MyLesen GDL 2.0: Program Pemandu Kenderaan Perdagangan
Teringin mendapat gaji yang lumayan tetapi tidak tahu caranya? Program MyLesen GDL 2.0 mungkin apa yang anda cari.
Tidak ramai yang tahu bahawa gaji seorang pemandu lori perdagangan adalah cukup besar, namun ianya juga sangat mencabar kerana anda perlu banyak berkorban masa bersama ahli keluarga.
Statistik yang dikeluargakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan bahawa syarikat-syarikat logistik dan pengangkutan di Malaysia masih memerlukan ramai pemandu yang layak untuk bekerja dengan mereka.
Malangnya, ramai yang tidak mampu untuk mengeluarkan duit pelaburan awal untuk mendapatkan lesen GDL yang bersesuai dengan jenis jentera atau kenderaan yang ingin mereka pandu.
Program Pembangunan Pemandu Kenderaan Perdagangan MyLesen GDL 2.0 (MyLesen GDL 2.0)
Salah satu inisiatif di bawah Pelan Induk Logistik & Fasilitasi Perdagangan (Masterplan) dan Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030 adalah untuk mengatasi masalah kekurangan pemandu kenderaan perdagangan dalam industri logistik.
Di bawah inisiatif ini, satu program iaitu Program MyLesen GDL 2.0 telah dirangka bertujuan untuk menarik dan melatih calon warganegara Malaysia yang layak dan berpotensi untuk mengisi kekosongan jawatan dengan menawarkan subsidi bagi lesen memandu (E Full) dan Goods Driving License (GDL) Bersendi.
Syarat kelayakan
Sebelum memohon, calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:
- Berumur 21 tahun ke atas
- Mempunyai kelas D (tempoh memegang lesen sekurang-kurangnya satu tahun) atau kelas E Competent Driving License (CDL)
- Tiada dalam senarai hitam mahkamah, JPJ atau PDRM
Terma dan syarat program
- Mematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej ini
- Calon yang layak akan ditemuduga oleh syarikat logistik / pengangkutan dan ditawarkan pekerjaan / penempatan di syarikat terlebih dahulu sebelum memulakan latihan di Institut Memandu (IM) yang terpilih.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta akan diberikan elaun RM500 secara one-off (pembayaran untuk sekali) ketika tempoh latihan dijalankan.
- Peserta perlu mengikuti kursus, latihan, amali dan lesen E Full & GDL Bersendi mengikut SOP yang ditetapkan.
Cara permohonan dan tarikh tutup
Permohonan untuk program MyLesen GDL 2.0 ini akan ditutup setelah kuota penuh.
Calon yang berminat boleh mengisi borang permohonan di borang Google Form (sila klik).