Salinan Akreditasi MQA: Cara Mohon Secara Online Untuk Permohonan UPU

Mahu mencari salinan akreditasi MQA untuk meneruskan permohonan bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia dilakukan melalui sistem UPU?

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda daripada program Asasi (Foundation), diploma atau politeknik, anda dikehendaki menyertakan salinan akreditasi MQA pusat pengajian terdahulu di sistem UPU.

Ini bagi memastikan pusat pengajian bagi pengajian anda di peringkat program Asasi (Foundation), diploma atau politeknik tersebut diiktiraf, syarat yang diperlukan untuk menyambung pengajian di IPTA.

Walau bagaimanapun, bagi pelajar lepasan SPM/STPM/STAM/Matrikulasi KPM/Asasi IPTA TIDAK perlu mendapatkan salinan sijil akreditasi MQA ini.

Permohonan secara online

Permohonan untuk mendapatkan salinan sijil akreditasi MQA ini boleh dilakukan secara online dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Layari laman rasmi MQA di pautan berikut: https://www2.mqa.gov.my/mqr/CAkreditasi.cfm
  • Taip kata kunci yang bersesuaian di ruangan ‘Nama Kelayakan’ serta ‘Nama IPT’ (sebahagian atau nama penuh) pada enjin carian yang disediakan seperti contoh di bawah;
Salinan Akreditasi MQA
  • Klik pada ikon ‘Papar’ untuk program yang dikehendaki; dan
  • Cetak maklumat program atau kelayakan yang dipaparkan

Cetakan terus maklumat akreditasi tersebut boleh digunakan sebagai bukti bahawa program atau kelayakan telah memperoleh Akreditasi MQA).

Senarai program pengajian daripada Politeknik yang diletakkan di bawah Politeknik – Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Blok E3, Kompleks E, 62505 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah turut meliputi semua program yang sama dijalankan di mana-mana cawangan Politeknik yang lain.

Bagi pelajar yang institusi pendidikannya tidak mempunyai pengiktirafan akreditasi daripada MQA, anda bakal mempunyai kesukaran untuk meneruskan permohonan di sistem UPU kerana akreditasi tersebut merupakan antara syarat wajib yang diperlukan.

Sekiranya anda menghadapi masalah ini, sila hubungi pihak UPU atau pihak IPTA tersebut dengan harapan mereka mempunyai cara alternatif bagi membantu anda melenngkapkan permohonan UPU anda.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!