10 Makanan Terbaik Untuk Luka Cepat Kering & Pantangnya

makanan untuk luka
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Apabila seseorang mengalami luka, terdapat beberapa makanan untuk luka yang boleh diambil untuk menyembuhkan luka tersebut dengan cepat.

Justeru itu, ketahui makanan yang perlu diambil dan perlu dielakkan berkenaan dengan luka.

Mengenai Penyembuhan Luka

Luka yang terjadi mempunyai 4 fasa peringkat iaitu:

  • Penggumpalan/pemberhentian darah
  • Keradangan
  • Proliferatif
  • Pemodelan semula

Oleh itu, adalah penting untuk pesakit mengambil makanan yang sesuai bagi memastikan luka yang dialami cepat sembuh.

10 Contoh Jenis Makanan Mempercepatkan Luka Sembuh

Terdapat 10 makanan yang boleh diambil bagi mempercepatkan luka untuk sembuh iaitu:

1- Sayur-Sayuran Berdaun Hijau

Sayur-sayuran seperti bayam, sawi, kailan, dan lain-lain lagi merupakan sayur-sayur yang padat dengan nutrien yang boleh membantu mengurangkan keradangan, menguatkan sistem imun, dan menyembuhkan luka.

Kandungan vitamin C, A, Folat, Selenium, dan Zat Besi adalah antara nutrien yang boleh menguatkan sistem imun, sebagai antioksidan dan menyembuhkan luka yang dialami.

2- Kekacang

Kekacang seperti kacang tanah, kacang gajus dan badam merupakan antara jenis kekacang yang tinggi kandungan protein.

Makanan-makanan ini ini baik untuk diambil sepanjang hari baik membantu meningkatkan proses penyembuhan luka.

Pemilihan makanan seperti ini juga sebagai snek pastinya lebih baik daripada memakan kerepek kentang atau sebarang makanan ringan lain.

3- Daging Lembu atau Ayam

Daging ayam atau daging lembu adalah sumber protein yang mengandungi asid amino seperti arginina dan glutamina yang mempunyai peranan dalam proses penyembuhan luka.

Arginina diperlukan semasa proses keradangan dalam penyembuhan luka, penghasilan kolagen, dan boleh merangsang penghasilan hormon pertumbuhan dan mengaktifkan sel-sel imun.

Glutamina pula boleh mengurangkan komplikasi jangkitan dan mengurangkan keradangan pada luka dan turut menjadi sumber tenaga untuk sel-sel dalam badan.

4- Ikan Berlemak

Ikan berlemak seperti Ikan Salmon, Ikan Sardin, Ikan Patin atau Ikan Keli merupakan antara sumber yang baik bagi mendapatkan asid lemak Omega-3.

Asid lemak Omega-3 dapat membantu menyembuhkan luka, mengurangkan keradangan, dan menguatkan sistem imun.

5- Jambu Batu atau Pucuk Ubi

Jambu batu dan pucuk ubi kayu adalah makanan yang sangat tinggi dengan vitamin C yang memainkan peranan penting dalam proses penyembuhan luka.

Vitamin C juga boleh mempengaruhi pembentukan kolagen, mengawal selia fungsi imun badan dan bertindak sebagai antioksidan.

6- Tiram atau Kepah

Tiram, kepah atau kupang merupakan makanan laut yang kaya dengan mineral zink yang memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan luka.

Zink bertindak sebagai antioksidan serta membantu pembaikan tisu, pertumbuhan tisu dan memodulasi replikasi sel selain turut membantu meningkatkan sistem imun dan mengurangkan keradangan.

7- Kunyit

Kunyit mengandungi sebatian aktif yang dikenali sebagai kurkumin yang mempunyai ciri- ciri antioksidan dan antiradang.

Ia boleh membantu mengurangkan keradangan dan mencegah kerosakan sel-sel badan yang sihat serta membantu mempercepatkan luka untuk sembuh melalui pemendekan fasa keradangan.

8- Madu

Madu seperti Madu Lebah Biasa, Madu Tualang, Madu Gelam, Madu Manuka atau Madu Kelulut merupakan makanan yang boleh membantu mempercepatkan luka sembuh.

Kajian mendapati madu boleh membantu penyembuhan luka melalui perangsangan pertumbuhan tisu, mengurangkan pembentukan parut dan meningkatkan epitelialisasi, iaitu proses dimana tisu-tisu kulit bermigrasi ke permukaan kulit untuk menyembuhkan luka.

Selain itu, madu juga bersifat antibakteria yang turut boleh mencegah jangkitan bakteria di kawasan luka.

9- Pegaga

Pegaga atau daun pegaga juga adalah makanan yang mempunyai ciri-ciri yang boleh mempercepatkan luka untuk sembuh melalui pembentukan kolagen, memulakan fasa proliferatif melalui proliferasi atau migrasi sel-sel tisu fibroblas dan bertindak sebagai antioksidan.

Selain dimakan, daun pegaga juga boleh dijadikan pes untuk digunakan secara sapuan.

10- Hati ayam atau lembu

Hati ayam atau hati lembu adalah tinggi dengan kandungan mineral zink, zat besi, vitamin A dan vitamin B.

Nutrien-nutrien ini diperlukan oleh badan untuk menghasilkan kolagen dan tisu-tisu baru.

Jenis Makanan Perlu Dielakkan

Terdapat jenis makanan yang perlu dielakkan iaitu:

1- Makanan Berproses

Pengambilan makanan tinggi sodium/garam seperti makanan dalam tin dan daging yang diproses seperti sosej dan nugget secara berlebihan boleh menghalang penyembuhan luka.

Makanan berproses juga boleh menjejaskan bekalan darah ke bahagian luka dan mengganggu fungsi sel darah putih yang penting untuk melawan keradangan.

makanan untuk orang berpantang pembedahan

2- Kafein

Pengambilan kopi atau kafein dalam jumlah berlebihan dapat mengurangkan penyerapan nutrisi penting dan melemahkan kulit kerana kesan diuretiknya.

Bukan tak boleh minum kopi langsung, tapi ambillah kopi anda pada kadar sederhana saja ya.

3- Gula

Gula menjejaskan tahap kolagen dalam kulit dan kolagen merupakan antara komponen penting dalam proses penyembuhan luka.

Ini kerana kolagen merupakan bahan kimia yang memberikan kulit anda kekuatan ketegangan, tanpanya kulit akan terdedah kepada kecederaan.

Mitos Berkenaan Makanan Menyembuhkan Luka

Berkenaan makanan menyembuhkan luka, terdapat mitos dan fakta yang perlu diketahui umum.

MitosFakta
Ikan haruan dan belut sahaja sangat digalakkan supaya luka cepat sembuhSemua jenis protein secara mencukupi – jangan terhadkan kepada ikan haruan dan belut sahaja
Telur menyebabkan luka menjadi gatal, bernanah dan lambat sembuhTiada kajian menyatakan sedemikian. Malah, telur
merupakan sumber protein yang kaya dengan vitamin dan mineral
Jangan makan daging ayam betina selepas pembedahanDaging ayam merupakan sumber protein. Tiada larangan untuk mengambilnya
Minum pati gamat atau sapuan minyak gamat pada luka mempercepat penyembuhanTiada kajian yang menyokong penyataan tersebut. Kebanyakan pati tinggi kandungan garam
Buah dan sayur tidak digalakkan kerana dikhuatiri elemen sejuknya melambatkan proses penyembuhan lukaBuah dan sayur kaya dengan vitamin dan mineral yang membantu mempercepat proses penyembuhan luka

Sumber:

Baca juga: 5 Tanda Luka Jahitan Bersalin Sudah Sembuh

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: