MyMinda: Ujian Saringan Kesihatan Mental MySejahtera KKM

Walaupun aplikasi MySejahtera tidak lagi digunakan seperti dahulu, kerajaan tetap berterusan menambah baik fungsi yang ada padanya dan yang terbaru telah menambah fungsi MyMinda.

Kita sedia maklum bahawa masalah kesihatan mental di negara kita semakin meningkat dan membimbangkan dan MyMinda diperkenalkan sebagai langkah awal untuk mengetahui tahap mental anda.

Pengenalan fungsi baru dalam MySejahtera itni menunjukkan komitmen KKM dalam meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan mental melalui digitalisasi selari dengan perkembangan teknologi digital.

Pelancaran fungsi baru ini dibuat sempena hari Kesihatan Menta Sedunia.

Dalam tempoh kurang sebulan sejak dilancarkan, fungsi terbaru MySejahtera ini telah menemui hampir 4,000 orang berisiko mengalami kemurungan.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, sehingga 15 Nov dan tidak sampai sebulan selepas pelancarannya, 17,300 saringan dilakukan melalui MySejahtera dan 3,983 atau 23% (didapati) berisiko mengalami kemurungan.

Baca lagi: Cara Tempah Janji Temu Klinik Kesihatan KKM Di MySejahtera

Apa itu MyMinda?

MyMinda ialah inisiatif digital yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia untuk menyokong kesihatan mental orang ramai.

Ia terdiri daripada tiga sub-modul yang membantu individu dalam penilaian kesihatan mental, penjagaan diri dan akses kepada profesional kesihatan mental.

Melalui fungsi terbaru MySejahtera ini, anda akan mendapat akses kepada penilaian kesihatan mental awal, panduan tentang penjagaan diri untuk kesihatan mental, dan kemudahan mencari dan berhubung dengan profesional kesihatan mental.

Cara Akses MyMinda

Anda boleh mengakses MyMinda dengan membuka aplikasi MySejahtera dan menavigasi ke bahagian khusus untuk MyMinda.

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Klik pada ikon MyMinda
  3. Klik butang ‘Screen Now”
  4. Jawab soalan-soalan yang dinyatakan dan hasil keputusan tahap kesihatan anda akan dipaparkan.

Fungsi baru ini adalah perkhidmatan percuma yang disediakan oleh kerajaan dan fungsi ini sesuai digunakan oleh individu berumur 18 tahun dan ke atas yang ingin mendapatkan bantuan awal kesihatan mental mereka.

Melalui fungsi ini juga, KKM akan mengumpul statistik dan membuat analisis terhadap data-data yang diperolehi daripada pengguna.

Bantuan dan pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau mempunyai sebarang masalah teknikal untuk menggunakan fungsi baru ini, sila rujuk halaman Helpdesk MySejahtera di halaman https://helpdesk.mysejahtera.malaysia.gov.my/en/support/solutions/folders/51000400509

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!