Safe@Work MITI: Pendaftaran & Insentif Pelepasan Cukai RM50,000

MITI telah mengambil langkah proaktif dan responsif dengan
memperkenalkan satu inisiatif yang komprehensif dalam mengimbangi kelangsungan operasi sektor perkilangan dengan pengawalan penularan pandemik di kalangan pekerja yang dinamakan Safe@Work MITI.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Safe@Work MITI.

Apakah Safe@Work MITI?

Safe@Work adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang boleh
dilaksanakan oleh syarikat-syarikat di sektor perkilangan yang merangkumi tanggungjawab majikan menyediakan penginapan pekerja yang selamat serta mematuhi piawaian di bawah Akta Standard Minimum Penginapan dan Perumahan Pekerja 1990 (Akta 446), pengurusan kes-kes pekerja positif dan kontak rapat, saringan kesihatan serta langkah-langkah pencegahan penularan
pandemik COVID-19 di kalangan pekerja.

Inisiatif Safe@Work akan membolehkan pekerja-pekerja kontak rapat untuk terus bekerja dalam situasi protokol baharu yang dinamakan Safe Work Bubble.

Pekerja-pekerja kontak rapat diasingkan daripada komuniti setempat dan pekerja-pekerja lain sehingga kesemua pekerja kontak rapat disahkan selamat daripada COVID-19 berdasarkan keputusan ujian saringan.

Inisiatif ini berupaya mengelakkan gangguan operasi syarikat dan
mengurangkan impak terhadap produktiviti apabila terdapat kes positif COVID19 di premis perniagaan.

Kerajaan berpandangan bahawa komitmen dan sokongan daripada majikan adalah penting untuk memastikan keselamatan dan kesihatan para pekerja terjamin.

Usaha ini amat penting demi menyumbang kepada kelangsungan aktiviti ekonomi.

Baca juga: MyBayar Saman: Diskaun Saman 50% Untuk Pembayaran Online

Pelaksanaan Safe@Work MITI

Beberapa aspek utama yang diberikan penekanan di bawah “Safe Work Bubble” adalah seperti berikut:

  • Pewujudan Safe Work Bubble bagi pekerja kontak rapat di kawasan kilang dan premis penginapan pekerja;
  • Penubuhan Pasukan Persediaan dan Tindakbalas Kecemasan COVID-19 (PERT) oleh pihak syarikat bagi penyediaan dan pelaksanaan tatacara mengurus kes-kes kecemasan;
  • Proses sanitasi berterusan di premis perkilangan;
  • Kebenaran penggunaan kenderaan pekerja dengan kapasiti penuh;
  • Penyediaan dan pengurusan penginapan pekerja yang kondusif;
  • Pelaksanaan saringan bersasar untuk pekerja sektor perkilangan dan perkhidmatan yang berkaitan; dan
  • Penyediaan saluran maklumat berkaitan tatacara kawalan pandemik daripada majikan kepada pekerja.

Insentif / Faedah Kepada Syarikat

Sebagai galakan kepada syarikat-syarikat yang melaksanakan Safe@Work, Kerajaan akan memberikan potongan cukai tambahan kepada syarikat di bawah sektor perkilangan dan perkhidmatan yang berkaitan ke atas perbelanjaan sewaan premis asrama pekerja dan penyediaan kelengkapan berkaitan seperti CCTV, wearable tracking devices dan keperluan-keperluan
asas lain selaras dengan SOP Safe@Work.

Perbelanjaan yang layak mendapat potongan cukai tambahan ini dihadkan kepada RM50,000 bagi setiap syarikat.

Tarikh Pendaftaran

Syarikat boleh membuat pendaftaran di COVID-19 Intelligent
Management System (CIMS) mulai 1 April 2021.

Cara Pendaftaran

Pendaftaran Safe@Work boleh dilakukan secara atas talian melalui laman web berikut:

miti safe@work

Sila rujuk video di bawah:

https://www.facebook.com/MITIMalaysia/videos/4003072139750607

Maklumat Lanjut

Info penuh dan SOP Safe At Work ini boleh diteliti melalui halaman berikut : https://www.miti.gov.my/miti/

Sebarang pertanyaan berkaitan Safe@Work boleh diajukan melalui e-mel [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!