Selamat Datang: Contoh Ucapan, Pantun dan Grafik

“Selamat Datang” merupakan satu ucapan yang biasanya diungkapkan kepada individu atau kumpulan yang baru sampai ke sesuatu tempat atau lokasi.

Ungkapan ini walaupun ringkas cukup bermakna dalam mengalu-alukan kedatangan seseorang yang baru tiba.

Ungkapan ini biasanya dituruti dengan lokasi ketibaan misalnya “Selamat Datang ke sekolah kami” dan seumpamanya.

Contoh ucapan

Contoh 1

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke [nama program]

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar saja lagi. untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat duduk masing-masing yang telah disediakan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis saya bagi pihak majlis meminta kerjasama tuan-tuan dan puan-puan supaya mengambil perhatian sepanjang majlis dijalankan. Tuan-tuan dan puan-puan juga diminta mengikuti program ini sehingga ke akhir majlis. 

Terima kasih atas kerjasama semua.

Contoh 2

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

Alhamdulillah marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama dalam Program [nama program]

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang dan mengalukan kehadiran [nama tetmu kehormat].

Artikel berkaitan: Selamat Bersara: Contoh Ucapan Hari Persaraan & Poster

Pantun Selamat Datang

Berikut merupakan beberapa contoh pantun selamat datang bagi mengalukan kedatangan seseorang ke tempat anda.

Pantun-pantun ini biasanya boleh diselitkan dalam ucapan seperti contoh di atas.

Jarum hilang di tengah jerami,
Kain kebaya di dalam peti,
Selamat datang di tempat kami,
Moga bahagia melekat di hati.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Petang-petang memancing ikan,
Ikan dikukus sedap rasanya,
Selamat datang kami sampaikan,
Silakan duduk pada tempatnya.

Cahaya lilin bertabur bintang,
Lampunya redup diterangkan,
Untuk hadirin yang sudah datang,
Assalamualaikum kami ucapkan.

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
aya sembah pembuka bicara.

Buah matang dipetik kemarin,
Lalu dibawa kepada umi,
Selamat datang para hadirin,
Ada kekurangan harap dimaklumi.

Burung merpati diberi makan,
Terbang melayang terasa ringan,
Terima kasih kami ucapkan,
Kepada rombongan dan undangan.

Kompang bergema pusaka bangsa,
Dipalu oleh si anak muda,
Hadir tuan meriah suasana,
Kami menyambut penuh gembira.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara,
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.

Idea poster

Sekiranya anda mencari idea atau inspirasi untuk menghasilkan banner atau poster selamat datang, berikut merupakan beberapa contoh menarik.

Sekiranya anda pandai menggunakan Canva, klik pautan untuk terus menyunting gambar tersebut di laman web Canva.

> Sunting gambar ini di Canva

selamat datang

> Sunting gambar ini di Canva

selamat datang

> Sunting gambar ini di Canva

banner event

> Sunting gambar ini di Canva

selamat datang

> Sunting gambar ini di Canva

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!