Media Sosial 16 Tahun – Perlu Buat ‘Age Verification’ Bermula Jun

media sosial 16 tahun
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Mulai 1 Jun 2026, pengguna platform media sosial perlu memuat naik dokumen rasmi yang dikeluarkan kerajaan bagi membuat pengesahan umur.

Peraturan ini dilaksanakan selaras dengan pengenalan dua kod baharu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Kod tersebut ialah Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) serta Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA).

Sehubungan dengan itu, pengguna platform media sosial juga perlu memuat naik dokumen rasmi yang dikeluarkan kerajaan bagi membuat pengesahan umur.

Ketahui lebih lanjut tentang berita ini di bawah.

@beritartm

23 NOV 2025 -BERITA PERDANA- INTERNET SELAMAT : LARANGAN AKAUN MEDIA SOSIAL PENGGUNA BAWAH 16 TAHUN RTM BeritaRTM MalaysiaMadani TaatSetia BersamaMALAYSIAKU RancakkanMADANI MADANIBekerja

♬ original sound – Berita RTM – Berita RTM

Kanak-kanak / Remaja 16 Tahun Ke Bawah Tidak Lagi Dibenarkan Miliki Akaun Media Sosial Mulai Jun 2026

Ramai remaja dan kanak-kanak bawah 16 tahun sudah aktif di media sosial. Walaupun ia tidak sesuai untuk usia mereka.

Kajian menunjukkan penggunaan media sosial terlalu awal boleh menjejaskan kesihatan mental, emosi dan perkembangan sosial anak-anak.

Mereka juga mudah terdedah kepada kandungan tidak sesuai, buli siber, serta risiko gangguan dalam talian.

Selari dengan itu, kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah TIDAK DIBENARKAN membuka atau memiliki akaun media sosial bagi platform yang mempunyai lebih lapan juta pengguna di Malaysia.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, langkah ini adalah sebahagian usaha kerajaan mengekang peningkatan jenayah siber melibatkan golongan muda, selain melindungi kanak-kanak daripada risiko eksploitasi secara atas talian.

Larangan ini juga selaras dengan pengenalan dua kod baharu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Rujuk kenyataan media MCMC di bawah:

Media Sosial 16 Tahun
Sumber: MCMC
Media Sosial 16 Tahun
Sumber: MCMC

Pengguna Media Sosial Perlu Buat ‘Age Verification’

Semua pengguna platform media sosial di Malaysia perlu melalui proses pengesahan umur (age verification) bermula 1 Jun 2026.

Peraturan ini bertujuan menyekat remaja di bawah usia 16 tahun daripada membuka atau memiliki akaun sendiri secara bebas.

Pengesahan umur atau age verification ini hendaklah dilakukan menggunakan dokumen rasmi kerajaan seperti kad pengenalan, pasport atau dokumen rasmi lain sahaja.

Kaedah self-declare (isytihar sendiri) tidak akan digunakan untuk membuat pengesahan umur kerana sesiapa sahaja boleh klik dan mengaku mereka berumur lebih 18 tahun.

Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching selepas merasmikan Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat di Kuching baru-baru ini.

media sosial 16 tahun
Sumber grafik : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Walau bagaimanapun, setakat ini teknologi khusus yang perlu digunakan platform media sosial bagi tujuan pengesahan umur belum lagi diperincikan.

Kerajaan akan memberikan tempoh yang sewajarnya untuk melaksanakan proses tersebut sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan.

Media Sosial 16 Tahun
Sumber grafik: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Adakah Akaun Media Sosial Sedia Ada Perlu Buat Pengesahan Umur?

Ya, akaun media sosial sedia ada juga wajib melalui proses pengesahan umur (age verification) secara berperingkat selepas 1 Jun 2026.

Kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan bahawa tiada pengecualian diberikan kepada pengguna lama bagi memastikan matlamat Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) tercapai sepenuhnya dalam menyaring pengguna di bawah umur 16 tahun.

Proses pengesahan ini tidak akan dilakukan secara mengejut atau melibatkan sekatan serta-merta pada tarikh penguatkuasaan.

Sebaliknya, kerajaan memberikan tempoh kepada penyedia platform untuk melaksanakan proses verifikasi secara teratur.

Sebelum mewajibkan semua rakyat Malaysia memuat naik MyKad, kerajaan menggunakan sandbox untuk menguji keberkesanan sistem pengesahan identiti digital.

Pihak berkuasa mahu memastikan kaedah ini tidak mudah digodam, tepat mengesan umur, dan tidak mempunyai “pintu belakang” yang membolehkan kanak-kanak memintasnya.

Melalui medan ujian ini, MCMC menilai sejauh mana syarikat media sosial melindungi data sensitif pengguna (seperti nombor kad pengenalan dan wajah) bagi memastikan ia mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) sebelum dikuatkuasakan sepenuhnya.

Selaras Dengan Trend Antarabangsa

Kerajaan juga sedang meneliti pelaksanaan had umur universal seperti yang dilaksanakan di Australia dan beberapa negara lain, termasuk dari sudut penguatkuasaan serta pemantauan.

“Australia akan mulakan pelaksanaannya Disember ini. Setiap negara ada pendekatan tersendiri, dan kita sedang menilai kaedah paling sesuai untuk Malaysia,” katanya.

Media Sosial 16 Tahun
Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Sumber gambar & berita : Berita RTM, Facebook Berita RTM

Betul ke budak bawah 16 tahun tak boleh ada media sosial?

Betul, kanak-kanak dan remaja berumur di bawah 16 tahun tidak dibenarkan mempunyai akaun media sosial sendiri di Malaysia bermula 1 Jun 2026.

Kenapa perlu larangan macam ni?

Untuk lindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian seperti:
jenayah siber
penipuan kewangan
buli siber
pemangsa seksual
kandungan tidak sesuai umur

Macam mana nak pastikan mereka betul-betul bawah 16?

Platform media sosial akan diwajibkan melaksanakan eKYC (Electronic Know Your Customer) — pengesahan identiti menggunakan MyKad, pasport atau MyDigital ID.

Negara lain pun buat macam ni ke?

Ya. Australia akan mula laksanakan larangan umur pada Disember ini, dan beberapa negara lain sudah mempunyai had umur ketat untuk akaun media sosial.

Apa kesan kepada ibu bapa?

Ibu bapa mungkin perlu lebih peka terhadap:
-penggunaan peranti anak
-akses internet di rumah
-kawalan seliaan kandungan
Kerajaan juga dijangka menyediakan kempen kesedaran keselamatan digital untuk memudahkan pemahaman.

Kalau ibu bapa buka akaun untuk anak, boleh?

Mekanisme akhir masih sedang diperhalusi, tetapi fokus kerajaan ialah memastikan kanak-kanak tidak boleh daftar akaun sendiri supaya kandungan dalam media sosial juga hanya boleh diakses bersama ibu bapa.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut