Biasiswa PETRONAS – Yayasan UTP Undergraduate Full Scholarship 2026

biasiswa petronas YUTP
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Biasiswa PETRONAS (Yayasan UTP Undergraduate Full Scholarship 2026) kini dibuka bermula 31 Mc 2026 sehingga 15 April 2026.

Permohonan YUTP Undergraduate Full Scholarship 2026 boleh dilakukan melalui portal PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) serta pautan berikut: https://forms.gle/XSQxJ9HwB56VpRKe6

Biasiswa Yayasan UTP 2026 ini ialah biasiswa penuh yang ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM 2025 yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).

Rujuk info penuh cara mohon Biasiswa PETRONAS (Yayasan UTP Undergraduate Full Scholarship 2026) dan syarat kelayakan di bawah.

Ringkasan Biasiswa PETRONAS (Yayasan UTP Undergraduate Full Scholarship 2026)

Apa Itu Biasiswa PETRONAS (Yayasan UTP Undergraduate Full Scholarship 2026)?

Biasiswa PETRONAS Yayasan UTP adalah program tajaan pendidikan penuh untuk pelajar lepasan SPM yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang dan minat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Biasiswa ini bukan sekadar bantuan kewangan. Ia juga membuka laluan ke universiti yang mempunyai hubungan rapat dengan industri, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan selepas tamat pengajian.

Ia merangkumi tajaan penuh yuran pengajian, laptop, insurans, elaun dan tiket penerbangan untuk pelajar dari Borneo.

NOTA: Biasiswa ini berbeza dengan PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP), yang mempunyai tarikh permohonan berasingan (31 Mac hingga 10 April 2026).

Tarikh Permohonan Dibuka

Tarikh permohonan Biasiswa PETRONAS (Yayasan UTP Undergraduate Full Scholarship 2026) dibuka ialah bermula dari 31 Mac 2026 hingga 15 April 2026.

Pelajar disarankan memohon secepat mungkin kerana tempoh permohonan sangat singkat.

Syarat Permohonan Biasiswa YUTP 2026

Biasiswa PETRONAS (Yayasan UTP Undergraduate Full Scholarship 2026) mempunyai syarat permohonan yang perlu dipatuhi untuk memastikan hanya pelajar cemerlang dan berpotensi dipilih.

Syarat Kelayakan Utama

Pemohon mesti memenuhi kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum 8A dalam SPM dan CEFR tahap B1.
  • Pendapatan isi rumah RM4,000 atau kurang.
  • Aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Pelajar yang layak juga perlu menunjukkan pencapaian akademik cemerlangsifat terpuji, serta kesedaran sivik melalui aktiviti luar kelas dan bakti masyarakat [disediakan].

Syarat Tambahan

Selain syarat asas, pemohon mesti:

  • Mempunyai minat untuk belajar di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).
  • Tidak menerima sebarang tawaran biasiswa lain.

Cara Mohon Biasiswa Petronas YUTP 2026

Permohonan Biasiswa PETRONAS (Yayasan UTP Undergraduate Full Scholarship 2026) boleh dilakukan secara dalam talian melalui Portal PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP.

Selain itu, anda juga perlu melengkapkan Google Form di pautan berikut: https://forms.gle/XSQxJ9HwB56VpRKe

Dokumen Diperlukan

Pastikan anda menyediakan dokumen diperlukan untuk mengelakkan penolakan automatik.

Pemohon mesti muat naik di GOOGLE FORM, dokumen-dokumen berikut:

  • Kad Pengenalan Pemohon (MyKad) – Wajib.
  • Bukti Pendapatan/Pernyataan Pendapatan Bapa/Penjaga – Wajib.
  • Bukti Pendapatan/Pernyataan Pendapatan Ibu/Penjaga – Wajib.
  • Slip Keputusan SPM – Salinan tersahkan atau cetakan rasmi dengan gred lengkap kelihatan.
  • Sijil Kematian Ibu Bapa/Penjaga – Jika berkenaan

PENTING:

  • Bagi ibu bapa/penjaga tidak bekerja: Sertakan Pernyataan Tiada Pendapatan yang disahkan oleh Ketua Kampung/Penghulu, Pesuruhjaya Sumpah atau Majistret.
  • Permohonan tidak lengkap tidak akan diproses dan ditolak serta-merta.

