Advertisements

Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP) 2022

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) kini mengalu-alukan golongan belia dari negeri Sabah untuk memohon kursus Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP).

Calon yang berminat serta berkelayakan berpeluang untuk mengikuti pelbagai kursus menarik.

Program ini bertujuan untuk melahirkan usahawan khususnya belia dan beliawanis di negeri Sabah dan program ini ditaja sepenuhnya oleh JPSM.

Belia & Beliawanis Sabah adalah dipelawa untuk memohon secara on-line (dalam talian) bagi kursus yang ditawarkan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.

Baca Juga : Program Persediaan Alam Pekerjaan Anak Istimewa Selangor (ANIS)

Kemudahan Yang Disediakan

Antara kemudahan yang disediakan kepada peserta adalah :

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

  • Tempat Penginapan
  • Elaun latihan
  • Pakaian seragam
  • Makan dan minum
  • Insuran berkelompok

Kursus Ditawarkan

1) MOBILE AIRCONDITIONING TECHNICIAN

Peserta akan diberikan peluang untuk mendalami kursus secara bersemuka bagi mempelajari kemahiran teori dan praktikal selama 3 bulan di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah.

Syarat-Syarat Permohonan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Berstatus bumiputera Sabah
  • Sihat tubuh badan
  • Terbuka kepada calon lelaki dan wanita
  • Calon yang masih bujang atau sudah berkahwin boleh memohon
  • Calon berumur 18 hingga 45 tahun
  • Calon perlu tamat pendidikan pada tahap sekurang-kurangnya PMR atau SPM
  • Calon berminat untuk menjadi usahawan.
  • Calon mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pemasangan dan penyelenggaraan penghawa dingin.
  • Mempunyai lesen memandu kelas D atau kelas B2
  • Memiliki sijil kursus penghawa dingin sama ada Sijil Kecekapan Kemahiran Pembinaan CIDB (SKKP) – Pemasangan penghawa dingin dan pengudaraan mekanikal atau SKM atau Setara

https://forms.gle/h6oAfUxNjkrJqw4F8 (BORANG PERMOHONAN)

Sabah Talent Entrepreneurship Program

2) MENGECAT STRUKTUR KAPAL TERBANG

KRITERIA PEMOHON:

Syarat-syarat Pemohon :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bumiputera Sabah
  3. Lelaki dan Wanita
  4. Berkahwin atau Bujang
  5. Berumur 18 – 30 Tahun
  6. Minimum SKM tahap 1 pengecatan
  7. Tidak buta warna
  8. BMI 20 – 30

KAEDAH LATIHAN

Advertisements
  • Bersemuka
  • Bahasa Melayu
  • Praktikal & Amali

https://forms.gle/x9W8jtHe4DKSAQEQ6 (BORANG PERMOHONAN)

3) PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN GENTIAN OPTIK

KRITERIA PEMOHON:

Syarat-syarat Pemohon :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bumiputera Sabah
  3. Lelaki dan Wanita
  4. Berkahwin atau Bujang
  5. Berumur 18 – 30 Tahun
  6. Lepasan SPM
  7. Boleh menulis, membaca & mengira
  8. Sihat tubuh badan

KAEDAH LATIHAN

  • Bersemuka
  • Bahasa Melayu
  • Praktikal & Amali

PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT MELALUI PAUTAN BERIKUT:-

https://forms.gle/4iY1GAnSQdvAincG8 (BORANG PERMOHONAN)

Tarikh Permohonan Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP).

Calon perlulah menghantar borang permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 27 Ogos 2022.

Cara Memohon Sabah Talent Entrepreneurship Program

Sekiranya berminat untuk ikuti Sabah Talent Entreprenuership Program (STEP), anda boleh kemukakan permohonan dengan mengisi borang secara atas talian di pautan berikut :

1) MOBILE AIRCONDITIONING TECHNICIAN

https://forms.gle/h6oAfUxNjkrJqw4F8 (BORANG PERMOHONAN)

2) MENGECAT STRUKTUR KAPAL TERBANG

https://forms.gle/x9W8jtHe4DKSAQEQ6 (BORANG PERMOHONAN)

3) PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN GENTIAN OPTIK

https://forms.gle/4iY1GAnSQdvAincG8 (BORANG PERMOHONAN)

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut berkenaan Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP), sila hubungi Puan Faizurina di talian 018 – 962 1804.

Anda juga boleh ikuti laman Facebook JPSM Negeri Sabah untuk ketahui maklumat terkini mengenai program ini.

Leave a Comment