Isu pengisian petrol dan diesel ke dalam tong selain tangki kenderaan kini menjadi perhatian ramai. Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tampil memberi penjelasan rasmi mengenai keperluan Permit Khas petrol / diesel.
Artikel ini akan terangkan secara ringkas siapa yang perlu mohon, syarat, dan cara permohonan.
- Pertama : Pengisian bahan api ke tangki asal kenderaan sahaja dibenarkan
- Kedua : Pengisian melebihi 20 liter ke dalam bekas / tong hanya dibenarkan kepada pemegang PERMIT KHAS YANG DIKELUARKAN OLEH KPDN (ada 10 kategori yang layak)
- Ketiga : Pengisian tidak melebihi 20 liter ke dalam bekas/ tong untuk keperluan kecemasan sahaja dibenarkan
Apa Itu Permit Khas Petrol / Diesel?
Di bawah peruntukan undang-undang Akta Kawalan bekalan (AKB) 1961, setiap stesen minyak yang berurusniaga minyak petrol dan diesel dibenarkan menjual bahan api diesel dan semua gred petrol kepada:
- Tangki asal kenderaan berkenaan atau yang telah diluluskan oleh agensi berkaitan; dan
- Mana-mana pihak yang mendapat kebenaran Permit Khas dari KPDN di bawah peruntukan undang-undang AKB 1961.
Bagi mengelakkan barang kawalan dan bersubsidi seperti petrol dan diesel ini diseleweng oleh pihak yang tidak bertangungjawab, mana-mana syarikat, organisasi dan individu yang ingin membeli petrol dan diesel di stesen minyak untuk kegunaan selain tangki asal kenderaan dan bagi tujuan kegunaan persendirian, mereka perlu memohon dan mendapat kelulusan Permit Khas di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pembelian menggunakan Permit Khas ini adalah untuk kuantiti 20 liter ke atas sahaja di stesen minyak.


Permit yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan atau Timbalan Pengawal Bekalan (Ketua Pengarah Penguat Kuasa) kepada syarikat berskala kecil, organisasi atau individu yang layak untuk membeli petrol dan diesel daripada stesen minyak untuk sesuatu kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan.

Akta ini juga merupakan peruntukan kuasa kepada penguatkuasa untuk mengambil tindakan bagi menyekat sebarang aktiviti haram seperti perbuatan menyeleweng / menyorok barang kawalan.
Kenapa Perlu Permit Khas?
Menurut KPDN, langkah ini penting untuk:
- Memastikan hanya pihak berkepentingan dapat akses
- Mengelakkan penyelewengan minyak bersubsidi
- Mengawal pengedaran bahan api
Antara jenis kesalahan yang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (tertakluk kepada barangan kawalan):
- Menyorok / memusnahkan barang dengan tujuan mewujudkan kekurangan bekalan
- Menyimpan barang dengan niat penyelewengan
- Memiliki barang tanpa permit / lesen yang sah
- Menjual melebihi harga kawalan dan had yang dibenarkan
- Meletakkan syarat jualan yang menyalahi undang-undang

Siapa Layak Mohon Permit Khas?
Setakat ini, terdapat 10 kategori yang dibenarkan memohon, iaitu:
- Operasi forklift
- Pengangkutan air
- Penduduk kawasan pedalaman & pulau
- Industri makanan
- Aktiviti rekreasi air
- Sektor pertanian & penternakan
- Bantuan kecemasan
- Penyelenggaraan
- Pelancongan
- Pembinaan berskala kecil
Mana-mana pihak yang telah diberi kebenaran untuk membeli minyak petrol dan diesel melalui Permit Khas ini boleh mengunakan tong dram, plastik, atau apa-apa bekas yang selamat dan bersesuaian mengikut kuantiti, alamat stesen minyak, tempoh dan kekerapan belian yang telah diluluskan.
KATEGORI KELAYAKAN PERMIT KHAS
| BIL | KEGUNAAN | KETERANGAN | HAD KUANTITI |
|---|---|---|---|
| 1 | Forklift | Kegunaan untuk menggerakkan forklift yang digunakan di dalam gudang dan tidak dapat mengisi minyak di stesen minyak kerana tidak berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. | Tidak melebihi 50 liter sehari pembelian |
| 2 | Pertanian dan Penternakan | Kegunaan untuk menggerakkan pekakas atau jentera bagi aktiviti pertanian dan penternakan. | Tidak melebihi 200 liter sehari pembelian |
| 3 | Pengusaha Industri Makanan | Kegunaan untuk menggerakkan pekakas atau alatan untuk memproses makanan dan minuman. | Tidak melebihi 100 liter sehari pembelian |
| 4 | Penempatan Pedalaman & Pulau | Kegunaan untuk menggerakkan pekakas atau jentera bagi keperluan harian penduduk kediaman atau fasiliti awam di kawasan pedalaman dan pulau. | Tidak melebihi 500 liter seminggu pembelian |
| 5 | Pengangkutan Air | Untuk pergerakan menggunakan bot atau jentera air termasuk penghantaran barangan, hasil tanaman atau kegunaan penduduk. | ≤ 100 liter sehari≤ 200 liter sehari jika jarak melebihi 30km dari pemborong berlesen |
| 6 | Rekreasi Air | Kegunaan untuk aktiviti rekreasi air menggunakan peralatan bermotor seperti di pantai, sungai atau tasik. | Tidak melebihi 50 liter sehari pembelian |
| 7 | Pelancongan | Kegunaan dalam sektor pelancongan seperti bot pelancong, chalet, inap desa dan rumah peranginan. | Semenanjung Malaysia: –Diesel: ≤ 1000 liter / hari –Petrol: ≤ 1000 liter / hari Sabah, Sarawak & Labuan: –Diesel: ≤ 1000 liter / hari –Petrol: ≤ 1000 liter / hari |
| 8 | Penyelenggaraan | Kegunaan untuk menggerakkan pekakas atau jentera bagi aktiviti penyelenggaraan dan pembersihan. | Tidak melebihi 100 liter sehari pembelian |
| 9 | Pembinaan Berskala Kecil | Kegunaan untuk menggerakkan perkakas atau jentera atau enjin bagi aktiviti Pembinaan Berskala Kecil dengan kriteria-kriteria berikut:- : i. Had nilai projek dijalankan – Tidak melebihi RM200,000.00 ii. Jualan tahunan pelaksana projek – RM300,000 hingga bawah RM3 juta iii. Sistem kawalan projek- Prosedur PBT | Semenanjung Malaysia: –Diesel: Tidak melebihi 1,000 liter sehari pembelian –Petrol: Tidak melebihi 200 liter sehari pembelian Sabah, Sarawak & Labuan: –Diesel: Tidak melebihi 200 liter sehari pembelian –Petrol: Tidak melebihi 200 liter sehari pembelian |
| 10 | Bantuan Kecemasan | • Kegunaan untuk menggerakkan pekakas, jentera atau enjin bagi bantuan kecemasan jangka masa pendek seperti bencana alam, kawalan penyakit, keselamatan atau pembelajaran, yang disahkan oleh agensi berkaitan. • Permohonan tidak boleh diperbaharui. Jika perlu, pemohon perlu memohon baharu. | Tidak melebihi 500 liter seminggu pembelian |
Ringkasnya, permit ini khas untuk kegunaan operasi atau keperluan tertentu — bukan untuk kegunaan biasa individu.
Tiada pihak selain pemegang Permit Khas dibenarkan untuk membeli minyak di dalam tong di stesen-stesen minyak kecuali untuk kes-kes kecemasan sahaja dan kuantiti dibenarkan ialah di bawah 20 liter sahaja.

Cara Mohon Permit Khas Petrol / Diesel
Permohonan hanya boleh dibuat secara online melalui: Sistem Permit Bekalan (SPB)
https://spb.kpdn.gov.my
Permit Khas ini adalah percuma dan terbuka kepada semua pihak yang berkelayakan.
Sila rujuk panduan lengkap melalui video di bawah :
Anda juga boleh merujuk manual berikut:
Contoh Permit Khas yang akan diperolehi adalah seperti lampiran berikut:

Kuantiti Pembelian Petrol / Diesel Yang Dibenarkan Dengan Permit Khas
Berapakah kuantiti pembelian / penggunaan / penyimpanan yang memerlukan permohonan Permit Barang Kawalan Berjadual dan Permit Khas?
Permit Barang Kawalan Berjadual:
| Bil. | Barang Kawalan Berjadual | Kuantiti |
|---|---|---|
| 1. | Tepung Gandum | Melebihi 12 kg |
| 2. | Gula | Melebihi 12 kg |
| 3. | Minyak Masak | Melebihi 12 kg |
| 4. | Gas Petroleum Cecair | Melebihi 42 kg |
| 5. | Semua gred petrol | Melebihi 20 liter |
| 6. | Semua gred bahan api diesel | Melebihi 20 liter |
Permit Khas:
| Bil. | Barang Kawalan Berjadual | Kuantiti |
|---|---|---|
| 1. | Semua gred petrol | Melebihi 20 liter |
| 2. | Semua gred bahan api diesel | Melebihi 20 liter |
Aduan, Soalan Lazim & Maklumat Lanjut Permit Khas Petrol / Diesel
Sebarang aduan atau maklumat boleh disalurkan melalui :
- Whatsapp 019-848 8000
- Portal e-Aduan KPDN https://eaduan.kpdn.gov.my
- Call Centre 1-800-886-800
- Aplikasi Telefon Pintar Ez Adu KPDN
Permit yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan atau Timbalan Pengawal Bekalan (Ketua Pengarah Penguat Kuasa) kepada syarikat berskala kecil, organisasi atau individu yang layak untuk membeli petrol dan diesel daripada stesen minyak untuk sesuatu kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan.
Permit Barang Kawalan Berjadual dikeluarkan kepada mana-mana orang yang membeli, menggunakan atau menyimpan Barang Kawalan Berjadual seperti gula, minyak masak, tepung gandum, petrol, diesel dan gas petroleum cecair yang diperolehi daripada pemborong berlesen CSA untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk dijual semula.
Permit Khas dikeluarkan kepada mana-mana orang yang membeli petrol atau diesel di stesen minyak selain untuk diisi dalam tangki asal kenderaan bagi kegunaan sendiri dan bukan untuk dijual semula mengikut kelayakan aktiviti yang ditetapkan.
Permohonan boleh dilakukan melalui Sistem Permit Bekalan https://spb.kpdn.gov.my/
Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang mengawalselia alamat aktiviti dalam permohonan Permit Barang Kawalan Berjadual dan Permit Khas tersebut.
-Permohonan Baharu: Lima (5) hari bekerja dari permohonan diterima dan lengkap;
-Permohonan Pembaharuan: Tiga (3) hari bekerja dari permohonan diterima dan lengkap;
-Permohonan Pindaan: Lima (5) hari bekerja dari permohonan diterima dan lengkap (bagi permohonan Permit Barang Kawalan Berjadual sahaja)
Permit Barang Kawalan Berjadual: Maksimum 36 bulan atau 3 tahun
Permit Khas: Maksimum 12 bulan atau 1 tahun




