Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035: Intipati & Pembaharuan KPM

RPM 2026-2035
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 diperkenalkan sebagai pelan reformasi pendidikan nasional bagi membina semula sistem pendidikan negara secara lebih adil, tersusun dan berdaya saing. Rujuk portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk maklumat lanjut.

Rancangan jangka panjang ini merangkumi perubahan penting termasuk pengukuran pembelajaran secara berpusat, penetapan mata pelajaran teras kebangsaan serta penyelarasan umur kemasukan murid ke Tahun 1, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk melahirkan generasi berilmu dan berteraskan nilai.

Semak artikel ini untuk mendapatkan perkongsian lanjut.

Pengenalan Rancangan Pendidikan Malaysia

Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 merupakan pelan reformasi pendidikan nasional jangka panjang yang dirangka bagi tempoh 10 tahun untuk membina semula sistem pendidikan negara secara menyeluruh.

Rancangan ini memberi fokus kepada keadilan akses pendidikan, kualiti pembelajaran, pembentukan nilai serta kesiapsiagaan murid menghadapi cabaran masa depan.

RPM ini selari dengan aspirasi Pendidikan Nadi Negara dan dasar Malaysia MADANI yang menekankan keseimbangan antara kecemerlangan akademik, sahsiah dan nilai kemanusiaan.

Rancangan Pendidikan Malaysia

SIARAN LANGSUNG RANCANGAN PENDIDIKAN NEGARA (RPN) 2026-2035

Kerangka Rancangan Pendidikan Malaysia

Kerangka RPM 2026–2035 ialah pelan jangka panjang KPM untuk membangunkan sistem pendidikan negara yang lebih berkualiti, adil dan mampan demi melahirkan insan sejahtera.

VISI & MISI KPM

  • Visi: Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
  • Misi: Melestarikan sistem yang bermutu untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

MATLAMAT RPM 2026 – 2035

  • Melahirkan insan sejahtera yang beradab, berilmu, berkemahiran, berdaya tahan dan berkeyakinan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

TUMPUAN RPM 2026 – 2035

  • Tumpuan PPPM 2026 – 2035 adalah Mutu, Akses dan Ekuiti, Ketersediaan Sumber dan Kecekapan, Keluwesan dan Kemampanan

Matlamat Reformasi Pendidikan Negara

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa reformasi ini bertujuan memastikan anak-anak Malaysia berpeluang membina kehidupan yang bermakna dan bermaruah melalui sistem pendidikan yang inklusif dan berkualiti.

“Ini adalah reformasi pendidikan demi masa depan anak-anak yang lebih adil, berdaya saing dan berakar pada nilai.”

Dalam kenyataan bersama sebelum ini, KPM dan KPT memaklumkan bahawa pelancaran RPN 2026–2035 mencerminkan iltizam Kerajaan MADANI untuk memperkukuh sistem pendidikan yang bermutu, terangkum dan mampu bersaing di peringkat global.

Perkara Utama dalam Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035

Antara kandungan utama yang digariskan dalam Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 ialah beberapa perubahan penting yang melibatkan struktur pembelajaran, penilaian murid, kurikulum teras serta kemasukan awal ke sistem pendidikan formal.

Setiap inisiatif ini dirangka bagi memastikan sistem pendidikan negara menjadi lebih adil, tersusun dan berfokus kepada kesiapsiagaan murid.

1. Pengukuran Pembelajaran Tahun 4 dan Tingkatan 3 Secara Berpusat

RPM memperkenalkan pengukuran pembelajaran secara berpusat bagi memastikan tahap pencapaian murid dinilai secara lebih konsisten dan setara di seluruh negara.

Bagi Tahun 4, pelaksanaan akan bermula pada tahun 2026 melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Langkah ini bertujuan menilai penguasaan asas literasi, numerasi dan sains pada peringkat sekolah rendah.

Sementara itu, bagi Tingkatan 3, pengukuran pembelajaran berpusat akan bermula pada tahun 2027 dan melibatkan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains serta Sejarah. Penilaian ini penting bagi memastikan murid benar-benar bersedia sebelum melangkah ke peringkat menengah atas.

Rancangan Pendidikan Malaysia negara kpm
2. Bahasa Melayu dan Sejarah Wajib untuk Semua Warganegara

RPM turut menetapkan bahawa Bahasa Melayu dan Sejarah adalah mata pelajaran wajib kepada semua anak warganegara Malaysia mengikut kurikulum kebangsaan.

Ketetapan ini bertujuan memperkukuh identiti nasional, perpaduan rakyat serta kefahaman terhadap sejarah dan pembentukan negara.

rancangan pendidikan malaysia negara RPM
3. Pelaksanaan Merentasi Semua Jenis Sekolah

Kewajipan pengambilan Bahasa Melayu dan Sejarah ini bukan hanya terhad kepada sekolah kerajaan, malah terpakai kepada semua institusi pendidikan, termasuk:

  • Sekolah Agama Rakyat
  • Sekolah Persendirian
  • Sekolah Antarabangsa

Langkah ini memastikan semua warganegara Malaysia menerima asas pendidikan kebangsaan yang sama tanpa mengira aliran pendidikan yang dipilih.

4. Penyelarasaan Umur Kemasukan ke Tahun 1 Mulai 2027

Kerajaan turut menetapkan penyelarasaan umur kemasukan ke Tahun 1 kepada 6 tahun (5+) bermula tahun 2027, tertakluk kepada kesiapsiagaan pelaksanaan di peringkat nasional.

Penetapan ini dibuat bagi memastikan kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang lebih matang sebelum memasuki alam persekolahan formal.

Tujuan Penetapan Umur Kemasukan 5+

Penyelarasan umur kemasukan ini bertujuan untuk:

  • Memperkukuh asas pembelajaran murid sejak awal persekolahan
  • Menyediakan murid yang lebih bersedia dari segi kognitif, emosi dan sosial
  • Mengurangkan jurang pencapaian serta tekanan pembelajaran pada peringkat awal

Langkah ini dijangka dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran jangka panjang serta kesejahteraan murid.

rancangan pendidikan malaysia negara RPM
5. Peruntukan RM100 Juta untuk Naik Taraf Bilik Guru

Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035, kerajaan memperuntukkan RM100 juta khusus bagi menaik taraf bilik guru di sekolah-sekolah terlibat.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan serta kesejahteraan warga pendidik.

Melalui peruntukan ini, setiap sekolah menerima RM100,000 bagi memastikan bilik guru dijadikan ruang kerja yang lebih selesa, tersusun dan kondusif.

Penambahbaikan kemudahan ini bukan sahaja menyokong produktiviti guru, malah membantu mewujudkan persekitaran kerja yang lebih positif seterusnya memberi kesan langsung kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

rancangan pendidikan malaysia negara RPM
7. Laluan TVET Sejak Peringkat Sekolah Rendah

Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 turut memperkenalkan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seawal peringkat sekolah rendah.

Melalui Kurikulum Persekolahan 2027, elemen TVET akan diperkenalkan kepada murid bermula Tahun 1 hingga Tahun 6, sebelum diperkukuh di peringkat menengah rendah.

Pendekatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada kemahiran praktikal, minat kerjaya serta pembelajaran berasaskan aplikasi sebenar.

Ia juga membuka ruang kepada murid untuk mengenal potensi diri lebih awal dan tidak terikat semata-mata kepada laluan akademik tradisional.

rancangan pendidikan malaysia negara RPM
8. Peningkatan Mutu Sekolah Kebangsaan

Bagi memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap Sekolah Kebangsaan, kerajaan menetapkan sasaran supaya lima sekolah kebangsaan di setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mencapai tahap Sekolah Inspirasi di bawah pelaksanaan Reformasi Sekolah.

Usaha ini melibatkan peningkatan kualiti pengurusan sekolah, kepimpinan, pengajaran dan pembelajaran serta persekitaran sekolah secara menyeluruh.

Melalui inisiatif ini, Sekolah Kebangsaan diharapkan menjadi pilihan utama ibu bapa dan mampu bersaing setara dengan institusi pendidikan lain dari segi kualiti dan pencapaian.

rancangan pendidikan malaysia negara RPM

7 Teras Strategik RPM

Berikut ialah tujuh teras strategik Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 yang menjadi tunjang kepada reformasi pendidikan di Malaysia:

Teras 1: Memastikan sistem pendidikan Malaysia yang terangkum, dinamik, dan relevan.

Teras 2: Mengoptimumkan potensi murid melalui pengalaman pembelajaran bermakna untuk warganegara global.

Teras 3: Mentransformasikan pendidik agar berkeupayaan tinggi dan berorientasikan masa depan.

Teras 4: Memantapkan prasarana fizikal dan digital di semua institusi pendidikan KPM.

Teras 5: Mempergiat sinergi antara institusi pendidikan KPM dengan pihak berkepentingan.

Teras 6: Membudayakan kemampanan dalam ekosistem pendidikan.

Teras 7: Meningkatkan kecekapan tadbir urus dan sistem penyampaian.

Sasaran Wajib Capai RPM 2026-2035

Sasaran Wajib Capai RPM 2026-2035 menentukan matlamat pengukuran kritikal dalam Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 untuk tingkatkan mutu pendidikan negara secara menyeluruh.

Ia menyasar pencapaian 90% merentasi tiga tumpuan utama: Meningkatkan Mutu, Merapatkan Jurang, dan Keluarga Kelima (ekuiti, keluwesan, kemampanan).

Ia digerakkan oleh tujuh teras strategik termasuk sistem pendidikan, murid, pendidik, prasarana fizikal dan digital, sinergi, kemampanan, serta tadbir urus.

Tumpuan Meningkatkan Mutu

  • Murid mencapai sekurang-kurangnya gred C bagi keempat-empat mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.
  • Semua murid mencapai tahap sosioemosi sejahtera dan adab yang baik.
  • Semua murid mencapai tahap kompetensi digital pada tahap intermediate dan ke atas (merujuk Digital Competency Score).
  • 90 peratus murid Tahap 2 hingga Tingkatan 5 mencapai tahap kesihatan fizikal cergas dalam ujian SEGAK (Standard Kecergasan Murid).
  • Semua murid menguasai sekurang-kurangnya kemahiran dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Semua institusi pendidikan KPM mempunyai ikon lestari.
  • Semua MBPK mencapai tahap potensi mengikut keupayaan masing-masing.
  • Malaysia mencapai skor purata yang setara dengan standard pentaksiran antarabangsa.
  • Semua murid menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Tumpuan Merapatkan Jurang

  • Semua murid menguasai literasi dan numerasi pada akhir Tahap I.
  • Semua institusi pendidikan KPM dilengkapi dengan kemudahan prasarana asas.
  • Semua institusi pendidikan KPM dilengkapi dengan rangkaian internet berkelajuan tinggi (keseluruhan institusi) dan peranti digital.

Tumpuan Keluarga Kelima (ekuiti, keluwesan, kemampanan)

  • Ekuiti: 90% akses sumber pembelajaran sama rata; program inklusif untuk OKU dan golongan B40.​
  • Keluwesan: Program pembelajaran adaptif (blended/hybrid) dan kurikulum fleksibel mengikut keperluan murid.​
  • Kemampanan: Institusi hijau dengan amalan PPM (Pendidikan Pendidikan Masa Hadapan); bajet RM100,000 per sekolah untuk inisiatif jurang.​
  • Penyampaian KPM: Sistem pengurusan digital bersepadu untuk pemantauan masa nyata.​
  • Pembangunan Internet: Rangkaian broadband nasional untuk pendidikan 100% sambungan.​

Ringkasan Intipati Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035

  • Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 berteraskan kerangka nilai kemanusiaan dan penguasaan teknologi baharu
  • PM Datuk Seri Anwar yakin Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 adalah lonjakan yang akan beri makna kepada negara
  • Titah Agong: Kerajaan akan perkemas pendidikan Bahasa Melayu agar penguasaannya ditingkatkan
  • Semua pelajar termasuk di sekolah antarabangsa, agama rakyat dan tahfiz wajib ambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia
  • Semua sekolah kebangsaan perlu sediakan guru mencukupi untuk mengajar pilihan Bahasa Cina, Tamil dan Arab
  • Ujian Tahun 4 diperkenalkan mulai tahun ini (2026), tumpuan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
  • Rancangan Pendidikan Negara 2026: Mantapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama, beri tumpuan kepada bahasa lain
  • Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 diharap tamatkan polemik bahasa yang tidak berkesudahan
  • Prasekolah bermula pada usia lima tahun, Tahun 1 bermula seawal enam tahun mulai 2027 bergantung kepada kesediaan ibu bapa dan pendaftaran secara sukarela
  • PM Datuk Seri Anwar umum peruntukan RM100 juta perbaiki kemudahan untuk guru di sekolah
  • Mulai 2026, KPT akan ambil alih seluruh sistem pendidikan prauniversiti, Tingkatan Enam dan matrikulasi
  • Kira-kira 3,000 pelajar OKU di IPTA, politeknik dan kolej komuniti akan diberi pendidikan percuma
  • Pendidikan percuma PTPTN ditingkatkan kepada 10,000 pelajar miskin, berbanding 5,800 di bawah Belanjawan 2026

Sumber : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim via BERNAMA Radio

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan dengan sistem pendidkan negara, anda boleh rujuk pada portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, atau laman sosial berikut:

Dokumen Penuh Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026 – 2035

Muat turun Dokumen Penuh Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026 – 2035 (PDF) di bawah:

Muat Turun juga: Ringkasan Eksekutif Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035

rancangan pendidikan malaysia negara RPM

Soalan Lazim – Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035

1. Apakah itu Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035?

Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 ialah pelan rancangan 10 tahun oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membina semula dan menambah baik sistem pendidikan negara secara menyeluruh agar lebih mampan, inklusif dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

2. Apakah perubahan utama yang diperkenalkan melalui RPM 2026–2035?

Antara perubahan utama ialah pengukuran pembelajaran secara berpusat, penetapan mata pelajaran teras kebangsaan, serta penyelarasan umur kemasukan murid ke Tahun 1 bermula tahun 2027.

3. Apakah maksud pengukuran pembelajaran secara berpusat?

Pengukuran pembelajaran secara berpusat merujuk kepada sistem pentaksiran yang diselaraskan di peringkat nasional bagi memastikan standard pembelajaran yang lebih adil, konsisten dan setara di seluruh negara.

4. Bila pengukuran pembelajaran berpusat akan bermula untuk murid sekolah rendah?

Bagi Tahun 4, pengukuran pembelajaran berpusat akan bermula pada tahun 2026, melibatkan mata pelajaran:

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains

5. Bila pengukuran pembelajaran berpusat dilaksanakan di peringkat menengah?

Bagi Tingkatan 3, pelaksanaannya akan bermula pada tahun 2027, melibatkan mata pelajaran:

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sejarah

6. Adakah Bahasa Melayu dan Sejarah diwajibkan di bawah RPM?

Ya. Bahasa Melayu dan Sejarah diwajibkan kepada semua anak warganegara Malaysia dan mesti diambil mengikut kurikulum kebangsaan.

7. Sekolah manakah yang tertakluk kepada kewajipan Bahasa Melayu dan Sejarah?

Kewajipan ini terpakai kepada:

Sekolah Agama Rakyat
Sekolah Persendirian
Sekolah Antarabangsa

8. Apakah perubahan berkaitan umur kemasukan ke Tahun 1?

Mulai tahun 2027, umur kemasukan ke Tahun 1 diselaraskan kepada 6 tahun (5+), tertakluk kepada kesiapsiagaan pelaksanaan di peringkat nasional.

9. Apakah tujuan penyelarasan umur kemasukan ke Tahun 1?

Tujuan utama ialah untuk:

Memperkukuh asas pembelajaran murid
Menyediakan murid yang lebih bersedia dari segi perkembangan kognitif, emosi dan sosial

10. Siapakah yang terlibat dalam pelaksanaan RPM 2026–2035?

RPM 2026–2035 dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penglibatan sekolah, guru, ibu bapa serta pihak berkepentingan pendidikan bagi memastikan pelaksanaannya berkesan di peringkat nasional.

11. Mengapa kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk naik taraf bilik guru?

Peruntukan RM100 juta diberikan bagi memastikan bilik guru menjadi ruang kerja yang lebih selesa dan kondusif, dengan RM100,000 disalurkan kepada setiap sekolah terlibat bagi menyokong kesejahteraan dan produktiviti guru.

12. Apakah maksud laluan TVET sejak sekolah rendah?

Melalui Kurikulum Persekolahan 2027, elemen TVET diperkenalkan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan diperkukuh di peringkat menengah rendah bagi memberi pendedahan awal kepada kemahiran dan laluan kerjaya.

13. Bagaimana kerajaan meningkatkan mutu Sekolah Kebangsaan?

Kerajaan menyasarkan lima Sekolah Kebangsaan di setiap Pejabat Pendidikan Daerah mencapai tahap Sekolah Inspirasi di bawah pelaksanaan Reformasi Sekolah.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut