Advertisements

Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Dari RM50,000 Hingga RM500,000

Advertisements

Kerajaan bersetuju memperuntukkan bantuan khas kewangan bagi kesan mudarat vaksin COVID-19 untuk rakyat tempatan dan warga asing berjumlah RM10 juta yang memperolehnya melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata peruntukan itu membabitkan dua kategori bantuan iaitu RM50,000 bagi penerima yang menerima kesan sampingan serius dan RM500,000 jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan oleh vaksin COVID-19.

Kerajaan bersetuju menyediakan dana permulaan sebanyak RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan oleh NADMA bagi tujuan bayaran bantuan khas kewangan ini.

Tujuan Bantuan Khas Vaksin

Bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19 ini adalah langkah proaktif Kerajaan untuk menghadapi kemungkinan jika berlaku kesan sampingan (adverse effects) daripada penggunaan vaksin.

Namun jangan tersalah erti, pampasan ini bukanlah bermaksud bahawa vaksin boleh menyebabkan kesan sampingan serius.

Sebaliknya,tindakan kerajaan ni juga menunjukkan KEYAKINAN terhadap Program Immunisasi C19 Kebangsaan, seperti yang dinyatakan oleh Public Health Malaysia.

Dengan jaminan dari pihak kerajaan, harapnya lebih ramai penduduk di Malaysia mendaftar untuk menerima vaksin C19

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Bantuan Khas Kewangan Vaksin

2 Jenis Manfaat Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19

Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 terbahagi kepada 2 manfaat berikut:

i) RM50,000 jika kesan sampingan yang serius kepada penerima vaksin yang memerlukan rawatan berpanjangan dihospital

ii) RM500,000 jika hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin COVID-19.

Baca juga: SPS Prihatin Wanita (SPW): Bantuan Caruman RM163 PERKESO

Permohonan & Penilaian

Bagi yang mengalami kesan sampingan serius dan ingin mendapatkan manfaat melalui bantuan khas kewangan ini perlu dinilai terlebih dahulu oleh 3 jawatankuasa khas yang turut ditubuhkan.

Terdapat 3 Penilai dan pemantau kesan kemudaratan vaksin ini, iaitu:

  1. Jawatankuasa Farmakovigilans Khas – yang memantau kes-kes yang dilaporkan dan isu keselamatan vaksin
  2. Jawatankuasa Teknikal Perubatan – yang akan menilai adakah kesan sampingan tersebut benar-benar daripada vaksin
  3. Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin C19 – Untuk memberikan kelulusan daripada penilaian kedua-dua jawatankuasa sebelum itu.

Pihak NADMA dipertanggungjawabkan membayar pampasan tersebut seperti yang diluluskan melalui dana RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang skim pampasan atau bantuan khas ini, sila rujuk laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di pautan berikut:

http://covid-19.moh.gov.my/

Leave a Comment