Kalau anda masih tercari-cari cara terbaik untuk uruskan duit jualan tanpa perlu pening kepala, anda boleh mohon Pek Permulaan Perusahaan CIMB ini.
Syarat dan caranya mudah je. Yang penting, memang sangat berguna untuk perniagaan anda.
Jom ketahui lebih lanjut mengenai cara mohon, syarat dan kelebihan Pek Permulaan Perusahaan CIMB yang mesra peniaga ini di bawah.
Apa Itu Pek Permulaan Perusahaan CIMB?
Pek Permulaan Perusahaan CIMB ialah satu “pakej lengkap” yang disediakan oleh CIMB untuk membantu peniaga kecil urus duit masuk dan keluar dengan lebih teratur.
Anda perlu berdaftar dengan SSM, buka akaun bank semasa perniagaan konvensional atau Islamik CIM dan daftar CIMB Octo Biz sebelum mengakses 3 kelebihan yang ditawarkan dalam pakej ini.
Tujuan utama pakej ini adalah untuk memudahkan pemilik bisnes bertukar daripada cara lama yang leceh (seperti mengira tunai secara manual di kaunter) kepada sistem digital yang automatik.
Melalui pakej ini, urusan pembayaran dan kewangan syarikat boleh diselesaikan dengan dalam satu platform sahaja.

Syarat Kelayakan Mohon Pek Permulaan Perusahaan CIMB
Syarat untuk memohon pakej ini sangat ringkas dan mesra usahawan tempatan:
1. Pendaftaran Sah: Terbuka kepada semua perniagaan berstatus Milikan Tunggal (Sole Proprietor), Perkongsian (Partnership), atau Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd).
2. Daftar SSM: Perniagaan wajib mempunyai sijil pendaftaran rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
3. Buka Akaun Semasa Perniagaan/-i CIMB: Pemohon dikehendaki membuka Akaun Semasa Perniagaan CIMB (pilihan Konvensional atau Islamik) sebagai akaun rasmi untuk urusan transaksi syarikat.
Apa Peniaga Akan Dapat Dalam Pakej Ini?
Bila anda langgan Pek Permulaan Perusahaan CIMB, anda tak perlu lagi pening kepala fikir alatan bisnes secara berasingan. CIMB dah tolong “pakejkan” sekali 4 komponen utama ini untuk kedai anda:
- Akaun Semasa Bisnes (Business Current Account): Akaun bank rasmi atas nama syarikat (pilihan Konvensional atau Islamik) untuk asingkan duit modal daripada simpanan peribadi.
- Aplikasi CIMB OCTO Biz: Aplikasi perbankan khas di telefon pintar untuk memantau rekod jualan masuk, bayar pembekal, dan semak baki syarikat pada bila-bila masa.
- Terminal Pembayaran Pintar (All-in-One POS): Peranti kaunter yang membolehkan anda terima bayaran kad bank (MyDebit, Visa, Mastercard) dan jana Kod QR DuitNow Dinamik secara automatik.
- Sistem Digital Pengurusan Bisnes: Akses premium kepada perisian sokongan bersepadu (seperti MESINKIRA) untuk menguruskan slip gaji pekerja, perakaunan, dan fungsi automasi e-invois LHDN.
- Pembiayaan SME FlexiCash: Peluang mendapatkan modal kerja fleksibel dengan kaedah bayaran balik berasaskan hasil jualan syarikat apabila bisnes mula berkembang.
Macam Mana Cara Nak Mohon Pek Permulaan Perusahaan CIMB?
Mudah je caranya, rujuk panduan permohonan Pek Permulaan Perusahaan CIMB 2026 di bawah:
1. Pertama sekali, anda perlu daftarkan perniagaan dengan SSM. Jika belum mendaftar, anda boleh daftar SSM di sini: https://www.ssm4u.com.my/
2. Kemudian, buka akaun semasa perniagaan/-i CIMB. Anda boleh pilih akaun perniagaan konvensional ataupun akaun perniagaan islamik:
Pastikan anda baca syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun perniagaan CIMB.
3. Daftar CIMB Octo Biz di https://www.cimboctobiz.com.my/digital/web/gl/bfo/login
NOTA: Tiga manfaat utama (QR & Terminal Pembayaran, Alatan Digital MESINKIRA, dan Pembiayaan Modal Kerja) itu tidak diaktifkan secara automatik sebaik sahaja anda siap mendaftar akaun bank dan CIMB OCTO Biz. Anda perlu memohonnya secara berasingan.




Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Pek Permulaan Perusahaan CIMB ini, sila rujuk:
- Portal rasmi CIMB – Pek Permulaan Perusahaan CIMB
- Talian hotline: +60 3-6204 7788
- Emel: [email protected]
Soalan Lazim Pek Permulaan Perusahaan CIMB
Terbuka kepada semua usahawan tempatan yang mempunyai entiti perniagaan sah berdaftar dengan SSM, sama ada berstatus Milikan Tunggal (Sole Proprietor), Perkongsian (Partnership), atau Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd).
Kalau buka akaun bank biasa, anda cuma dapat akaun untuk simpan duit sahaja. Tetapi dengan Pek Permulaan Perusahaan, anda terus dapat pakej lengkap sekali dengan mesin terminal kad/QR, aplikasi pantau jualan (CIMB OCTO Biz), dan bantuan modal bisnes.
Ya, wajib. Pakej ini adalah untuk akaun perniagaan rasmi. Jadi, syarikat anda mesti berdaftar secara sah dengan SSM sama ada jenis Milikan Tunggal (Enterprise), Perkongsian, atau Sendirian Berhad (Sdn Bhd).
Semua duit jualan yang masuk melalui mesin kad atau QR boleh disemak secara terus (real-time) melalui aplikasi CIMB OCTO Biz di telefon pintar anda. Anda tidak perlu lagi menunggu penyata bank bulanan bercetak.
Tidak boleh. Akaun peribadi tidak boleh ditukar menjadi akaun syarikat.




