PROTON MEMPERKENALKAN 2026 PROTON X90 – SUV D-SEGMEN 7 TEMPAT DUDUK, DENGAN SISTEM PACUAN BAHARU.
Model 2026 kini hadir dengan enjin i-GT 1.5L turbo bersama transmisi 7-kelajuan DCT, menghasilkan 181 PS dan 290 Nm tork untuk pemanduan yang lancar dan responsif.
Sebagai SUV 7 tempat duduk sebenar, X90 menawarkan susunan tiga baris yang luas – sesuai untuk keperluan seisi keluarga Malaysia.
2026 PROTON X90 ditawarkan dalam tiga varian – Lite, Prime dan Prime X, dengan harga bermula dari RM99,800* (atas jalan tanpa insurans, Semenanjung Malaysia) selepas rebat.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Artikel berkaitan: Nissan Serena e-Power 2026 Malaysia – Spesifikasi, Rekabentuk, Harga
Latarbelakang Proton X90
Proton X90 merupakan SUV terbesar dalam barisan model Proton yang direka sebagai SUV keluarga premium dengan 3 baris tempat duduk serta pelbagai teknologi moden dari segi keselamatan, keselesaan dan prestasi.
Model ini sesuai untuk keluarga besar kerana mampu memuatkan sehingga 7 orang penumpang dengan ruang kabin yang luas dan selesa.
Model ini juga menampilkan reka bentuk moden, sistem keselamatan lengkap serta prestasi enjin yang lebih responsif.

Antara penambahbaikan yang diperkenalkan pada Proton X90 2026 termasuk:
- Penggunaan enjin i-GT 1.5TD turbo yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar 7 kelajuan (7DCT)
- Skrin infotainmen 12.3 inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto secara tanpa wayar
- Roof rails yang mampu menampung beban sehingga 75kg

Harga Proton X90 Facelift (Baru) 2026
PROTON X90 ditawarkan dalam tiga varian – Lite, Prime dan Prime X, dengan harga bermula dari RM99,800* (atas jalan tanpa insurans, Semenanjung Malaysia) selepas rebat.
- 1.5TD Lite – RM106,800
- 1.5TD Prime – RM116,800
- 1.5TD Prime X – RM122,800 untuk Prime X
- Sempena pelancarannya, Proton menawarkan rebat khas RM7,000.
Harga ini adalah harga atas jalan tanpa insurans bagi Semenanjung Malaysia.

Proton turut menyediakan beberapa manfaat tambahan termasuk 5 tahun waranti tanpa had perbatuan, 5 tahun caj buruh percuma, kadar pembiayaan serendah 1.95 peratus setahun, dan program tukar beli dengan sokongan overtrade sehingga RM3,000.
Turut disediakan manfaat Pro-Xchange sehingga RM4,000 untuk kenderaan yang tidak layak dipandu serta Pro-Shield, iaitu program insurans Proton yang dipertingkatkan.

Warna Proton X90 2026
Proton X90 2026 ditawarkan dalam 5 pilihan warna luaran:
- Quartz Black
- Marine Blue
- Armour Silver
- Snow White
- Jet Grey
Pilihan warna ini memberi gaya premium serta elegan kepada SUV ini.

Spesifikasi Proton X90
Proton X90 baharu menggunakan enjin I-GT 1.5TD turbocharged dengan spesifikasi berikut:
- Kuasa maksimum: 181PS
- Tork maksimum: 290Nm
- Enjin: 4 silinder 1.5L turbo
- Sistem bahan api: Direct Injection
- Transmisi: 7-Speed Dual Clutch Transmission (DCT) dengan mod manual
- Sistem pacuan: 2WD
Gabungan enjin turbo dan transmisi DCT ini memberikan pemanduan yang lebih lancar serta responsif sama ada untuk pemanduan bandar atau lebuh raya.

