Program Subsidi NEXTStep: Daftar Kerusi Kanak-kanak Untuk B40

BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound membuka pendaftaran bagi Program Subsidi NEXTStep!

Menerusi inisiatif yang terkini oleh pengeluar kenderaan premium bagi menaungi kepentingan keselamatan kanak-kanak dalam kereta, program subsidi baharu ini bakal menawarkan akses ke atas kerusi kereta kanak-kanak dengan subsidi penuh buat golongan yang memerlukan.

Pada 10 Mei 2022, BMW Group Malaysia hari ini telah mengumumkan Program Subsidi NEXTStep menerusi kolaborasi dengan rakan kongsi jangka panjangnya, Safe ‘n Sound untuk menyediakan kerusi kereta kanak-kanak bersubsidi penuh buat para ibu bapa dalam kategori pendapatan B40.

Apakah Program Subsidi Carseat NEXTStep?

Program Subsidi NEXTStep oleh BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound telah diperkenalkan atas sebahagian daripada inisiatif BMW Safety 360°, berlatarkan kejayaan satu lagi program subsidi yang menyaksikan 300 buah kerusi kereta kanak-kanak bersubsidi diserahkan kepada ibu bapa di seluruh Malaysia sejak penghujung tahun 2019.

Program subsidi terbaharu ini akan membekalkan para ibu bapa kerusi kereta kanak-kanak dengan had berat sehingga 36 kg menerusi sumbangan yang dibuat sebelum ini oleh BMW Group Financial Services Malaysia.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia turut mengambil peluang untuk berkongsi, “Sejak lebih daripada lapan tahun, inisiatif BMW Safety 360° telah memberi tumpuan untuk meningkatkan kesedaran serta mendorong para keluarga untuk mengambil tindakan agar amalan keselamatan kereta yang lebih bertanggungjawab menjadi kebiasaan di Malaysia. Meskipun kami telah memberi penekanan yang tinggi ke atas kerusi kereta kanak-kanak sejak mutakhir ini menerusi pelbagai program dan usaha sama kami, kami sedar bahawa isu penerimagunaan yang rendah harus diatasi dengan melangkaui pendekatan yang bersifat verbal semata-mata ataupun menerusi pemberian subsidi separa, khususnya buat komuniti yang memerlukan pada saat ini. Dengan Program Subsidi NEXTStep, kami berhasrat untuk terus menjadikan kerusi kereta kanak-kanak ini lebih mudah untuk diakses buat para ibu bapa yang memerlukan.”

Syarat Kelayakan

Program Subsidi NEXTStep oleh BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound disediakan khas untuk keluarga yang

  • bakal menimang cahaya mata atau
  • berat anak sehingga 36 kg
  • pendapatan isi rumah bulanan bawah RM 3,500

Tarikh Permohonan Subsidi NEXTStep

Permohonan ini dibuka mulai 10 Mei hingga 22 Mei 2022.

Cara Memohon Subsidi NEXTStep

Ibu bapa boleh mendaftar untuk mendapatkan kerusi kereta kanak-kanak tersebut di laman web Safe ‘n Sound.

PROSEDUR PERMOHONAN:

1) Isi Borang

Lengkapkan borang pendaftaran untuk memohon kerusi keselamatan kanak-kanak yang bersubsidi penuh.

MOHON DI SINI

2) Terima mesej pengesahan

Penerima kerusi keselamatan kanak-kanak yang terpilih akan menerima mesej pengesahan Whatsapp.

3) Penuntutan

Penerima di Lembah Klang perlu mengambil kerusi keselamatan kanak-kanak di pusat khidmat pelanggan Safe’n Sound di Alam Perdana Industrial Park, Puchong. Penerima perlu membawa kad pengenalan bersama, semasa mengambil kerusi keselamatan kanak-kanak baru anda.

Penerima di luar Lembah Klang perlu kongsi alamat untuk penghantaran kerusi keselamatan kanak-kanak.

PAUTAN PERMOHONAN

Klik pautan di bawah untuk memohon kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi penuh tersebut.

MOHON DI SINI

Semakan Status Permohonan

Ibu bapa yang layak akan dimaklumkan oleh Safe ‘n Sound melalui WhatsApp, Ibu bapa yang terpilih di luar kawasan Lembah Klang akan dimaklumkan mengenai status penghantaran kerusi tersebut, manakala ibu bapa di dalam kawasan Lembah Klang akan diberi makluman tarikh, waktu dan lokasi untuk mengambil kerusi kereta kanak-kanak mereka.

BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound akan memberi subsidi penuh bagi kerusi-kerusi berikut, termasuk caj penghantaran kepada penerima di luar Lembah Klang.

Kerusi Kanak-kanak Yang Terlibat

Kerusi yang bersesuaian akan dipilih untuk penerima mengikut berat dan tinggi anak-anak mereka, serta spesifikasi kenderaan masing-masing.

ProdukPenggunaan ProdukHarga Runcit
snskidz AceDari berat kelahiran hingga 13 kgRM199
Kerusi snskidz Whizz ISOFIXDari berat kelahiran hingga 18 kgRM499
Kerusi snskidz SportDari berat kelahiran hingga 18 kgRM279
Kerusi snskidz Proto (dengan pilihan ISOFIX)Antara 13 kg hingga 36 kiloRM399
Kerusi Booster MifoldAntara 15 kg hingga 36 kgRM199

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan tentang Program Subsidi NEXTStep, sila hantar e-mel ke [email protected]

ATAU

Sila layari laman web rasmi: https://www.safensound.com.my/pages/bmw-nextstep

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!