Permohonan Geran Bantuan Ke IPT Yayasan Pahang

geran bantuan ke ipt
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Yayasan Pahang menawarkan kepada anak-anak Pahang yang bakal memasuki IPT kali pertama menerusi Geran Bantuan Ke IPT yang boleh dipohon menerusi pautan www.yp.org.my.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai geran bantuan ini.

Mengenai Geran Bantuan Ke IPT

Pemberian Geran Bantuan ke IPT merupakan inisiatif dan rasa terima kasih Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang kepada anak-anak Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.

Geran ini mula diperkenalkan pada tahun 2000 yang dikhaskan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi dan bayaran dibuat secara one-off.

Namun, bermula Januari 2014, pemberian geran ini telah diperluaskan sehingga ke peringkat Sarjana / PhD.

Pada tahun 2019, pemberian geran sedia ada telah dijenama semula dan dinamakan sebagai Geran Pra Siswazah dan Geran Pasca Siswazah.

Kategori Utama

Pemberian geran ini mempunyai 2 kategori utama iaitu:

  • Geran Pra Siswazah (RM700) : Sijil, Asasi, Matrikulasi, Diploma, & Ijazah Sarjana Muda
  • Geran Pasca Siswazah (RM1,200) : Sarjana (Master) & Kedoktoran (PhD)

Syarat Kelayakan Utama

Syarat kelayakan utama untuk memohon geran ini adalah seperti berikut:

  1. Anak Negeri Pahang
  2. Kelayakan akademik
    – Kelayakan Pra Siswazah : Minimum CGPA 2.80
    – Kelayakan Pasca Siswazah require: Minimum CGPA 3.00
  3. Kemasukan pertama

Garis Masa Permohonan

Tempoh permohonan bagi geran ini adalah:

  • 4 MINGGU SEBELUM tarikh pendaftaran IPT
  • 6 MINGGU SELEPAS tarikh pendaftaran IPT

Adalah diingatkan pemohon hanya boleh memohon sekali sahaja bagi setiap kategori.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan geran ini, sila buat permohonan menerusi pautan Yayasan Pahang iaitu www.yp.org.my.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Geran Bantuan ke IPT?

Geran Bantuan ke IPT merupakan bantuan kepada anak-anak Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.

Apakah kategori utama bagi pemberian geran ini?

– Geran Pra Siswazah : Sijil, Asasi, Matrikulasi, Diploma, & Ijazah Sarjana Muda
– Geran Pasca Siswazah : Sarjana (Master) & Kedoktoran (PhD)

Berapakah jumlah bantuan bagi geran ini?

Jumlah pemberian Geran Pra Siswazah adalah RM700 manakala Geran Pasca Siswazah adalah RM1,200.

Jika saya merupakan anak bukan daripada Negeri Pahang, adakah saya boleh memohon?

Tidak. Geran ini hanya khusus kepada anak Negeri Pahang.

Bagaimanakah cara untuk saya memohon?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan www.yp.org.my.

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Geran Bantuan Ke IPT, sila layari laman web www.yp.org.my

Baca juga: Permohonan Bantuan Awal Ke IPT MUIP 2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut