Gaji Minimum 2023 – RM1500 (Dikemaskini 7 Julai 2023)

TERKINI : PELAKSANAAN GAJI MINIMUM RM1500 BAGI KATEGORI PEKERJA KURANG 5 ORANG BERMULA 1 JULAI 2023

Setelah mengambil kira kesediaan kategori majikan yang menggajikan pekerja kurang dari 5 orang, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk MENANGGUHKAN pelaksanaan kuatkuasa Gaji Minimum RM1,500 dari 1 Januari 2023 kepada 1 Julai 2023 di bawah kategori ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan bahawa pekerja di seluruh Malaysia akan menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu, pada nilai RM1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022.

Baca juga: Takwim Sesi Persekolahan Akan Kembali Kepada Januari – KPM

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pengumuman oleh Kementerian Sumber Manusia dan lampiran Warta Kerajaan Persekutuan bagi Perintah Gaji Minimum 2022 yang telah dikemaskini bagi tahun 2023.

penangguhan gaji minimum 2022 2023

Perintah Gaji Minimum Malaysia (Minimum Wage Order)

Definisi “gaji minimum” di bawah seksyen 2, Akta Majlis Perundingan Gaji Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] ialah gaji pokok sahaja, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.

Inisiatif Gaji Minimum Kebangsaan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pembentangan Bajet pada 15 Oktober 2010.

Ia adalah salah satu instrumen dasar melalui Model Baru Ekonomi (MBE) bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi yang terangkum dan mampan menjelang tahun 2020.

Dasar ini bertujuan untuk memastikan pekerja dapat memenuhi keperluan asas dan menyediakan suasana sesuai untuk industri dalam meningkatkan nilai rantaian pengeluaran mereka. 

Tarikh Kuatkuasa

Terdapat dua tarikh kuat kuasa PGM 2022 iaitu:

 (a) Pada 1 Mei 2022, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 kepada:

  • bagi majikan yang mengambil 5 orang pekerja atau lebih; dan
  • majikan tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja yang majikan menjalankan suatu aktiviti profesional yang dikelaskan bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (Malaysia Standard Classification of Occupations, MASCO) 2020 sebagaimana yang diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia.

 (b) Pada 1 Januari 2023, bagi majikan yang menggajikan kurang daripada 5 orang pekerja, tidak termasuk majikan yang dinyatakan di Perenggan 2 A (ii).

Bagi tempoh 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022, kadar gaji minimum bagi pekerja untuk majikan kategori ini adalah mengikut kawasan tempat kerja pekerja iaitu RM1,200 di kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran dan RM1.100 untuk kawasan selain kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran.

Implikasi undang-undang apabila Perintah Gaji Minimum 2022 diwartakan ialah:

  • Perintah Gaji Minimum 2020 adalah terbatal. Walau bagaimanapun, apa-apa prosiding undang-undang, pendakwaan atau siasatan yang dibuat di bawah Perintah Gaji Minimum 2020 adalah diteruskan sehingga selesai; dan
  • Semua kontrak dan Perjanjian Kolektif hendaklah mengambil kira semua peruntukan dalam Perintah Gaji Minimum 2022.

Jadual Kadar Gaji Minimum Terkini (2023)

Penjelasan mengenai pelaksanaan gaji minimum ke atas majikan yang menjalankan aktiviti profesional di bawah MASCO.

Sumber: https://minimumwages.mohr.gov.my/

Seseorang majikan yang menjalankan aktiviti profesional iaitu merujuk kepada pekerjaan kategori 2: Profesional di bawah MASCO

Dalam pengkelasan MASCO di bawah Kumpulan Utama 2: Profesional, terdapat sembilan kumpulan sub utama, iaitu

  • profesional sains dan kejuruteraan;
  • profesional kesihatan;
  • profesional perguruan;
  • profesional perniagaan dan pentadbiran;
  • profesional teknologi maklumat dan komunikasi;
  • profesional perundangan;
  • profesional perkhidmatan hospitaliti dan yang berkaitan;
  • profesional sosial dan kebudayaan; dan
  • badan pengawalaturan

*Untuk maklumat lanjut mengenai MASCO sila layari:

https://emasco.mohr.gov.my/masco

Pekerja Yang Layak Menerima Gaji Minimum

Kadar ini terpakai kepada semua pekerja swasta kecuali pekhidmat domestik.

Pekerja swasta ertinya mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam jadual yang berikut:

  • Jadual Pertama Akta Kerja 1955;
  • Jadual Ordinan Buruh Sabah; atau
  • Jadual Ordinan Buruh Sarawak.

Oleh itu, pekerja TASKA, pekerja dalam industri mikro, pekerja badan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organisations, NGOs), pekerja rumah ibadat, pekerja separa masa, pekerja kasual, adalah layak menerima gaji minimum, tertakluk kepada terma dan syarat kontrak perkhidmatan masing-masing.

Apakah Penalti Bagi Majikan Yang Tidak Membayar Gaji Minimum?

Bolehkah majikan membayar gaji pokok yang lebih rendah daripada gaji minimum jika pekerja mereka bersetuju?

TIDAK BOLEH. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang.

Berikut adalah penalti yang boleh dikenakan kepada majikan yang tidak melaksanakan PGM :

KesalahanPenalti
Kesalahan PertamaDenda tidak melebihi RM10,000 setiap pekerja. Mahkamah boleh memerintahkan majikan untuk membayar kepada setiap pekerjanya perbezaan di antara kadar gaji minimum dengan gaji pokok.
Penalti AmDenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan jika tiada penalti diperuntukkan..
Penalti bagi Kesalahan BerterusanDenda harian tidak melebihi RM1,000 bagi kesalahan yang berterusan selepas sabitan.
Penalti bagi Kesalahan BerulangDenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.

perintah gaji minimum 2022

Apa Yang Pekerja Perlu Tahu?

Gaji minimum ialah gaji pokok seperti yang ditetapkan dalam Perintah_Gaji_Minimum (PGM) 2022. Ia tidak termasuk elaun, insentif atau apa-apa bayaran tambahan yang dibuat kepada pekerja.

Ia terpakai kepada semua pekerja di sektor swasta yang bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan kecuali perkhidmat domestik (pembantu rumah, tukang kebun, tukang masak dalam rumah persendirian).

Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 berkuat kuasa mulai Mei 2022 menggantikan PGM 2020.

Tahukah anda, kadar gaji yang ditetapkan ini terpakai kepada semua pekerja swasta KECUALI pekhidmat domestik.

Pekerja swasta ertinya mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam jadual yang berikut:

  • Jadual Pertama Akta Kerja 1955
  • Jadual Ordinan Buruh Sabah
  • Jadual Ordinan Buruh Sarawak
gaji minimum 2022
1. Apakah definisi “gaji minimum”?

Definisi “gaji minimum” di bawah seksyen 2, Akta Majlis Perundingan Gaji Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] ialah gaji pokok sahaja, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.

2. Bilakah pelaksanaan Gaji Minimum ini?

Terdapat dua tarikh kuat kuasa PGM 2022 iaitu:
 (a).Pada 1 Mei 2022, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 kepada:
bagi majikan yang mengambil 5 orang pekerja atau lebih; dan
majikan tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja yang majikan menjalankan suatu aktiviti profesional yang dikelaskan bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (Malaysia Standard Classification of Occupations, MASCO) 2020 sebagaimana yang diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia.
 (b) .Pada 1 Januari 2023, bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, tidak termasuk majikan yang dinyatakan di Perenggan 2 A (ii).
Bagi tempoh 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022, kadar gaji minimum bagi pekerja untuk majikan kategori ini adalah mengikut kawasan tempat kerja pekerja iaitu RM1,200 di kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran dan RM1.100 untuk kawasan selain kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran.

3. Berapakah kadar gaji minimum?

Berikut adalah kadar gaji minimum berdasarkan kategori :



*Penjelasan mengenai pelaksanaan gaji minimum ke atas majikan yang menjalankan aktiviti profesional di bawah MASCO.

Seseorang majikan yang menjalankan aktiviti profesional iaitu merujuk kepada pekerjaan kategori 2: Profesional di bawah MASCO

Dalam pengkelasan MASCO di bawah Kumpulan Utama 2: Profesional, terdapat sembilan kumpulan sub utama, iaitu
-profesional sains dan kejuruteraan;
-profesional kesihatan;
-profesional perguruan;
-profesional perniagaan dan pentadbiran;
-profesional teknologi maklumat dan komunikasi;
-profesional perundangan;
-profesional perkhidmatan hospitaliti dan yang berkaitan;
-profesional sosial dan kebudayaan; dan
-badan pengawalaturan

Untuk maklumat lanjut mengenai MASCO sila layari:
https://emasco.mohr.gov.my/masco

gaji minimum 2022 2023

3. Siapakah yang layak menerimanya?

Kadar ini terpakai kepada semua pekerja swasta kecuali pekhidmat domestik.

Pekerja swasta ertinya mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam jadual yang berikut:
Jadual Pertama Akta Kerja 1955;
Jadual Ordinan Buruh Sabah; atau
Jadual Ordinan Buruh Sarawak.

Oleh itu, pekerja TASKA, pekerja dalam industri mikro, pekerja badan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organisations, NGOs), pekerja rumah ibadat, pekerja separa masa, pekerja kasual, adalah layak menerima gaji minimum, tertakluk kepada terma dan syarat kontrak perkhidmatan masing-masing.

3. Mengapakah pekerja asing tidak dikecualikan daripada menerima gaji minimum?

Seksyen 60L Akta Kerja 1955, seksyen 118B Ordinan Buruh Sabah dan seksyen 119B Ordinan Buruh Sarawak tidak membenarkan sebarang bentuk diskriminasi antara pekerja tempatan dan pekerja asing. Di samping itu, Konvensyen ILO No.100: Equal Remuneration telah diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun 1997 yang menetapkan seseorang pekerja hendaklah tidak didiskriminasikan atas alasan kewarganegaraan.

4. Apakah implikasi undang-undang apabila Perintah Gaji Minimum 2022 diwartakan?

Implikasi undang-undang apabila Perintah Gaji Minimum 2022 diwartakan ialah:
Perintah Gaji Minimum 2020 adalah terbatal. Walau bagaimanapun, apa-apa prosiding undang-undang, pendakwaan atau siasatan yang dibuat di bawah Perintah Gaji Minimum 2020 adalah diteruskan sehingga selesai; dan
Semua kontrak dan Perjanjian Kolektif hendaklah mengambil kira semua peruntukan dalam Perintah Gaji Minimum 2022.

5. Bolehkah majikan membayar gaji pokok yang lebih rendah daripada gaji minimum jika pekerja mereka bersetuju?

 TIDAK BOLEH. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang.

6. Apakah penalti bagi majikan yang tidak membayar gaji minimum?


Majikan yang didapati bersalah kerana tidak membayar gaji minimum kepada pekerja boleh dikenakan penalti seperti berikut:-

Kesalahan Pertama
Denda tidak melebihi RM10,000 setiap pekerja. Mahkamah boleh memerintahkan majikan untuk membayar kepada setiap pekerjanya perbezaan di antara kadar gaji minimum dengan gaji pokok.

Penalti Am
Denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan jika tiada penalti diperuntukkan.

Penalti bagi Kesalahan Berterusan
Denda harian tidak melebihi RM1,000 bagi kesalahan yang berterusan selepas sabitan.

Penalti bagi Kesalahan Berulang
Denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.

7. Adakah gaji minimum bertentangan dengan amalan Productivity-Linked Wage System(PLWS)?

TIDAK. Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum tidak bertentangan dengan amalan majikan yang melaksanakan PLWS selagi pekerja tidak menerima kadar yang kurang daripada kadar gaji minimum.

8. Di manakah majikan dan pekerja boleh mendapatkan bantuan dan nasihat mengenai dasar dan pelaksanaan gaji minimum?

Isu-isu Dasar

Sekretariat
Majlis Perundingan Gaji Negara
Kementerian Sumber Manusia
Aras 7, Blok D3, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel: 03-8886 5156
Faks: 03-8881 0668
E-mel: minimumwages[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: www.mohr.gov.my

Isu-isu Pelaksanaan

Jabatan Tenaga Kerja (Semenanjung Malaysia dan Labuan)
Kementerian Sumber Manusia
Aras 5, Blok D3, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel : 03-88865192
Faks: 03-8889 2368
Emel : jtksm[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: jtksm.mohr.gov.my

Jabatan Tenaga Kerja (Sabah)
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 1, Blok C & D,
Bangunan KWSP P/S 14557
88852, Kota Kinabalu, SABAH
Tel : 088-238755/233820
Faks : 088-242445
Emel : jtknsabah[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: jtksbh.mohr.gov.my

Jabatan Tenaga Kerja (Sarawak)
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93532, Kuching, SARAWAK
Tel : 082-242261/414062
Faks : 082-244909
Emel : gajimin[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: jtkswk.mohr.gov.my

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia
Kementerian Sumber Manusia
Aras 9, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel : 03-88865460
Faks : 03-88862355
Emel : jppm[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: jpp.mohr.gov.my

Maklumat Lanjut

Klik sini untuk maklumat kadar gaji minimum.

https://minimumwages.mohr.gov.my/

Untuk mendapatkan bantuan dan nasihat mengenai dasar dan pelaksanaan gaji_minimum, sila hubungi:

Sekretariat
Majlis Perundingan Gaji Negara
Kementerian Sumber Manusia
Aras 7, Blok D3, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel: 03-8886 5156
Faks: 03-8881 0668
E-mel: minimumwages[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: www.mohr.gov.my

Isu-isu Pelaksanaan

Jabatan Tenaga Kerja (Semenanjung Malaysia dan Labuan)
Kementerian Sumber Manusia
Aras 5, Blok D3, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel : 03-88865192
Faks: 03-8889 2368
Emel : jtksm[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: jtksm.mohr.gov.my

Jabatan Tenaga Kerja (Sabah)
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 1, Blok C & D,
Bangunan KWSP P/S 14557
88852, Kota Kinabalu, SABAH
Tel : 088-238755/233820
Faks : 088-242445
Emel : jtknsabah[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: jtksbh.mohr.gov.my

Jabatan Tenaga Kerja (Sarawak)
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93532, Kuching, SARAWAK
Tel : 082-242261/414062
Faks : 082-244909
Emel : gajimin[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: jtkswk.mohr.gov.my

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia
Kementerian Sumber Manusia
Aras 9, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel : 03-88865460
Faks : 03-88862355
Emel : jppm[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: jpp.mohr.gov.my

Rujuk FAQ: https://minimumwages.mohr.gov.my/index.php/ms/soalan-lazim-4

Atau

Rujuk Perintah Gaji_Minimum 2022 / 2023 sepenuhnya di sini: https://www.mohr.gov.my/

Baca juga: Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023)

Sumber:

https://www.mohr.gov.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!