Pelepasan Cukai Sukan – Senarai 103 Sukan Layak Claim LHDN

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kini anda boleh menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi yuran latihan dan pembelian peralatan sukan untuk 103 jenis aktiviti sukan yang tersenarai dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).

Pelepasan cukai ini merupakan inisiatif di bawah Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada tahun 2023.

Jangan lupa simpan resit untuk tuntutan pelepasan cukai nanti.

Jom kami kongsikan apakah jenis sukan yang layak diberi pelepasan cukai.

Apakah Pelepasan Cukai Sukan LHDN?

Pelepasan cukai ini ialah potongan cukai pendapatan peribadi yang dibenarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk perbelanjaan yang berkaitan dengan aktiviti dan latihan sukan, sebagai usaha kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia menjalani gaya hidup sihat.

Individu yang membeli peralatan sukan, membayar fi untuk pertandingan sukan, membayar latihan sukan adalah antara beberapa jenis pelepasan yang diberikan kepada setiap individu namun mestilah mematuhi beberapa syarat-syarat khusus yang ditetapkan.

Pelepasan cukai yang sudah meliputi pembelian peralatan dan aktiviti sukan, akan dilanjutkan untuk menampung perbelanjaan yang berkaitan dengan latihan sukan untuk diri sendiri, pasangan atau anak.

Sebagai contoh, sekiranya anda membayarkan yuran gimnasium bagi isteri anda, anda boleh mendapatkan pengecualian bagi pembayaran tersebut namun hanya salah seorang sama ada anda atau isteri sahaja yang boleh mendapat pengecualian tersebut.

Jumlah Maksimum Pelepasan Cukai

Berapa pelepasan cukai sukan yang boleh dimohon di bawah kategori ini?

Jumlah pelepasan cukai bagi pembelian peralatan dan aktiviti sukan untuk setiap individu adalah terhad sehingga RM1,000.

jumlah pelepasan cukai

Jenis Pelepasan Cukai Sukan

Peralatan dan aktiviti sukan untuk kegunaan/manfaat diri sendiri, suami/isteri atau anak bagi perbelanjaan seperti berikut:

  • pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut jenis sukan yang disenaraikan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] (tidak termasuk basikal dua roda bermotor);
  • bayaran sewaan atau fi kemasukan ke mana-mana fasiliti sukan;
  • bayaran fi pendaftaran bagi menyertai apa-apa pertandingan sukan; dan
  • yuran keahlian gimnasium atau latihan sukan

103 Jenis Sukan Yang Terlibat

Secara keseluruhannya, terdapat 103 jenis sukan yang layak menndapat pelepasan cukai seperti yang tersenarai dalam Jadual Pertama Akta 576 :

  1. Akuatik
  2. American football
  3. Angkat berat
  4. Badminton
  5. Baling damak
  6. Basque pelota
  7. Belayar
  8. Berbasikal
  9. Berkanu
  10. Berski
  11. Besbol
  12. Biatlon
  13. Biliard
  14. Bina badan
  15. Boccia
  16. Bola baling
  17. Bola jaring
  18. Bola keranjang
  19. Bola sepak
  20. Bola tampar
  21. Boling
  22. Boling padang
  23. Boules
  24. Cakera terbang
  25. Capoeira
  26. Catur
  27. Dam
  28. Daun terup
  29. Dodgeball
  30. Fistball
  31. Cakera terbang (Flying Disc Sports)
  32. Ice Stock Sport
  33. Gasing
  34. Gimnastik
  35. Goalball
  36. Golf
  37. Gusti
  38. Gusti lengan
  39. Hapkido
  40. Hoki
  41. Ice stock sport
  42. Judo
  43. Jujitsu
  44. Kabadi
  45. Karate
  46. Kecergasan
  47. Kempo
  48. Kendo
  49. Korfball
  50. Kriket
  51. Kurling
  52. Lacrosse
  53. Larian menara
  54. Lawan pedang
  55. Lompat tali
  56. Luncur
  57. Meluncur
  58. Memanah
  59. Mendaki
  60. Mendayung
  61. Menembak
  62. Olahraga
  63. Orienteering
  64. Paintball
  65. Pasukan sorak
  66. Pentatlon moden
  67. Perahu naga
  68. Pickleball
  69. Pingpong
  70. Polo
  71. Ragbi
  72. Rekreasi
  73. Roundnet
  74. Sambo
  75. Sepak takraw
  76. Silambam
  77. Skuasy
  78. Sofbol
  79. Stacking sports
  80. Sukan bermotor
  81. Sukan bot laju
  82. Sukan dalam air
  83. Sukan ekuestrian
  84. Sukan elektronik
  85. Sukan gelongsor
  86. Sukan memancing
  87. Sukan tarian
  88. Sukan tradisional
  89. Sukan udara
  90. Sukan yoga
  91. Tae kwan do
  92. Tarian naga dan singa
  93. Tarik tali
  94. Tchoukball
  95. Tenis
  96. Teqball
  97. Throwball
  98. Tinju
  99. Torball
  100. Triathlon
  101. Vovinam
  102. Woodball
  103. Wushu

(Senarai ini adalah seperti dipaparkan dalam jadual rasmi KBS di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 – Akta 576.)

Inisiatif pelepasan cukai yang diberikan ini akan memberi dorongan yang besar kepada masyarakat untuk melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai acara sukan dan aktiviti rekreasi.

Selain memberi faedah kesihatan yang tidak ternilai, ia juga akan menyumbang kepada pembinaan komuniti yang lebih bersemangat dan bersatu melalui semangat sukan.

Layari https://www.kbs.gov.my/…/Soalan%20Lazim%20FAQ… untuk maklumat lanjut.

Untuk jenis kategori sukan, boleh semak kategori tersebut di sini

https://www.kbs.gov.my/…/Surat%20Pekeliling%20Bilangan…

Pengecualian Cukai Bagi Latihan Sukan

Syarat utama sesuatu latihan sukan itu layak diberikan pelepasan cukai adalah:

  • latihan sukan yang dianjurkan adalah seperti mana senarai sukan di bawah
    Jadual Pertama, Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576];
  • latihan sukan dianjurkan oleh persatuan/kelab sukan/syarikat yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan atau diperbadankan di bawah Akta
    Syarikat 2016; dan
  • resit pembayaran dikeluarkan oleh persatuan/kelab sukan/syarikat yang
    berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016

Latihan yang dijalankan oleh jurulatih freelance tidak layak mendapat pengecualian cukai.

Jurulatih mestilah bernaung di bawah persatuan/kelab sukan/syarikat yang berdaftar
dengan Pesuruhjaya Sukan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016.

pengecualian cukai latihan sukan

Info Lanjut & Soalan Lazim (FAQ) Pelepasan Cukai Sukan

Apakah syarat claim pelepasan cukai sukan?

Simpan resit asal untuk semua perbelanjaan yang ingin dituntut.
Perkhidmatan latihan atau penyedia sukan biasanya perlu didaftarkan atau diiktiraf oleh pihak berkuasa sukan yang relevan (contoh: kelab, persatuan atau perniagaan berdaftar).

Kenapa kerajaan beri pelepasan cukai untuk sukan?

Ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk galakkan rakyat bersenam, bersukan dan kekal sihat.

Siapa layak dapat pelepasan cukai sukan ni?

Individu pembayar cukai di Malaysia yang membuat perbelanjaan untuk:
1. Diri sendiri
2. Pasangan
3. Anak
(Tertakluk kepada syarat semasa LHDN)

Apakah jenis perbelanjaan yang layak?

Antara yang dibenarkan:
Yuran latihan atau kelas sukan
Yuran keahlian gimnasium / kelab sukan
Bayaran penyertaan pertandingan
Pembelian peralatan sukan
Sewaan fasiliti sukan
Asalkan ia melibatkan 103 jenis sukan yang disenaraikan di bawah Akta 576.

Adakah semua jenis sukan layak?

Tidak. Hanya sukan yang tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) sahaja yang layak.
Contohnya:
Badminton, Bola Sepak, Pickleball, Sukan Elektronik (e-sports), Yoga, Sepak Takraw dan lain-lain dalam senarai rasmi.

Perlu simpan resit ke?

Ya, WAJIB simpan resit asal sekurang-kurangnya 7 tahun sekiranya diminta untuk semakan oleh LHDN.

Jika saya beli kasut sukan biasa, boleh tuntut?

Hanya boleh tuntut jika pembelian itu berkaitan dengan sukan yang disenaraikan dan mempunyai resit yang jelas menyatakan item tersebut adalah peralatan sukan.

Di mana boleh rujuk senarai penuh 103 sukan?

Anda boleh rujuk senarai rasmi di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) atau paparan rasmi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Berapa jumlah pelepasan cukai sukan yang dibenarkan di Malaysia?

Jumlah maksimum pelepasan cukai sukan ialah RM1,000 setahun bagi individu pembayar cukai, tertakluk kepada syarat LHDN.

Apa itu pelepasan cukai sukan di bawah Akta 576?

Pelepasan cukai sukan ialah potongan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan berkaitan aktiviti sukan yang termasuk dalam 103 jenis sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).

Senarai 103 sukan pelepasan cukai termasuk sukan apa?

Antara sukan yang layak termasuk:
Badminton, Bola Sepak, Bola Jaring, Pickleball, Sukan Elektronik (e-sports), Yoga, Sepak Takraw, Tinju, Tenis dan banyak lagi yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta 576. Tengok senarai penuh dalam artikel atau imej di bawah.

Yuran gim boleh tuntut cukai ke?

Ya, yuran keahlian gimnasium atau kelab sukan boleh dituntut selagi ia berkaitan dengan sukan yang diwartakan di bawah Akta 576.

Boleh ke tuntut pembelian peralatan sukan?

Boleh. Pembelian peralatan sukan seperti raket, bola, atau peralatan latihan layak dituntut, tertakluk kepada had RM1,000 setahun.

Macam mana cara tuntut pelepasan cukai sukan dalam e-Filing?

Tuntutan dibuat ketika mengisi borang cukai pendapatan tahunan melalui sistem e-Filing LHDN pada bahagian pelepasan gaya hidup atau sukan (mengikut kategori semasa yang ditetapkan).

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau soala mengenai pelepasan cukai sukan, boleh hubungi pegawai yang bertugas seperti berikut:

Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik
Kementerian Belia dan Sukan
Telefon: 03 8871 3372/3408/3348

Untuk maklumat lanjut mengenai Akta Sukan, layari laman sesawang KBS.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut