Tarikh Pendaftaran Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sesi 2022 / 2023

Semakan Keputusan Permohonan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus 2022 (PKSK) & Tarikh Pendaftaran

Ibu bapa atau penjaga bagi murid yang telah menduduki Penilaian Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tahun 2022 tentunya tertanya-tanya bilakah keputusan kemasukan murid baharu Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus akan diumumkan.

KPM akan mengumumkan keputusan tawaran tersebut pada 15 Mac 2022.

Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Jadi, ibu bapa dan juga anak-anak boleh membuat semakan tawaran melalui pautan yang dimaklumkan oleh KPM.

Berikut dikongsikan kenyataan media KPM berhubung tarikh semakan tawaran dan pendaftaran Sekolah Khusus Tahun 2022.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang PKSK dan cara membuat permohonan untuk kemasukan ke Sekolah Khusus bermula tahun 2022.

Apakah PKSK?

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Apakah Sekolah Khusus?

Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK.

APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.

Tarikh Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Khusus

Keputusan pemilihan murid akan diumumkan pada 15 Mac 2022.

Pautan semakan adalah seperti berikut:

Rujuk maklumat selanjutnya dalam kenyataan rasmi KPM di bawah:

KPM menetapkan bahawa tarikh pendaftaran murid baharu ke Sekolah Khusus adalah seperti berikut:

Tarikh Pendaftaran Sekolah Khusus 2022

  1. Pendaftaran secara dalam talian bagi murid baharu Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di SBP dan SMKA adalah pada 21 Mac 2022 hingga 25 Mac 2022
  2. Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan 4 di SBP dan SMKA adalah pada 5 April 2022
  3. Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan 1 di SBP dan SMKA akan dimaklumkan oleh KPM
  4. Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan 4 dan tahun 1 SVM di SMT dan KV adalah pada 7 April 2022
  5. Pendaftaran bagi murid baharu Tingkatan 4 ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!