Kapasiti Proton X90
Dari segi saiz, Proton X90 merupakan SUV yang besar dan sesuai untuk kegunaan keluarga.
Spesifikasi utama:
- Panjang: 4830 mm
- Lebar: 1900 mm
- Tinggi: 1764 mm
- Jarak roda: 2805 mm
- Kapasiti tangki minyak: 60 liter
- Minimum turning radius: 5.9 m


Ruang Bagasi
- 257 liter (semua tempat duduk digunakan)
- 1,011 liter (baris ketiga dilipat)
- 2,050 liter (baris kedua & ketiga dilipat)
Ruang ini memudahkan pengguna membawa barangan besar ketika perjalanan jauh.
Ruang Kabin Luas “Room For All”
Proton X90 direka dengan konsep “Room For All” yang memberi tumpuan kepada keselesaan seluruh keluarga.
Antara ciri kabin termasuk:
- Konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
- Captain seats untuk baris kedua (varian Prime X)
- Tempat duduk Nappa leather
- Ventilated seats untuk baris hadapan
- Sistem penghawa dingin Auto Dual Zone
- Aircond untuk baris kedua dan ketiga
- Cabin air filter
Rekaan tempat duduk yang fleksibel juga membolehkan ruang bagasi diperbesar apabila tempat duduk dilipat.

Ciri Teknologi & Infotainment
Proton X90 turut dilengkapi pelbagai teknologi moden untuk keselesaan pemandu dan penumpang.
Antaranya:
- Intelligent entry with push start button
- Skrin infotainment 12.3 inci
- Wireless Apple CarPlay & Android Auto
- Paparan meter digital
- Wireless charger
- Sistem audio premium
- Remote engine start
- Walk Away Auto Lock
Sistem Pemanduan & Pengendalian
Untuk pengalaman pemanduan lebih baik, Proton X90 dilengkapi beberapa ciri tambahan seperti:
- Multi-link rear suspension dengan stabiliser
- Drive mode selection (Normal, Comfort, Sport)
- Electric Parking Brake dengan Auto Brake Hold
- Electric Power Steering
Sistem suspensi ini membantu memberikan pemanduan lebih stabil dan selesa.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Proton X90 2026
Pelancaran Proton X90 baharu memperkukuh kedudukan Proton dalam segmen SUV keluarga di Malaysia. Dengan enjin turbo berkuasa 181PS, kabin luas 7 tempat duduk dan teknologi moden, model ini direka untuk memenuhi keperluan keluarga yang mahukan SUV besar dengan ciri premium.
Proton X90 menggunakan enjin I-GT 1.5TD turbocharged 4 silinder dengan kuasa maksimum sekitar 181PS dan tork 290Nm. Enjin ini digabungkan dengan transmisi 7-Speed Dual Clutch Transmission (DCT).
Model X90 terbaru tidak lagi menawarkan Advanced Driver Assistance System (ADAS) seperti pada model X90 sebelumnya.
Tapi walaupun tiada ADAS, X90 baharu masih ada beberapa ciri keselamatan asas seperti:
6 airbags
Rear parking sensors
Reverse camera
360° camera (varian Prime & Prime X)
Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)
Proton X90 ditawarkan dalam lima pilihan warna luaran, iaitu:
Quartz Black
Marine Blue
Armour Silver
Snow White
Jet Grey
Proton X90 merupakan SUV 3 baris tempat duduk yang boleh memuatkan sehingga 7 penumpang. Untuk varian tertentu, barisan kedua turut ditawarkan dengan Captain Seats bagi keselesaan tambahan.
Kapasiti ruang bagasi Proton X90 adalah:
257 liter – dengan semua tempat duduk digunakan
1,011 liter – apabila barisan ketiga dilipat
2,050 liter – apabila barisan kedua dan ketiga dilipat
Ruang ini sesuai untuk membawa bagasi atau barangan besar ketika perjalanan jauh.
Antara teknologi yang ditawarkan termasuk:
Skrin infotainment 12.3 inci
Wireless Apple CarPlay & Android Auto
Wireless charger
Remote engine start
Intelligent entry dengan push start button
Walk Away Auto Lock

Tempahan boleh dibuat melalui laman web rasmi : http://www.proton.com/




