Advertisements

Permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP 2022)

Advertisements

Berita baik untuk semua calon lepasan SPM tahun 2021, permohonan Program Tajaan Biasiswa Pendidikan PETRONAS atau PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) akan dibuka mulai 16 Jun 2022!

Jangan lepaskan peluang ini untuk memohon!

Jom kami kongsikan maklumat lanjut tentang permohonan biasiswa PETRONAS bagi tahun 2022 ini.

Advertisements

Biasiswa Pendidikan PETRONAS (PESP 2022)

Sejak tahun 1975, PETRONAS telah memberikan tajaan kepada lebih daripada 37,000 pelajar yang layak dan berani mendorong batas secara akademik, serta memiliki prestasi dan keupayaan kepimpinan.

Ini adalah cara PETRONAS membentuk bakat yang berpotensi dan dapat menyumbang kembali kepada syarikat dan negara.

Permohonan PESP sekali lagi terbuka untuk rakyat Malaysia yang cemerlang pengajian sarjana dalam bidang berkaitan minyak dan gas.

Calon yang layak akan disenarai pendek dan ditemuduga sebelum pemilihan akhir.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Baca juga: Permohonan Semak Semula Keputusan SPM (MPM)

Bidang Tajaan

Bidang yang termasuk dalam Program Tajaan Biasiswa PETRONAS termasuklah:

  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum
  • GeoSains
  • Kimia Gunaan
  • Biokimia
  • Sains Persekitaran
  • Sains Aktuari
  • Sains Komputer
  • Statistik
  • Matematik
  • Akauntan
  • Ekonomi
  • Undang-undang
  • Psikologi
  • Sosiologi
  • Pengurusan Perniagaan
pesp petronas biasiswa

Syarat Permohonan Biasiswa PETRONAS PESP 2022

Tajaan ini dibuka untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi seperti berikut:

  • Universiti Teknologi PETRONAS termasuk Program Asasi 1 tahun.
  • Universiti Awam di Malaysia termasuk tempoh wajib pada
  • Program Matrikulasi / Asasi
  • Universiti Luar Negara termasuk Program Pra Universiti sehingga 24 bulan di Malaysia.

Syarat am dan syarat khusus permohonan secara terperinci boleh disemak melalui pautan berikut:

https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS/Applicant/Applicant/Login?fbclid=IwAR04IGwxs1IYLLJAiDuuDr_O3Z2HLdLqAWiCGKNtk7K9lCrOBow4ejIdxQc

Cara Permohonan

Permohonan akan dibuka secara atas talian di laman web PESP iaitu https://educationsponsorship.petronas.com.my

Pemohon dikehendaki mendaftarkan diri dengan menekan butang REGISTER dan mengisi maklumat peribadi serta maklumat akademik berdasarkan syarat kelayakan.

Sila pastikan semua maklumat adalah tepat sebelum menghantar borang permohonan online.

Jika anda telah menghantar dan ingin membuat perubahan kerana terdapat kesilapan, sila hubungi hotline PETRONAS di talian 03 –2331 2277/ 03 – 2331 2299/ 03 – 2331 3311
9 pagi – 5 petang (Isnin hingga Jumaat) / 9 pagi – 2 petang (Sabtu dan Ahad) dengan menyertakan sekali nombor IC, username, e-mel untuk tujuan pengesahan.

Anda juga boleh memohon untuk membuat perubahan maklumat melalui e-mel [email protected]

Tarikh Permohonan Biasiswa PETRONAS 2022

Permohonan secara online akan dibuka dari 16 Jun 2022 (10pagi) hingga 22 Jun 2022 (5 petang).

Semakan Status Biasiswa PETRONAS 2022

Calon / pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh PETRONAS melalui e-mel, SMS dan sistem PESP di pautan https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS.

Maklumat Lanjut

Untuk bantuan, sila e-melkan kepada [email protected]

atau

Hubungi nombor berikut

03 – 2331 2277
03 – 2331 2299
03 – 2331 3311

atau

Sila rujuk Soalan Lazim di pautan berikut:

pesp petronas biasiswa 2022

https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS/Applicant/Applicant/Faq

Leave a Comment