Pendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM 2021 (Ulangan)

Pendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM 2021

Perhatian kepada calon-calon STPM 2021, Majlis Peperiksaan Malaysia kini membuka pendaftaran untuk memperbaiki keputusan STPM 2021 secara atas talian.

Calon yang memperbaiki keputusan STPM 2021 akan menduduki peperiksaan STPM 2022 pada peperiksaan Semester 3, Ulangan 1 dan Ulangan 2.

Terdapat 2 kaedah memperbaiki keputusan :

i) memperbaiki keputusan secara keseluruhan
ii) memperbaiki keputusan secara tampal (patching)

Sila rujuk Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2023 untuk maklumat lanjut.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut : https://daftarstpm.mpm.edu.my

Cara Pendaftaran STPM Ulangan Untuk Memperbaiki Keputusan

1. Sistem Pendaftaran ini khusus untuk calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia tahun semasa yang memperbaiki keputusan.

2. Calon yang memperbaiki keputusan MESTILAH membuat pembayaran secara dalam talian melalui sistem pendaftaran ini.

3. Calon yang memperbaiki keputusan akan menduduki peperiksaan semester 3, Ulangan 1 dan ulangan 2 pada peperiksaan STPM tahun semasa.

4. Pilihan kaedah memperbaiki keputusan:

    (i) memperbaiki keputusan secara keseluruhan

    (ii) memperbaiki keputusan secara tampal (patching)

memperbaiki keputusan stpm

NOTA: Calon hendaklah merujuk Peraturan dan Skema Peperiksaan untuk maklumat lanjut. Sila layari https://www.mpm.edu.my/stpm/peraturan-dan-skema-peperiksaan )

5. Calon hendaklah merujuk kalendar peperiksaan STPM tahun semasa pada portal MPM http://www.mpm.edu.my untuk mengetahui tarikh pendaftaran dibuka dan ditutup dan tarikh peperiksaan memperbaiki keputusan STPM.

6. Calon hendaklah mencetak / menyimpan Penyata Pendaftaran STPM (STPM/PP) apabila pendaftaran telah lengkap dan selesai. Kegagalan mencetak STPM/PP akan menyukarkan calon untuk mengesahkan pendaftaran telah dibuat.

7. Pusat yang dipilih tertakluk kepada pindaan oleh JPN

Peraturan & Skema Peperiksaan

BILNAMA BORANG / DOKUMEN 
Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM (Guna Pakai
Untuk Peperiksaan STPM Mulai 2023)
Lihat |  Muat Turun
Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM (Guna Pakai
Untuk Peperiksaan STPM 2022)
Lihat |  Muat Turun

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!