Kebanyakan individu yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pastinya mempunyai sijil keputusan peperiksaan tersebut. Sijil tersebut memaparkan keputusan terperinci calon dalam setiap mata pelajaran yang diambil ketika Tingkatan 5. Tahukah anda bahawa sijil ini penting terutamanya kepada mereka terutamanya untuk mencari pekerjaan atau menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi? Bagi yang kehilangan sijil SPM, anda boleh memohon secara online melalui laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/
Berikut kami kongsikan caranya.
Mengenai SPM
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah peperiksaan utama kebangsaan, ditadbir secara berpusat dan ditaksir pada penghujung pendidikan menengah.
Peperiksaan ini diiktiraf setaraf dengan GCE O-level dan penjaminan kualiti bagi SPM dilakukan bersama badan badan pentaksir luar negara seperti:
- Cambridge International Examinations (CIE)
- New Zealand Qualification Authority (NZQA)
- Victoria Curriculum and Assessment Authority (VCAA)
- Pearson
- CITO
Objektif SPM
Peperiksaan ini dijalankan untuk persijilan mata pelajaran.
Ia juga merekodkan pencapaian pelajar/calon dalam setiap mata pelajaran yang lulus sahaja berserta dengan syarat minimum lulus Bahasa Melayu.
Syarat Menduduki SPM
Syarat menduduki peperiksaan ini adalah seperti berikut:
- Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kerajaan/Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan/Sekolah Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau;
- Mereka yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM Vokasional/Malaysia Certificate of Education (MCE)/School Certificate (SC)/Federation of Malaya Certificate (FMC) atau;
- Mereka yang telah mencapai umur 19 tahun pada 1 Januari dalam tahun peperiksaan semasa.
Kepentingan Sijil SPM
Antara kepentingan sijil ini adalah seperti berikut:
- Kelayakan asas memasuki program pada peringkat lebih tinggi.
- Kriteria asas dalam mendapatkan biasiswa.
- Memohon pekerjaan.
- Mengetahui pentaksiran pendidikan murid sepanjang tempoh pendidikan menengah tingkatan lima.
Cara Dapatkan Sijil SPM Yang Hilang
Cara untuk mendapatkan sijil ini yang hilang boleh dilakukan menerusi cara berikut:
i) Online
- Klik di pautan https://elp.moe.gov.my/auth/login.
- Buat pendaftaran akaun.
- Kemudian login dengan memasukkan alamat emel dan kata laluan.
- Klik pada ikon ‘Salinan Keputusan.’
- Klik pada simbol ‘+’ untuk memohon.
- Pilih salinan sijil SPM.
- Isi maklumat tambahan di bahagian yang kosong.
- Masukkan alamat terkini bagi tujuan pengeposan sijil.
- Kemudian ‘Proceed’ untuk kaedah penghantaran.
- Caj yang dikenakan ialah RM30.00 untuk salinan sijil dan tambahan RM10.00 bagi kaedah kiriman pos.

CARA MOHON SALINAN SIJIL SPM / PMR / SRP / SPMU / DLL YANG HILANG @ ROSAK SECARA ONLINE MELALUI PORTAL E-LEMBAGA PEPERIKSAAN (ELP)
Nak interview tak lama lagi, tapi tak jumpa pula sijil SPM. Macam mana nak dapatkan salinan sijil yang baharu?
Jangan risau! Anda kini boleh mengemukakan borang permohonan ke Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan salinan baharu bagi sijil LCE, SRP ,PMR, MCE dan SPM yang hilang atau rosak.
Di sini kami kongsikan caranya step-by-step untuk makluman bersama ok. Mudah je…
Untuk mendapatkan salinan bagi sijil peperiksaan seperti SPM, PMR, SRP dan lain-lain, anda boleh mohon secara online saja di Portal e-Lembaga Peperiksaan Malaysia (eLP).
LANGKAH 1
Bila dah boleh login lepas daftar, inilah paparan di halaman utama.
Bagi yang nak memohon salinan sijil SPM yang hilang tu, boleh klik pada ikon Salinan Keputusan.

LANGKAH 2
Klik pada simbol + untuk memulakan permohonan.

LANGKAH 3
Pilih salinan sijil peperiksaan yang anda inginkan.

Skrol ke bawah dan tekan butang Cari.

LANGKAH 4
Semak dan sahkan maklumat.
Isi maklumat tambahan di bahagian yang kosong.
Dekat sini anda perlu masukkan alamat terkini bagi tujuan pengeposan sijil yang hilang nanti.

LANGKAH 5
Dah siap check dan isi, sila PROCEED untuk kaedah penghantaran.
Caj yang dikenakan ialah RM30.00 untuk salinan, dan tambahan RM10.00 bagi yang memilih kaedah kiriman pos untuk dapatkan salinan sijil terus ke rumah anda!

Dah siap boleh klik butang Mohon dan buat bayaran.
Selesai!
Info Lanjut
Info lanjut mengenai sijil ini, sila layari laman web Lembaga Peperiksaan iaitu http://lp.moe.gov.my/.
Baca juga: Ujian Mendengar Bahasa Melayu SPM – Format, Contoh Soalan, Tips Menjawab




