SAPS Ibu Bapa atau sistem analisis peperiksaan sekolah diperkenalkan untuk memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak secara online.
Selain itu, SAPS juga digunakan di dalam peperiksaan percubaan seperti Peperiksaan Percubaan SPM.
Sistem ini juga bertujuan sebagai pelengkap toolkit pembangunan sekolah (SIT).
Cara Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Ibu Bapa
Ibu bapa hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan pelajar atau sijil lahir. Kemudian pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah sebelum klik button semak.
Berikut kami kongsikan gred pemarkahan sekolah rendah dan menengah.
Gred Sekolah Rendah
- 80-100 Gred A Cemerlang
- 65-79 Gred B Baik
- 50-64 Gred C Memuaskan
- 40-49 Gred D Mencapai Tahap Minimum
- 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH Tidak Hadir
Gred Sekolah Menengah
- 85-100 Gred A Cemerlang
- 70-84 Gred B Kepujian
- 60-69 Gred C Baik
- 50-59 Gred D Memuaskan
- 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
- 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH Tidak Hadir
Gred Menengah Atas
- 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
- 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
- 70-79 Gred A- Cemerlang
- 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
- 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
- 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
- 50-54 Gred C Kepujian
- 45-49 Gred D Lulus Atas
- 40-44 Gred E Lulus
- 0-39 Gred G Gagal
- TH Tidak Hadir
Semakan SAPS Ibu Bapa boleh dibuat di laman web https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
- Sila login ke alamat berikut www.sapsnkra.moe.gov.my
- Pilih butang SEMAKAN IBUBAPA
- Masukkan No. Kad Pengenalan pelajar
- Kemudian pilih Sekolah Menengah dan Tahun peperiksaan yang perlu (Contoh : 123456789101, Sekolah Menengah, 2012)
- Kemudian klik SEMAK LAPORAN
- Pilih jenis Keputusan Peperiksaan yang ingin diperolehi (Contoh : PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN Kemudian pilih sama ada Papar Slip Keputusan / Papar Markah Peperiksaan)
Keputusan & Jenis Peperiksaan Yang Boleh Disemak
Berikut adalah keputusan dan jenis peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem SAPS iaitu :
- Keputusan Sekolah Menengah:
- Tingkatan 1 – 5
- Keputusan Sekolah Rendah:
- Darjah 1 – 6
Jika anda perlukan bantuan berkaitan sistem SAPS, anda boleh hubungi pihak sekolah atau download manual penggunaan SAPS di sini.
Login SAPS NKRA Ibu Bapa
Sekiranya ibu bapa menghadapi masalah seperti nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat akses SAPS, sila rujuk maklumat di bawah.
Ibu bapa perlu menghubungi guru kelas (GK) anak mereka bagi memaklumkan masalah tersebut.
GK hendaklah menyemak nombor KP dengan dokumen sokongan (KP/sijil lahir).
Jika disahkan salah, GK perlu mengemaskini pelajar berkenaan di APDM dan melaporkan masalah ini kepada SUP sekolah.
SUP dikehendaki mengemaskini nombor KP pelajar tersebut di SAPS dengan cara seperti berikut:
Begitu juga jika ejaan nama pelajar salah dalam sistem SAPS, ibu bapa perlu menghubungi guru kelas untuk memaklumkan hal tersebut.
Soalan Lazim
Berikut antara isu yang terjadi ketika proses log in ke dalam SAPS:
A: Masalah ini terjadi disebabkan pengguna terlupa ID atau kata laluan sebenar. Kesilapan huruf besar/kecil bagi ID atau kata laluan juga menyebabkan pengguna tidak boleh login ke dalam sistem. Untuk selesaikan masalah ini sila hubungi HELPDESK.
A: Hanya Guru Kelas / Guru Matapelajaran sahaja boleh menukar ID atau password pengguna dengan melakukan langkah-langkah seperti di bawah:
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai SAPS, sila hubungi:
- Pihak sekolah anak-anak untuk mengetahui tarikh semakan keputusan peperiksaan dan memastikan maklumat pelajar adalah betul.
- Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) di talian 03-8321 7000 atau emel [email protected] untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan SAPS.
- Pusat Panggilan KPM di talian 1800-88-7723 atau emel [email protected] sebarang maklum balas atau cadangan berkaitan SAPS.