PASPORT MALAYSIA HILANG – APA PERLU BUAT?
Adakah anda ingin melancong ke luar negara tetapi pasport hilang?
Setelah peralihan ke fasa endemik dan pintu negara dibuka semula, ramai orang mula merancang untuk bercuti ke luar negara.
Antara dokumen wajib yang perlu ada adalah pasport Malaysia anda dan visa perjalanan bagi sesetengah negara.
Sebelum ke luar negara, pasport anda haruslah mempunyai tempoh sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh tamat tempoh.
Sementara itu, sekiranya pasport hilang pula, anda boleh mendapatkan pasport baru namun dikehendaki membayar denda bergantung kepada berapa banyak kali anda pernah kehilangan pasport.
Apa itu Pasport?
Seperti yang tercatat dalam pasport Malaysia, pasport milik negara kita sah digunakan untuk ke seluruh negara di dunia ini kecuali Israel.
Prosedur Menggantikan Pasport Malaysia Yang Hilang
Sekiranya anda telah kehilangan pasport anda, anda perlulah membuat laporan polis terlebih dahulu.
Namun, sekiranya pasport Malaysia anda hanya rosak, laporan polis tidak diperlukan namun anda tetap perlu membayar denda untuk mendapat ganti pasportt yang baru.
Sila hadir ke pejabat Imegresen Malaysia yang berdekatan dan bawa bersama dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan dan laporan polis tersebut.
Berkenaan gambar pula, anda boleh mengambil gambar di pejabat Imegresn Malaysia atau menggunakan gambar yang sama sahaja sekiranya tiada perubahan yang ketara pada wajah anda.
Kadar Denda Gantian Pasport Hilang 2022
Dahulu, penggantian pasport yang hilang atau mengalami kerosakan tidak akan dikenaka sebarang bayaran denda.
Namun, terdapat perubahan seperti yang diumumkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan berhubung Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2019 yang bertarikh 20 Disember 2019.
Perintah ini telah disiarkan untuk bacaan orang awam di laman web rasmi Pejabat Peguam Negara.
Berikut merupakan kadar denda pasport hilang terkini bagi tahun 2022, namun masih tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.
- Kali pertama: RM400
- Kali kedua: RM700
- Kali ketiga dan seterusnya: RM1,200
Sementara itu, bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara pula kadar dengan yang dikenakan untuk menggantikan passport hilang atau rosak pula adalah seperti yang berikut:
- Kali pertama: RM300
- Kali kedua: RM600
- Kali ketiga dan seterusnya: RM1,100
Makluman Terkini – Pembaharuan Pasport
PEMBAHARUAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA)
Sistem Temujanji Online (STO) dimansuhkan mulai 11 Mei 2022.
- STO bagi urus niaga lain masih diteruskan seperti biasa.
Pembaharuan / Gantian PMA secara atas talian melalui MyOnline Pasport https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport
“Jumpa Terus” (Walk-In)
Kategori yang dibenarkan:
- Permohonan kali pertama
- Permohonan pelanjutan kanak-kanak 13 tahun ke bawah
- Pasport hilang / rosak
- Warga Emas (60 tahun ke atas)
- OKU
- Pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah menyambung pelajaran peringkat Ijazah di luar negara
- Jemaah Haji
Pemohon mempunyai masalah cap jari boleh meneruskan bayaran dan hadir terus ke pejabat pemungut yang dipilih bagi pengambilan cap jari.
Kelulusan menerusi MyOnline Pasport boleh diperoleh dalam tempoh tiga (3) hari bekerja menerusi notifikasi yang dihantar kepada e-mel dan pemohon boleh hadir ke pejabat pemungut sekiranya tidak mendapat notifikasi selepas tempoh tersebut.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat terkini, boleh rujuk Jabatan Imigresen Malaysia