Apabila anda hendak menempah banner, perkara asas yang anda perlu tahu adalah saiz banner yang perlu dicetak.
Banner adalah alat promosi yang fleksibel dan berkesan dalam menyampaikan mesej kepada sasaran, baik untuk tujuan komersial, sosial, mahupun acara peribadi.
Sama seperti pembelian televisyen, banner yang bersaiz lebih besar lebih sesuai untuk dipamerkan di ruang yang lebih besar seperti di pentas dan banner yang lebih besar boleh dilihat daripda jauh.
Sudah tentu, banner dengan saiz besar lebih mahal daripada yang bersaiz kecil.
Bahan yang digunakan juga memainkan peranan dan banner yang dipasang di luar atau kawasan terbuka mestilah diperbuat daripada kanvas dan pewarna yang kalis hujan dan panas agar tahan lebih lama.
Kegunaan banner
Banner mempunyai banyak kegunaan, antaranya:
- Pengiklanan di Luar Bangunan (Outdoor Advertising) – Digantung di tempat awam seperti jalan raya, pagar, atau kawasan tumpuan ramai. Sesuai untuk paparan mesej yang besar dan mudah dilihat dari jauh.
- Promosi Produk atau Perkhidmatan – Menarik perhatian terhadap produk baharu, tawaran istimewa, atau diskaun. Digunakan di luar kedai, pusat beli-belah, atau pameran.
- Sokongan kepada Pasukan atau Individu – Digunakan dalam acara sukan, pertandingan, atau sambutan untuk menunjukkan sokongan.
- Kempen Pendidikan – Memberikan informasi tentang kesihatan, keselamatan, atau pendidikan awam. Contoh: “Cegah Denggi” atau “Pentingnya Memakai Tali Pinggang Keledar.”
- Pengenalan Jenama (Brand Awareness) – Memaparkan logo, slogan, dan imej jenama untuk meningkatkan pengenalan di kalangan pelanggan. Biasa digunakan oleh syarikat dalam acara besar seperti ekspo atau konvensyen.
- Perasmian atau Pelancaran – Diletakkan di kawasan pembukaan perniagaan baharu, pelancaran produk, atau projek baharu.
- Dekorasi dan Latar Belakang Acara – Digunakan sebagai backdrop untuk pentas, booth pameran, atau dinding untuk sesi fotografi.
- Maklumat Acara – Memberikan butiran penting seperti nama acara, tarikh, lokasi, dan masa. Contoh: konsert, seminar, majlis kahwin, atau karnival.
- Pemberitahuan Arah atau Panduan – Sebagai papan tanda sementara untuk menunjukkan arah ke lokasi tertentu. Contoh: “Masuk di sini”, “Kaunter Pendaftaran”, atau “Jualan Bermula”.
Namun begitu, saiz banner yang digunakan mestilah bersesuaian dengan tujuan utama banner tersebut digunakan.
Fungsi banner
Berikut merupakan fungsi banner:
- Menarik Perhatian – Reka bentuk visual yang menarik membantu menarik perhatian orang ramai kepada mesej yang ingin disampaikan.
- Komunikasi Cepat – Memberikan maklumat dengan pantas melalui teks ringkas, grafik, dan visual.
- Peningkatan Jualan – Membantu merangsang minat terhadap promosi, jualan, atau produk tertentu.
- Identiti Visual – Menonjolkan identiti jenama atau organisasi dengan logo dan tema warna yang konsisten.
- Fleksibiliti – Mudah dipasang dan dipindahkan ke lokasi lain untuk kegunaan berulang kali.
Menggunakan banner dengan saiz yang betul akan membolehkan fungsinya dioptimakan dan objektif utama penggunaannya tercapai.
Artikel berkaitan: Cara Gantung Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) Dengan Betul
Saiz banner mengikut kegunaannya
Berikut merupakan saiz biasa untuk banner untuk pelbagai kegunaan tertentu:
- 4×2 kaki (122 x 61 cm) – Kecil, sesuai untuk promosi ringkas atau dalam ruang terhad.
- 6×3 kaki (183 x 91 cm) – Sederhana, popular untuk iklan di premis atau acara kecil.
- 8×4 kaki (244 x 122 cm) – Lebih besar, sesuai untuk acara besar atau iklan di luar bangunan.
- 10×5 kaki (305 x 152 cm) – Saiz besar, digunakan untuk paparan utama atau pameran luar.
- 8×8 kaki (244 x 244 cm) atau 10×8 kaki (305 x 244 cm) – Biasa digunakan sebagai latar belakang pentas (backdrop) atau pameran.
- 10×3 kaki (305 x 91 cm) atau 15×4 kaki (457 x 122 cm) – Untuk pengiklanan tergantung di jalan atau dewan besar.
Walaupun terdapat pelbagai saiz yang dicadangkan untuk banner, anda perlulah memeriksa terlebih dahulu dengan syarikat atau kedai percetakan tersebut sama ada mereka memilik saiz kanvas yang anda inginkan atau tidak.
Saiz yang dicadangkan oleh kedai/syarikat percetakan juga mungkin sedikit berbeza daripada saiz banner yang disenaraikan di atas.
Promosi: Tempah banner anda sekarang secara online! Lebih 57ribu terjual!