Tentera Darat Malaysia (TDM) telah melonggarkan dan menambah baik syarat pengambilan Perajurit Muda bermula Mei 2026.
Pendaftaran dan semakan status pengambilan perajurit muda Tentera Darat Malaysia boleh dilakukan terus melalui Sistem Pengambilan Perajurit Muda TDM (SPMPTD).
Langkah strategik yang diumumkan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md Othman ini bertujuan meluaskan kumpulan bakat negara serta menarik lebih ramai calon yang mempunyai kepakaran teknologi dan teknikal khusus.
Rujuk syarat kelayakan fizikal dan umur baharu pengambilan perajurit muda di bawah.
Apa Itu Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia (TDM)?
Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia ialah gelaran bagi anggota yang baru dipilih dan sedang menjalani latihan asas ketenteraan sebelum ditauliahkan sebagai anggota tetap.
Semasa menjalani latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), mereka dikenali sebagai rekru/Perajurit Muda dan menjalani tempoh latihan yang biasa mengambil masa kira-kira enam bulan untuk didedahkan kepada disiplin tentera, pengendalian dan latihan senjata, taktik medan, serta pembangunan daya tahan fizikal dan ketahanan mental.
Selepas lulus dalam Upacara Perbarisan Tamat Latihan, lulusan ditauliahkan sebagai Prebet.
Selepas itu, mereka akan ditempatkan dalam pelbagai kor, seperti Kor Tempur, Kor Bantuan Tempur atau Kor Bantuan Perkhidmatan berdasarkan keperluan Angkatan, kelayakan akademik, keputusan prestasi semasa latihan, dan faktor lain seperti kesihatan dan permintaan unit.

Syarat Pengambilan Tentera Kini Dilonggarkan
Kalau sebelum ini, anda nak masuk tentera tetapi sangkut tinggi, umur atau pakai spek, ini berita baik untuk anda!
Syarat pengambilan Perajurit Muda telah dilonggarkan bermula pada Mei 2026 dengan peningkatan had umur maksimum ke 30 tahun, penurunan ketinggian minima kepada 157 cm, pelonggaran BMI serta boleh memakai cermin mata.
Syarat Baharu Pengambilan Tentera Darat
Berikut adalah syarat-syarat baharu yang anda perlu ketahui:
- Had Umur Maksimum Dinaikkan: Calon kini boleh memohon sehingga berumur 30 tahun, berbanding had 25 tahun sebelum ini.
- Ketinggian Minimum Diturunkan: Syarat tinggi bagi calon lelaki kini dilonggarkan kepada 157 sentimeter (sm) berbanding 162 sm sebelum ini.
- Dibenarkan Memakai Cermin Mata: Calon yang rabun dan memakai cermin mata kini layak untuk memohon dan menyertai pemilihan.
- Julat BMI Lebih Luas: Syarat Indeks Jisim Badan (BMI) kini ditetapkan sehingga 28 mengikut keperluan cabang perkhidmatan.
Selain itu, beberapa bidang dikenalpasti untuk pengambilan Perajurit Muda Wanita bagi memenuhi keperluan operasi masa hadapan TDM.

Perbandingan Syarat Lama vs Syarat Baru
Tentera Darat Malaysia (TDM) secara rasmi melonggarkan syarat pengambilan berkuat kuasa Mei 2026. Berikut ialah jadual perbandingan lengkap antara syarat lama dan syarat baharu untuk rujukan anda:
| Aspek | Syarat Baru (2026 — pindaan dilaporkan) | Syarat Lama (sebelum 2026 / pekeliling sebelumnya) |
|---|---|---|
| Had umur | Hingga 30 tahun bagi lelaki | Had umur 25 tahun |
| Ketinggian minima | 157 cm | 162 cm |
| BMI | Julat BMI 28 | Julat BMI 26.9 |
| Pemakaian cermin mata | Boleh | Tidak Boleh |

Kenapa Perlu Memilih Untuk Sertai Tentera Darat Malaysia?
- GAJI & ELAUN: Nikmati gaji yang kompetitif serta pelbagai elaun dan manfaat menarik sebagai warga Angkatan Tentera Malaysia.
- PERKHIDMATAN KESIHATAN: Dapatkan perkhidmatan perubatan dan rawatan percuma untuk anda dan keluarga.
- PELUANG PENDIDIKAN: Tingkatkan kemahiran melalui kursus dan latihan yang disediakan.
Cara Mohon Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia
Untuk memohon menjadi Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia, anda boleh layari pautan berikut; https://mims.mod.gov.my/sppmtd/mhn/
Klik Permohonan Baru dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai syarat dan pengambilan Perajurit Muda TD, sila rujuk:
- Sistem Pengambilan Perajurit Muda TDM (SPMPTD).
- TikTok Rasmi @pengambilantdm
- Telefon
- Pejabat – 03-4014067/068/069
- Zon Sarawak – 019-6969254
- Zon Sabah – 019-6077794
- Zon Utara – 019-6969548
- Zon Timur – 019-6969254
- Zon Selatan – 019-2477793
Soalan Lazim Syarat Tentera Dilonggarkan
– Had Umur Maksimum Dinaikkan: Calon kini boleh memohon sehingga berumur 30 tahun, berbanding had 25 tahun sebelum ini.
– Ketinggian Minimum Diturunkan: Syarat tinggi bagi calon lelaki kini dilonggarkan kepada 157 sentimeter (sm) berbanding 162 sm sebelum ini.
– Dibenarkan Memakai Cermin Mata: Calon yang rabun dan memakai cermin mata kini layak untuk memohon dan menyertai pemilihan.
– Julat BMI Lebih Luas: Syarat Indeks Jisim Badan (BMI) kini ditetapkan sehingga 28 mengikut keperluan cabang perkhidmatan.
Ya, layak. Had umur maksimum kini telah dinaikkan daripada 25 tahun kepada 30 tahun.
157 sentimeter (sm). Syarat ini terpakai untuk calon lelaki dan wanita, berbanding 162 sm sebelum ini.
Tidak. Calon yang memakai cermin mata kini dibenarkan memohon, dengan syarat lulus pemeriksaan tahap penglihatan minimum yang ditetapkan.
Tidak semestinya gagal. Julat BMI baharu telah dilonggarkan kepada 18.0 hingga 27.9 mengikut keperluan cabang perkhidmatan.
Menarik pakar teknikal. TDM mahu menarik lebih ramai calon matang yang mempunyai kepakaran khusus dan celik teknologi tanpa mengetepikan disiplin ketenteraan.
Anda boleh membuat permohonan secara dalam talian. Daftar dan semak status permohonan anda melalui portal rasmi Sistem Pengambilan Perajurit Muda TDM (SPMPTD).





