Unifi Bill ialah bil bulanan rasmi untuk pelanggan Unifi yang kini boleh diurus dengan lebih mudah secara digital. Anda boleh semak jumlah bil, membuat pembayaran, malah menerima notifikasi terus melalui aplikasi MyUnifi tanpa perlu ke kaunter.
Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple App Store
Apa itu Unifi Bill
Unifi bill ialah penyata bil bulanan yang dikeluarkan oleh Unifi kepada pelanggan bagi perkhidmatan internet, mudah alih, atau perkhidmatan tambahan lain yang dilanggan.
Ia memaparkan butiran caj penggunaan, yuran langganan tetap, caj tambahan (jika ada), serta sebarang bayaran tunggakan.
Melalui Unifi bill, pelanggan dapat:
- Mengetahui jumlah bil bulanan yang perlu dibayar.
- Melihat pecahan caj termasuk perkhidmatan internet, telefon, Unifi TV, atau add-on lain.
- Menyemak rekod bayaran terdahulu dan baki tunggakan.
- Mendapat maklumat tarikh akhir pembayaran untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan.
Cara Semak Unifi Bill
Ikuti langkah berikut untuk membuat semakan dan pembayaran bil melalui aplikasi MyUnifi:
- Buka aplikasi MyUnifi dan log masuk ke akaun anda.
- Pada laman utama, tekan menu Akaun di bahagian bawah skrin.
- Tekan Pay Bills untuk melihat jumlah bil pada setiap akaun anda.
- Pilih akaun Unifi yang ingin dibayar jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun.
- Tekan butang Pay di bahagian bawah skrin.
- Pilih kaedah pembayaran sama ada menggunakan kad kredit/debit, perbankan internet (FPX) atau e-wallet seperti Touch ‘n Go.
- Jika memilih perbankan internet, pilih bank daripada senarai yang diberikan dan tekan Next untuk melengkapkan proses.
- Setelah selesai, status pembayaran akan dipaparkan dalam aplikasi dan anda juga akan menerima notifikasi melalui emel.
Cara Pembayaran Unifi Bill
Unifi menawarkan pelbagai kaedah pembayaran yang selamat dan mudah, termasuk perbankan dalam talian, kad kredit/debit, aplikasi MyUnifi, cawangan TMpoint, JomPAY, serta saluran pembayaran sah seperti kedai serbaneka.
Anda juga boleh menetapkan auto-debit untuk pembayaran bulanan tanpa gangguan. Untuk membayar secara dalam talian, log masuk ke akaun anda, klik “Pay Now” di bahagian Bil, dan pilih kaedah pembayaran yang anda sukai.
1. Kaedah Pembayaran Digital
Cara paling mudah untuk membayar bil Unifi adalah melalui platform digital.
Aplikasi MyUnifi, yang boleh dimuat turun di Google PlayStore dan Apple AppStore, menyediakan integrasi pembayaran lancar menggunakan kad kredit/debit dan perbankan internet (FPX).
Selain itu, anda boleh melayari portal Unifi Selfcare (selfcare.unifi.com.my) untuk membuat pembayaran selamat menggunakan akaun bank atau kad anda.
Pilihan lain ialah JomPAY, dengan menggunakan Biller Code 8888 dan nombor akaun Unifi 10 digit sebagai rujukan.
2. Pilihan E-Wallet
Unifi juga menyokong pembayaran melalui e-wallet moden yang lebih pantas dengan transaksi minimum RM10. Antara platform yang diterima ialah Boost, Touch ‘n Go, Shopee Pay, BigPay, Lazada Wallet, dan S Pay Global.
Kebanyakan pembayaran diproses serta-merta dan ada yang menawarkan ganjaran cashback atau mata ganjaran, menjadikannya pilihan menarik untuk pengguna digital.
3. Lokasi Pembayaran Fizikal
Bagi pelanggan yang lebih selesa dengan pembayaran tradisional, Unifi menerima bayaran di pelbagai lokasi fizikal. Anda boleh melawat:
- TM Authorized Dealers
- Pejabat POS Malaysia
- Kedai serbaneka seperti 7-Eleven, 99 Speedmart, dan KK Mart
Semua lokasi ini menerima bayaran tunai dan memberikan resit pembayaran segera untuk rekod anda.
4. Perkhidmatan Auto-Debit
Untuk mengelakkan tunggakan atau gangguan perkhidmatan, anda boleh menetapkan auto-debit melalui bank atau kad kredit anda.
Jumlah bil bulanan akan ditolak secara automatik pada tarikh akhir bil. Hubungi pihak bank atau khidmat pelanggan Unifi untuk mengaktifkan perkhidmatan ini.
Tips Tambahan:
- Pastikan anda membuat pembayaran sebelum tarikh akhir bil bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan.
- Simpan resit pembayaran sebagai rujukan.
- Aktifkan notifikasi pembayaran melalui aplikasi MyUnifi supaya anda tidak terlepas tarikh kitaran bil.
- Jika mempunyai jumlah tunggakan yang besar, hubungi khidmat pelanggan Unifi untuk membincangkan pelan pembayaran ansuran.
Muat Turun Aplikasi MyUnifi

Untuk menyemak dan membayar Unifi bill anda dengan mudah, anda boleh menggunakan aplikasi MyUnifi yang tersedia di Google PlayStore dan Apple AppStore.
Aplikasi ini membolehkan anda mengurus akaun, semak jumlah bil, dan membuat pembayaran pada bila-bila masa, di mana sahaja.
- Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.myunifi&hl=en
- Apple Apps Store : https://apps.apple.com/my/app/myunifi/id1447326559
Pertanyaan Lanjut
Sekiranya terdapat pertanyaan atau permasalahan mengenai Unifi bill anda, anda boleh terus hubungi pusat khidmat pelanggan Unifi di pautan berikut:
Waktu Operasi & Cara Hubungi Khidmat Pelanggan Unifi
1. Bantuan Teknikal
8.00 pagi – 10.00 malam (Setiap hari)
2. Pertanyaan Produk & Perkhidmatan, Pengurusan Pesanan & Bil
8.00 pagi – 5.30 petang (Setiap hari)
3. Bantuan Direktori 103
8.00 pagi – 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat)
⚠️ Tutup pada Cuti Umum Kebangsaan
Cara Menghubungi
DIAL 100 – Dari talian tetap tempatan dan nombor mudah alih
+603 2106 3001 – Dari talian antarabangsa
Soalan Lazim
UNIFI HOME
Terdapat beberapa cara untuk anda melihat bil sehingga 6 bulan:
1. Melalui alamat emel berdaftar
2. Aplikasi myunifi
3. Portal unifi.com.my (www.unifi.com.my)
4. Notifikasi melalui SMS
Mengemas kini alamat, nombor perhubungan dan alamat emel untuk bil adalah sangat mudah! Ikuti langkah ini sama ada melalui aplikasi myunifi atau portal unifi.com.my:
Aplikasi myunifi
Log masuk ke aplikasi myunifi menggunakan ID digital unifi anda (digitalme) dan tekan menu Akaun. Tekan pada Lihat Akaun > Maklumat Akaun untuk mengemas kini butiran anda.
Portal unifi.com.my
Pergi ke Akaun Saya di unifi.com.my dan log masuk menggunakan ID digital unifi anda (digitalme). Klik pada Profil Saya > Profil Bil Saya untuk mengemas kini butiran anda.
Di TM, sebagai sebahagian daripada sokongan kami dalam usaha menjaga alam sekitar, kami hanya menyediakan bil digital kepada pelanggan. Namun, jika anda memerlukan bil bercetak, anda boleh membuat permintaan dengan bersembang bersama kami di maya.unifi.com.my atau dengan menghubungi talian 100. Caj sebanyak RM2/sebulan akan dikenakan untuk permintaan ini.
Caj prorata merujuk kepada yuran atau kos yang dikira berdasarkan tempoh separa dan bukannya kitaran bil penuh. Caj ini dikenakan dari tarikh mula perkhidmatan anda sehingga tarikh bil pertama.
Klik [di sini] untuk melihat bagaimana caj prorata dikira.
Membayar bil Unifi anda sangat mudah, klik [di sini] untuk ketahui lebih lanjut.
Anda dikehendaki membayar jumlah tunggakan penuh supaya perkhidmatan anda dapat diaktifkan semula. Caj sebanyak RM10.00 akan dikenakan pada bil anda untuk setiap pengaktifan semula perkhidmatan.
Selepas bayaran penuh dibuat, perkhidmatan anda akan diaktifkan semula dalam masa 15 minit. Sila hidupkan semula peralatan unifi anda jika ia tidak disambungkan.
Jika rebat anda diluluskan, ia akan dipaparkan dalam bil anda dalam tempoh 60 hari.
Ya, jika anda mempunyai baki kredit dengan TM, anda akan menerima bayaran balik dalam tempoh 90 hari selepas penamatan.
Anda boleh melihat pembayaran yang dibuat dalam tempoh 6 bulan terakhir melalui:
1. Aplikasi MyUnifi:
Pilih tab “Akaun” di bahagian bawah skrin
Pilih akaun yang ingin dilihat
Skrol ke bawah & klik “Lihat Semua Transaksi”
Pilih tab “Pembayaran” di bahagian atas skrin
2. Portal unifi:
Log masuk, kemudian skrol ke bawah
Di bahagian “Bil Saya”, pilih akaun yang ingin dilihat pada menu tarik turun
Anda boleh melihat rekod pembayaran anda di bawah “Resit Pembayaran”
Ya, ada. Jika anda menamatkan pakej Unifi Home dalam tempoh kontrak, anda akan dikenakan caj penalti penamatan awal bersamaan dengan yuran langganan penuh untuk baki bulan dalam tempoh kontrak.
Klik [di sini] untuk maklumat lanjut.
Panduan langkah demi langkah ini akan membantu anda memahami bil Unifi dengan lebih baik.
Klik [di sini] untuk maklumat lanjut.
Anda boleh menyemak kontrak ansuran peranti dan melihat berapa bulan yang tinggal dengan mudah melalui aplikasi MyUnifi. Klik [di sini] untuk maklumat lanjut.
UNIFI MOBILE POSTPAID
Anda boleh merujuk kepada langkah berikut untuk mengemas kini maklumat perhubungan bil anda:
Melalui portal:
1. Log masuk ke www.unifi.com.my
2. Pergi ke Profil Saya
3. Klik butang Edit pada bahagian Maklumat Perhubungan
Melalui aplikasi mudah alih Unifi:
1. Log masuk ke aplikasi Unifi Mobile
2. Pergi ke tab Profil Saya
3. Pergi ke Nombor Perhubungan/Emel Perhubungan dan kemas kini seperti yang diperlukan
Terdapat beberapa cara untuk anda melihat bil sehingga 6 bulan:
1. Log masuk ke aplikasi mudah alih MyUnifi
2. Log masuk ke portal Selfcare Unifi di www.unifi.com.my
Di TM, sebagai sebahagian daripada usaha kami menjaga alam sekitar, kami hanya menyediakan bil digital kepada pelanggan melalui aplikasi mudah alih Unifi atau portal Selfcare Unifi.
Panduan langkah demi langkah ini akan membantu anda memahami bil Unifi dengan lebih baik.
Klik [di sini] untuk maklumat lanjut.
Caj prorata merujuk kepada yuran atau kos yang dikira berdasarkan tempoh separa dan bukannya kitaran bil penuh. Caj ini dikenakan dari tarikh mula perkhidmatan anda hingga ke tarikh bil pertama.
Klik [di sini] untuk melihat bagaimana caj prorata dikira.
Anda perlu membayar jumlah tunggakan penuh supaya perkhidmatan anda dapat diaktifkan semula. Caj sebanyak RM10.00 akan dikenakan pada bil anda bagi setiap pengaktifan semula perkhidmatan.
Selepas bayaran penuh dibuat, perkhidmatan anda akan diaktifkan semula dalam masa 15 minit. Sila hidupkan semula peralatan unifi anda sekiranya ia tidak disambungkan.
Jika rebat anda diluluskan, ia akan dipaparkan dalam bil anda dalam tempoh 60 hari.
Ya, jika anda mempunyai baki kredit dengan TM, anda akan menerima bayaran balik dalam tempoh 90 hari selepas penamatan.
Anda boleh melihat pembayaran yang dibuat dalam tempoh 6 bulan terakhir melalui:
Aplikasi Mudah Alih Unifi atau Portal Selfcare Unifi:
1. Pilih tab “Bil Saya” di bahagian bawah skrin
2. Klik “Sejarah Pembayaran”
3. Skrol sejarah pembayaran anda dan klik “Lihat Resit”
Ya, ada. Jika anda menamatkan pelan Unifi Mobile dalam tempoh kontrak, anda akan dikenakan caj penalti penamatan awal bersamaan dengan yuran langganan penuh untuk baki bulan dalam kontrak tersebut.
Klik [di sini] untuk maklumat lanjut.
Membayar bil Unifi anda sangat mudah, klik [di sini] untuk ketahui lebih lanjut.
Anda boleh menyemaknya dengan dua cara.
UNIFI BUSINESS
Anda boleh merujuk langkah berikut untuk mengemas kini butiran perhubungan bil anda:
Melalui portal:
1. Log masuk di https://unifi.com.my
2. Pergi ke Profil Saya
3. Klik butang Edit pada bahagian Alamat Bil/Emel/No Perhubungan
Melalui aplikasi MyUnifi:
1. Log masuk ke aplikasi MyUnifi
2. Pergi ke tab Akaun dan lihat semua akaun anda
3. Pilih akaun yang ingin diubah dan pilih Lihat Akaun
4. Pergi ke Maklumat Akaun dan kemas kini seperti diperlukan
Alternatif:
Anda juga boleh menghubungi Pengurus Akaun yang ditugaskan kepada anda.
Terdapat beberapa cara untuk anda melihat bil sehingga 6 bulan:
1. Melalui alamat emel berdaftar
2. Aplikasi MyUnifi
3. Portal unifi.com.my (www.unifi.com.my)
4. Notifikasi melalui SMS
Alternatif:
Anda juga boleh menghubungi Pengurus Akaun yang ditugaskan kepada anda.
Di TM, sebagai sebahagian daripada usaha menyokong pemuliharaan alam sekitar, kami hanya menyediakan bil digital kepada pelanggan. Namun, jika anda memerlukan bil bercetak, anda boleh membuat permintaan melalui chat di maya.unifi.com.my atau dengan menghubungi talian 100. Caj sebanyak RM2/bulan akan dikenakan untuk permintaan ini.
Caj prorata merujuk kepada yuran atau kos yang dikira berdasarkan tempoh separa dan bukannya kitaran bil penuh. Caj ini dikenakan dari tarikh mula perkhidmatan anda hingga ke tarikh bil pertama.
Klik [di sini] untuk melihat bagaimana caj prorata dikira.
Membayar bil Unifi anda sangat mudah, klik [di sini] untuk ketahui lebih lanjut.
Anda perlu membayar jumlah tunggakan penuh supaya perkhidmatan anda dapat diaktifkan semula. Caj sebanyak RM10.00 akan dikenakan pada bil anda bagi setiap pengaktifan semula perkhidmatan.
Selepas bayaran penuh dibuat, perkhidmatan anda akan diaktifkan semula dalam masa 15 minit. Sila hidupkan semula peralatan unifi anda sekiranya ia tidak disambungkan.
Jika rebat anda diluluskan, ia akan dipaparkan dalam bil anda dalam tempoh 60 hari.
Ya, jika anda mempunyai baki kredit dengan TM, anda akan menerima bayaran balik dalam tempoh 90 hari selepas penamatan.
Anda boleh melihat pembayaran yang dibuat dalam tempoh 6 bulan terakhir melalui:
1. Aplikasi MyUnifi:
Pilih tab “Akaun” di bahagian bawah skrin
Pilih akaun yang ingin anda lihat
Skrol ke bawah & klik “Lihat Semua Transaksi”
Pilih tab “Pembayaran” di bahagian atas skrin
2. Portal Unifi:
Selepas log masuk, skrol ke bawah
Di bahagian “Bil Saya”, pilih akaun yang ingin dilihat pada menu tarik turun
Anda boleh melihat sejarah pembayaran di bawah “Resit Pembayaran”
Ya, ada. Jika anda menamatkan pakej Unifi Business dalam tempoh kontrak, anda akan dikenakan caj penalti penamatan awal bersamaan dengan yuran langganan penuh untuk baki bulan dalam kontrak tersebut.
Klik [di sini] untuk maklumat lanjut.
Panduan langkah demi langkah ini akan membantu anda memahami bil Unifi dengan lebih baik.
Klik [di sini] untuk maklumat lanjut.