Advertisements

Program Persediaan Alam Pekerjaan Anak Istimewa Selangor (ANIS)

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS) kini menganjurkan Program Persediaan Alam Pekerjaan dengan kerjasama Universiti SEGi.

Program ini diperkenalkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor YB Dr Siti Mariah bt Mahmud bagi memperkasakan barisan ibu bapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor.

Belia OKU (Masalah Pembelajaran) yang berkelayakan dan berminat untuk bekerja dialu-alukan untuk menyertai program ini.

Baca Juga : Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Untuk Belia Autisme

Syarat Kelayakan Program Persediaan Alam Pekerjaan ANIS

Peserta perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Berumur antara 17 hingga 22 tahun
  • Terbuka kepada belia yang mempunyai masalah pembelajaran.
  • Peserta merupakan murid berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang boleh menguruskan diri.
  • Peserta MBPK boleh menguasai kemahiran 3 M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira
  • Ibu / bapa/ penjaga pemohon merupakan salah seorang pengundi Selangor.
Program Persediaan Alam Pekerjaan

Cara Memohon

Ibu bapa yang berminat untuk daftarkan anak dan memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh lakukan pendaftaran dengan mengisi borang secara atas talian di pautan berikut :

Borang Permohonan Kursus Persediaan Pekerjaan

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Program Persediaan Alam Pekerjaan, sila hubungi talian 03-5545 3170.

Advertisements

Leave a Comment