, sambutan Hari Kemerdekaan juga diadakan untuk memperingati jasa dan pengorbanan pahlawan terdahulu yang telah berkorban demi membebaskan negara. 

BACA JUGA: Promosi Merdeka 2024 Malaysia – Marrybrown, Tealive, Jco, dll

Bila Hari Kemerdekaan Disambut?

Hari Kemerdekaan Malaysia disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Tarikh ini menandakan pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan British pada tahun 1957. 

Terdapat pelbagai acara diadakan sempena sambutan ini termasuklah sambutan secara besar-besaran yang diadakan di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 31 Ogos 2024, pukul 7.00 pagi. 

Tema sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 pada tahun 2024 adalah “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka”.

Selamat Hari Merdeka - Senarai Contoh Ucapan Sempena Hari Kemerdekaan Negara

30 Contoh Ucapan Sempena Hari Kemerdekaan Negara

Dalam menyambut hari yang penuh bersejarah ini, ucapan selamat Hari Merdeka menjadi salah satu cara untuk menzahirkan rasa cinta kepada negara serta menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

Berikut adalah 30 contoh ucapan sempena Hari Merdeka yang boleh digunakan untuk mengucapkan selamat kepada keluarga, rakan, atau dikongsikan di media sosial:

1. “Merdeka, merdeka, merdeka! Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 67 tahun. Semoga negara kita terus aman, makmur dan maju.”

Selamat Hari Merdeka - Senarai Contoh Ucapan Sempena Hari Kemerdekaan Negara

2. “Di hari yang penuh bermakna ini, marilah kita terus menghargai keamanan dan kemerdekaan yang dinikmati. Selamat Hari Kemerdekaan!”

3. “Selamat Hari Merdeka Malaysia ke-67!”

4. “Selamat Hari Merdeka! Semoga Malaysia terus maju dan rakyatnya bersatu padu!”

5. “Salam Kemerdekaan yang ke 67 tahun. Kemerdekaan sebenar bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga bebas dalam pemikiran dan tindakan. Semoga kita benar-benar menjadi bangsa yang merdeka!”

Selamat Hari Merdeka - Senarai Contoh Ucapan Sempena Hari Kemerdekaan Negara

6. “Marilah kita terus memupuk semangat patriotik dan bersama-sama mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi. Selamat Hari Merdeka!”

7. “Jom kibarkan Jalur Gemilang! Selamat Hari Merdeka Malaysia!”

8. “Semoga kemerdekaan ini terus membawa kemakmuran dan keamanan buat semua rakyat Malaysia. Selamat Hari Merdeka!”

9. “Dengan semangat Merdeka, marilah kita terus membina Malaysia yang lebih baik. Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-67!”

10. “Sempena Hari Kemerdekaan ini, mari kita panjatkan rasa syukur atas keamanan negara yang dirasai hari ini. Semoga Malaysia terus maju. Merdeka, merdeka, merdeka!”

Selamat Hari Merdeka - Senarai Contoh Ucapan Sempena Hari Kemerdekaan Negara

11. “Merdeka adalah satu anugerah. Marilah kita jaga dan pelihara kemerdekaan ini. Selamat Hari Merdeka!”

12. “Marilah kita terus bersatu hati demi kemakmuran negara. Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-67!”

13. “Semoga Malaysia terus maju dan bersinar di persada dunia. Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 67!”

14. “Ayuh kibarkan jalur gemilang dan sambut hari ini dengan penuh rasa syukur. Selamat Hari Kemerdekaan semua!”

15. “Hargailah pengorbanan pahlawan-pahlawan negara yang telah memperjuangkan kemerdekaan buat kita hari ini. Selamat Hari Merdeka!”

16. “Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 67! Jadilah rakyat yang menghargai kebebasan dan kemerdekaan.”

17. “Kemerdekaan adalah simbol kebebasan dan kehormatan. Selamat Hari Merdeka!”

18. “Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 67! Marilah kita bersama-sama membina masa depan yang lebih cerah untuk Malaysia.”

19. “Semoga Jalur Gemilang terus berkibar megah di angkasa. Selamat Hari Merdeka Malaysia!”

20. “Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati, melainkan ia dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar.” – Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Selamat Hari Merdeka - Senarai Contoh Ucapan Sempena Hari Kemerdekaan Negara

21. “Mari kita bersama-sama menghargai kemerdekaan ini dengan mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan cinta akan negara. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang 67 tahun!”

22. “Di bumi bertuah ini, kita bebas merdeka! Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia! ❤️💙 #HariMerdeka #ProudMalaysian”

23. “Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 67! Pada hari bersejarah ini, marilah kita bersama-sama menghargai kebebasan dan kemakmuran yang kita nikmati hari ini. Terima kasih kepada semua pahlawan yang telah berkorban demi negara. Semoga Malaysia terus berkembang maju, aman dan bersatu padu!”

24. “Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 67! Kebebasan yang kita nikmati ini tidak datang dengan mudah, tetapi melalui perjuangan, pengorbanan, air mata, darah dan keberanian para pahlawan. Marilah kita sebagai generasi baru teruskan legasi ini dengan memelihara keamanan dan membina Malaysia yang lebih cemerlang.”

25. “Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia! Mari kita bersatu hati menghayati erti sebenar kemerdekaan dan menghargai segala usaha yang dilakukan untuk mencapai kebebasan. Dengan semangat yang sama, marilah kita membina masa depan yang lebih baik dan lebih cemerlang untuk Malaysia.”

26. “31 Ogos adalah hari di mana seluruh rakyat Malaysia bersatu hati mengingati perjuangan kemerdekaan negara. Semoga kita terus menghargai dan mempertahankan kemerdekaan ini dengan penuh rasa cinta pada tanah air. Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 67!”

27. “Merdeka! Semoga semangat kemerdekaan ini terus hidup dalam hati setiap rakyat Malaysia.”

28. “Selamat Hari Merdeka ke-67! Pada hari yang penuh bersejarah ini, marilah kita mengingatkan diri kita tentang betapa berharganya kemerdekaan yang kita miliki.”

29. “Pada hari bersejarah ini, marilah kita hargai segala nikmat yang dikecapi dan terus berusaha memajukan Malaysia. Selamat Hari Merdeka, Malaysia!”

30. “Marilah merdekakan jiwa dan fikiran. Selamat Hari Merdeka!”

BACA JUGA: Sambutan Merdeka Melaka: Waktu Acara, Lokasi, Penutupan Jalan

Penutup

Akhir kata, sambutan kemerdekaan tidak seharusnya menjadi sekadar sambutan yang meriah sahaja. 

Setiap warganegara Malaysia perlu sentiasa menghargai dan menjaga keamanan yang dirasai hari ini. 

Semoga negara kita terus maju dan makmur untuk generasi akan datang. Selamat Hari Kemerdekaan, Malaysia!

Bantu kami share artikel ini: