Advertisements

Login Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022 KPM Online (public.moe.gov.my)

Advertisements

Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga, Pendaftaran Murid Tahun 1 sesi 2022 telah dibuka secara online mulai 1 Mac 2021.

Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1 pada 2022, anda boleh membuat pendaftaran dan permohonan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara pendaftaran Tahun 1 2022 melalui permohonan online di laman web https://public.moe.gov.my/.

Syarat Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022

  • Murid Tahun 1 Sesi 2022 : Lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016
  • Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
  2. Sijil Lahir murid
  3. Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
  4. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
  5. Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
  6. Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
  7. Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)

Tarikh Permohonan

  • Tarikh Mula : 1 Mac 2021
  • Tarikh Tutup : 30 April 2021
  • Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2021
  • Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2021

Baca juga: BTAR 2021: Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022 / 2023

Cara pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Pergi portal SPATKPM https://public.moe.gov.my/
  2. Klik Pengguna Baru
  3. Tekan Daftar Pengguna 
  4. Klik Daftar
  5. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  6. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
  7. Klik Permohonan Baharu
  8. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  9. Lengkapkan maklumat berikut:
    • Maklumat murid
    • Maklumat kesihatan
    • Maklumat penjaga
  10. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  11. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  12. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  13. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  14. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Rujuk manual bergambar di bawah:

pendaftaran tahun 1 2022
pendaftaran tahun 1 2022 kpm
pendaftaran tahun 1 2022
pendaftaran tahun 1 2022
pendaftaran tahun 1 2022
pendaftaran tahun 1 2022

Baca juga: ePrasekolah: Pendaftaran & Semakan Prasekolah Online Sesi 2022

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan penempatan Tahun 1 di sekolah yang diinginkan, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.

Sila rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH seperti yang tertera di pautan berikut:

https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0

Leave a Comment