Pasport Malaysia Hilang, Apa Perlu Buat? – Kehilangan pasport pastinya mencetuskan rasa panik terutamanya jika anda sudah menempah penerbangan untuk ke luar negara.
Sebenarnya proses permohonan pasport baharu cukup mudah kalau anda tahu step-by-step yang betul.
Paling penting, anda kena bertindak cepat bagi mengelakkan terlepas tarikh penerbangan atau data peribadi anda disalahgunakan oleh pihak lain.
Rujuk panduan lengkap di bawah untuk mengetahui prosedur gantian pasport hilang, senarai dokumen diperlukan, kadar denda terkini serta tindakan jika pasport hilang di luar negara.
Apa itu Pasport?
Pasport Malaysia (atau Pasport Antarabangsa Malaysia) ialah dokumen perjalanan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kepada warganegara Malaysia.
Dokumen berbentuk buku kecil berwarna merah ini merupakan pengenalan diri rasmi dan bukti kewarganegaraan anda yang sah di peringkat antarabangsa.
Seperti yang tercatat dalam pasport Malaysia, pasport milik negara kita sah digunakan untuk ke seluruh negara di dunia ini kecuali Israel.
Bermula 3 Jun 2026, Kerajaan Persekutuan telah menguatkuasakan Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2026 bagi Pasport Malaysia.
Perintah ini yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah Akta Fi 1951 memperkenalkan beberapa perubahan utama terhadap kadar fi pasport, termasuk pelaksanaan Pasport Malaysia yang mempunyai tempoh sah laku sehingga 10 tahun.
BACA JUGA: Kadar Baru Pasport Malaysia 2026 – Sah Laku 10 Tahun & Kadar Denda

Bagi kadar baru Pasport Malaysia untuk sah laku 10 tahun, bayarannya adalah seperti berikut:
| Kategori Pemohon | Kadar Bayaran |
|---|---|
| Pemohon Biasa | RM350 |
| Warga Emas (60 tahun ke atas) | RM175 |
| Orang Kurang Upaya (OKU) (18 tahun ke atas) | Percuma |
| Pegawai dan Kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia | Percuma |
Bagi kadar baru Pasport Malaysia untuk sah laku 5 tahun pula, bayarannya adalah seperti berikut:
| Kategori Pemohon | Kadar Bayaran |
|---|---|
| Pemohon Biasa (13–59 Tahun) | RM200.00 |
| Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) | RM100.00 |
| Kanak-Kanak (12 Tahun Ke Bawah) | RM100.00 |
| Pelajar Mengikuti Program Ijazah di Luar Negara (21 Tahun Ke Bawah) | RM100.00 |
| Jemaah Haji (Dengan Surat Tawaran Lembaga Tabung Haji) | RM100.00 |
| Orang Kelainan Upaya (OKU) | Percuma |
Orang ramai dinasihatkan agar:
- Menyimpan pasport di tempat selamat
- Memastikan pasport tidak rosak atau diconteng
- Segera membuat laporan sekiranya berlaku kehilangan
Pasport Malaysia Hilang, Apa Perlu Buat?
Sekiranya pasport anda hilang/ rosak di dalam negara, anda perlu membuat penggantian segera di mana-mana pejabat imigresen berdekatan.
Sila bawa bersama dokumen asal dan salinan perkara-perkara berikut:
- Laporan Polis (kes kehilangan/ kes kebakaran/ kes bencana alam)
- Kad pengenalan pemohon
- Sijil Lahir dan kad pengenalan Ibu/ Bapa yang hadir (pemohon berumur bawah 18 tahun)
- Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09) sekiranya tiada kad pengenalan
- Surat pengesahan majikan yang bertugas di luar negara (jika berkaitan)
- Sijil Perakuan Cemas (SPC) dan surat daripada Pejabat Operasi Imigresen di pintu masuk (jika kehilangan/ kerosakan berlaku di luar negara)
NOTA:
- Kelulusan permohonan gantian pasport yang telah hilang/ rosak bergantung kepada keputusan Ketua Pengarah Imigresen.
- Tempoh keputusan: 5 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
Rujukan: MyGovernment
Kadar Denda Gantian Pasport Hilang 2026
Kadar denda yang dikenakan untuk pasport hilang/rosak bergantung kepada kategori pemohon dan bilangan kehilangan pasport yang direkodkan.
Berikut ialah kadar denda yang ditetapkan:
| Kategori Pemohon | Harga Pasport | Kali Pertama | Kali Kedua | Kali Ketiga |
|---|---|---|---|---|
| 13 hingga 59 tahun | RM200 | RM400 | RM700 | RM1,200 |
| 12 tahun ke bawah dan pelajar berumur 21 tahun ke bawah yang melanjutkan pengajian ijazah di luar negara | RM100 | RM300 | RM600 | RM1,100 |
| 60 tahun dan ke atas | RM100 | RM100 (Tanpa Denda) | RM100 (Tanpa Denda) | RM100 (Tanpa Denda) |
| Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) | Percuma | Percuma | Percuma | Percuma |

Tindakan Jika Pasport Hilang Di Luar Negara
Jika pasport anda hilang ketika berada di luar negara, ikuti langkah yang dikongsikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia ini untuk mendapatkan semula gantian pasport yang baharu.
- 𝗕𝘂𝗮𝘁 𝗟𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘀: Laporkan kehilangan pasport di balai polis negara berkenaan dan simpan salinan laporan sebagai rujukan rasmi.
- 𝗛𝗮𝗱𝗶𝗿 𝗸𝗲 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮: Kunjungi Pejabat Perwakilan Imigresen / Kedutaan / Malawakil Malaysia berhampiran dengan membawa laporan polis bagi mendapatkan 𝗦𝗶𝗷𝗶𝗹 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗖𝗲𝗺𝗮𝘀 (𝗦𝗣𝗖) untuk pulang ke Malaysia.
- 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮: Hadir ke Unit Kehilangan dan Kerosakan, Bahagian Keselamatan dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia, lengkapkan borang permohonan dan dapatkan cop sumpah.
- Sediakan dokumen berikut:
- Kad pengenalan
- Sijil Perakuan Cemas
- Proses Permohonan Pasport Baharu
- Permohonan diproses dalam 5 hari bekerja.
- Jika kehilangan akibat kecuaian, denda akan dikenakan:
- Kesalahan pertama — RM400
- Kesalahan kedua — RM700
- Kesalahan ketiga — RM1200
- Sediakan dokumen berikut:
Anda boleh rujuk video di bawah untuk panduan lebih jelas:
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat terkini mengenai prosedur sekiranya pasport hilang, sila rujuk:
- Portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia
- Facebook Jabatan Imigresen Malaysia
- Instagram: imigresen
- X: imigresenmy
- Youtube: Imigresen TV
- Talian: +60 3-8000 8000
- Emel: [email protected]
Soalan Lazim Pasport Hilang
Tidak boleh. Urusan penggantian pasport hilang melibatkan kes siasatan kecuaian, jadi anda wajib hadir ke Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat Imigresen Negeri atau Putrajaya sahaja.
Keputusan kelulusan pasport gantian tertakluk di bawah kuasa Ketua Pengarah Imigresen dan biasanya mengambil masa 5 hari bekerja selepas sesi soal selidik selesai dijalankan.
Pengecualian denda atau pengurangan kos boleh dipertimbangkan sekiranya pasport hilang akibat kecemasan luar kawalan. Anda wajib mengemukakan dokumen sokongan rasmi seperti Laporan Jabatan Bomba (kes kebakaran) atau Surat Pengesahan Pihak Berkuasa Tempatan / Polis (kes banjir/bencana alam).
Tidak boleh. Anda tidak dibenarkan menaiki kapal terbang antarabangsa tanpa dokumen perjalanan sah. Anda mesti membawa laporan polis luar negara tersebut ke Pejabat Perwakilan Imigresen / Kedutaan / Malawakil Malaysia terdekat untuk memohon Sijil Perakuan Cemas (SPC).
Tidak boleh. Pemohon wajib hadir secara fizikal ke kaunter imigresen untuk sesi temu bual, semakan MyKad asal, dan proses imbasan biometrik (cap jari).