Pastikan semua dokumen jelas dan lengkap sebelum menghantar melalui portal rasmi UTP sebelum 15 April 2026. (Hanya 10 fail disokong boleh dimuat naik & maksimum 100 MB setiap fail)

Kandungan Pakej Biasiswa

Biasiswa PETRONAS (Yayasan UTP Undergraduate Full Scholarship 2026) menawarkan pakej Full-Suite Scholarship Package yang komprehensif untuk pelajar yang layak seperti di bawah:

  • Laptop untuk kegunaan pengajian.
  • Yuran pengajian (tuition fees) sepenuhnya ditanggung.
  • Perlindungan insurans (insurance coverage).
  • Insentif bulanan komprehensif (comprehensive allowance package).
  • Tiket penerbangan untuk pencari ilmu dari Sabah/Sarawak.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Petronas YUTP 2026, sila rujuk:

  1. Portal Yayasan UTP
  2. Portal PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP)
  3. Facebook Yayasan Universiti Teknologi PETRONAS

Soalan Lazim Biasiswa Petronas YUTP 2026

1. Siapa yang layak memohon Biasiswa Petronas YUTP 2026?

Pemohon mesti warganegara Malaysia, mendapat sekurang-kurangnya 8A dalam SPM dan CEFR tahap B1, pendapatan isi rumah RM4,000 atau kurang, serta aktif dalam aktiviti kokurikulum. Mereka juga perlu menunjukkan minat kuat belajar di UTP dan tidak menerima biasiswa lain.

2. Apakah yang terkandung dalam pakej biasiswa Petronas 2026?

Biasiswa Yayasan UTP Undergraduate Full Scholarship 2026 merangkumi laptop, yuran pengajian penuh, perlindungan insurans, elaun komprehensif bulanan, dan tiket penerbangan untuk pelajar dari Sabah/Sarawak.

3. Bila tarikh permohonan dibuka dan ditutup?

Permohonan dibuka mulai 31 Mac 2026 dan ditutup pada 15 April 2026.

4. Bagaimana cara memoho Yayasan UTP Undergraduate Full Scholarship 2026?

Permohonan Biasiswa PETRONAS (Yayasan UTP Undergraduate Full Scholarship 2026) boleh dilakukan secara dalam talian melalui Portal PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP.
Selain itu, anda juga perlu melengkapkan Google Form di pautan berikut: https://forms.gle/XSQxJ9HwB56VpRKe

5. Apa dokumen diperlukan?

– Kad Pengenalan Pemohon (MyKad) – Wajib.
– Bukti Pendapatan/Pernyataan Pendapatan Bapa/Penjaga – Wajib.
– Bukti Pendapatan/Pernyataan Pendapatan Ibu/Penjaga – Wajib.
– Slip Keputusan SPM – Salinan tersahkan atau cetakan rasmi dengan gred lengkap kelihatan.
– Sijil Kematian Ibu Bapa/Penjaga – Jika berkenaan.

6. Adakah boleh memohon dengan keputusan SPM percubaan?

Tidak, hanya keputusan SPM rasmi diterima. Pastikan slip SPM menunjukkan gred lengkap dan butiran peribadi.

7. Apa yang berlaku selepas hantar permohonan?

Calon layak akan disenarai pendek untuk penilaian lanjut seperti temu duga atau penilaian kognitif. Pengumuman penerima dibuat melalui saluran rasmi UTP.

8. Adakah biasiswa ini mempunyai ikatan perkhidmatan?

Biasiswa Yayasan UTP biasanya tidak mempunyai ikatan wajib bertugas dengan PETRONAS, tetapi graduan berpeluang mendapat kerjaya di industri berkaitan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut