PT3 Dimansuhkan Mulai Tahun 2022 Ini – KPM

pt3 dimansuhkan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dimansuhkan mulai tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pada sidang akhbar khas hari ini.

Sebelum ini, PT3 ditangguhkan selama dua tahun sejak 2020 akibat pandemik Covid-19. 

PT3 Dimansuhkan Mulai 2022

pt3 dimansuhkan

Sumber: https://www.facebook.com/watch/?v=747282339786197

Pengumuman PT3 dimansuhkan ini mengundang pelbagai reaksi daripada ibu bapa dan juga pelajar sendiri. 

Penambahbaikan & Format Baharu Pentaksiran Bilik Darjah

Dalam sidang media berkenaan, Dr Radzi Jidin juga telah memaklumkan beberapa perkara tentang pendidikan negara.

Ini merangkumi penambahbaikan format baharu Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif yang akan dilaksanakan mulai sesi akademik tahun ini.

Ujian akhir sesi akhir akademik dimantapkan bagi 5 mata pelajaran terpilih peringkat sekolah rendah dan semua mata pelajaran peringkat sekolah menengah.

PKSK Kekal Dilaksana Untuk Kemasukan Ke Sekolah Khusus / Sekolah Berasrama

Menjawab sama ada keputusan Peperiksaan Akhir Tahun ini akan digunakan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama, Dr Radzi menjawab bahawa PKSK akan terus dilaksanakan bagi membuka tawaran kemasukan murid ke Sekolah Khusus

Pemilihan aliran di Tingkatan 4 pula akan dijalankan melalui perbincangan yang terperinci antara pihak sekolah, murid dan ibu bapa.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut