THiJARI Login memudahkan pendeposit Tabung Haji mengurus akaun dan urusan haji secara dalam talian, cepat dan selamat. Anda boleh log masuk melalui https://www.thijari.com.my/ atau memuat turun aplikasi di Google Play Store untuk Android dan Apps Store untuk iOS.
Panduan ini akan menerangkan cara log masuk, ciri utama aplikasi, dan FAQ untuk membantu anda menggunakan THiJARI dengan mudah.
Apa itu THiJARI
THiJARI ialah sebuah rangkaian perkhidmatan digital rasmi yang diperkenalkan oleh Tabung Haji (TH) bagi memudahkan urusan para pendeposit.
Dilancarkan pada 5 Februari 2020, platform ini membolehkan pengguna mengakses pelbagai kemudahan secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter TH.
Melalui THiJARI, pendeposit boleh membuat semakan baki akaun, melihat sejarah transaksi, menguruskan maklumat peribadi, serta melakukan pelbagai urusan lain seperti pemindahan wang dan pendaftaran haji.
Kehadiran platform ini selaras dengan usaha TH untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memudahkan umat Islam di Malaysia menguruskan simpanan serta persediaan ibadah haji dengan lebih cepat, mudah dan selamat.
Servis yang Disediakan
Perkhidmatan dalam aplikasi mudah alih THiJARI adalah hampir sama dengan versi laman web, kecuali menu “Profil Saya”, “Akaun Kegemaran”, dan “Penerimaan Tawaran Haji”. Antara kemudahan yang disediakan ialah:
1. Urusan Simpanan & Pengeluaran
Pendeposit TH boleh:
- Menyemak ringkasan akaun, butiran, rekod transaksi, dan baki semasa.
- Memindahkan simpanan dari akaun TH ke akaun TH lain (termasuk akaun tanggungan atau pihak ketiga).
- Membuat pindahan dari akaun bank ke akaun TH melalui FPX.
- Mendaftar, mengurus, atau membatalkan Direct Debit menggunakan perkhidmatan eMandate Direct Debit.
- Mengemaskini profil, memuat turun dan mencetak penyata akaun, serta menetapkan akaun kegemaran.
- Membuat caruman potongan gaji bulanan kepada akaun sendiri atau ahli keluarga yang aktif.
- Melakukan pindahan wang dari Akaun TH ke akaun bank sendiri melalui Permohonan Pindahan e-Telegrafik.
2. Pembukaan Akaun Baru (VAO)
Bakal pendeposit boleh membuka akaun TH baharu untuk dewasa dan kanak-kanak dengan mudah.
3. Urusan Haji
Pendeposit TH boleh:
- Menyemak status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran.
- Mengakses surat tawaran Haji, menyemak status, dan memberi jawapan tawaran.
- Menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik.
- Melihat tarikh, lokasi, dan nota Kursus Asas Haji.
- Membuat rayuan Haji secara dalam talian melalui video panduan.
- Melakukan bayaran Dam & Qurban serta memberi sumbangan Sadaqah.
4. Penamaan / Pusaka / Hibah Amanah
Pendeposit boleh:
- Menyemak status Penamaan atau Hibah Amanah bagi akaun sendiri dan anak.
- Memohon tuntutan pengeluaran Hibah Amanah.
- Memohon pengeluaran Pusaka.
5. Kelab TaHa
- Mendapat nombor keahlian baharu melalui menu E-Kad Keahlian.
- Menyemak tawaran eksklusif ahli di menu Rakan Kelab TaHa.
6. e-Borang
- Mengisi Borang JP secara dalam talian bagi memudahkan urusan di kaunter TH.
- Antara borang yang tersedia:
- JP005 – Permohonan Pengeluaran Pusaka
- JP006 – Akuan Waris Pengeluaran Pusaka
- JP008 – Pertukaran Hak Penjagaan
- JP001 – Penutupan Akaun
- JP025 – Jaminan Ganti Rugi
- JP028 – Kebenaran Wakil Pendeposit Uzur Luar Premis
- JP037 – Persetujuan Penjaga Pertukaran Akaun Kanak-Kanak ke Dewasa
- Borang Penamaan & Borang Pengesahan Perhubungan Waris
Ciri-Ciri Menarik dalam Aplikasi THiJARI
1. Akses Mudah di Hujung Jari
THiJARI membolehkan pendeposit menguruskan akaun Tabung Haji di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa, tanpa perlu hadir ke kaunter. Segala urusan boleh dilakukan secara digital hanya melalui telefon pintar atau komputer.
2. Pengurusan Akaun Simpanan yang Lengkap
Pendeposit boleh menyemak baki akaun, melihat rekod transaksi, memuat turun penyata, membuat pindahan simpanan ke akaun TH lain, termasuk akaun tanggungan atau pihak ketiga. Terdapat juga kemudahan menambah simpanan melalui perkhidmatan FPX atau menetapkan potongan gaji bulanan.
3. Urusan Haji Secara Dalam Talian
Aplikasi ini membolehkan pengguna menyemak status pendaftaran Haji, memuat turun slip pendaftaran, menjawab tawaran Haji, melihat jadual penerbangan, serta mengakses maklumat Kursus Asas Haji. Pengguna juga boleh membuat rayuan Haji, membayar Dam & Qurban, serta memberi sumbangan Sadaqah secara terus.
4. Kemaskini Maklumat Peribadi
Pendeposit boleh mengemas kini maklumat seperti alamat, nombor telefon, maklumat pasangan, maklumat pekerjaan, dan lain-lain dengan mudah tanpa perlu hadir ke pejabat cawangan.
5. Urusan Penamaan, Pusaka & Hibah Amanah
Melalui THiJARI, pengguna dapat membuat semakan status penamaan, Hibah Amanah, atau Pusaka, serta menguruskan permohonan pengeluaran berkaitan dengan cepat dan teratur.
6. Kelab TaHa & Tawaran Eksklusif
Ahli Kelab TaHa boleh mendapatkan nombor keahlian baharu, mengakses e-Kad keahlian, dan melihat tawaran eksklusif yang disediakan khas untuk ahli.
7. Kemudahan e-Borang
Terdapat pelbagai borang digital (e-Borang) yang boleh diisi secara dalam talian, seperti borang penutupan akaun, permohonan pengeluaran pusaka, penamaan, dan banyak lagi. Ini membantu mempercepatkan urusan tanpa perlu mengisi borang manual di kaunter.
Cara Daftar Tabung Haji Online Di Portal THiJARI
Bagi melayakkan pendeposit mendaftar haji, mereka perlu:
- Mempunyai baki minimum dalam akaun TH sebanyak RM1,300.00.
- Tidak pernah menunaikan fardhu haji.
- Membawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter-kaunter TH.
Ikuti langkah berikut untuk daftar Haji online:
- Login ke akaun https://www.thijari.com.my/
- Pergi ke menu Perkhidmatan Haji (rujuk gambar di bawah)
- Klik Pendaftaran Haji
- Klik ikon Tambah Pemohon
- Isikan butiran anda dalam ruang yang disediakan dengan lengkap.
- Buat pengesahan maklumat yang didaftarkan.
- Anda akan mendapat notifikasi sekiranya pendaftaran berjaya.
- Tahun diperuntukkan untuk pergi menunaikan Haji akan dimaklumkan.

NOTA: Anda boleh membuat semakan status Haji atau membuat rayuan Haji setelah mendaftar Haji.

Cara Reset Kata Laluan Akaun THiJARI
- Buka aplikasi THiJARI Login dan tekan butang “Terlupa Butiran Log Masuk”.
- Lengkapkan butiran yang diminta iaitu nombor kad pengenalan, nombor akaun TH dan nombor telefon bimbit, kemudian tekan “Hantar”.
- Tekan “Mohon TAC”. Nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon yang berdaftar. Masukkan nombor TAC tersebut pada ruangan yang disediakan, kemudian tetapkan kata laluan baharu anda.

Cara Pastikan Akaun THiJARI Sentiasa Aktif
Berikut adalah cara untuk memastikan akaun THiJARI anda kekal aktif:
- Untuk memastikan akaun THiJARI anda kekal aktif, anda boleh bermula dengan THiJARI Login bagi membuat semakan atau menguruskan akaun secara dalam talian.
- Seterusnya, anda boleh mengemas kini maklumat peribadi seperti alamat, nombor telefon, maklumat pasangan, maklumat pekerjaan dan maklumat lain yang berkaitan supaya rekod anda sentiasa tepat dan terkini.
- Selain itu, anda juga boleh melakukan sebarang transaksi kewangan termasuk simpanan, pengeluaran, direct debit, potongan gaji dan lain-lain bagi mengelakkan akaun anda tidak aktif.
Akaun akan dianggap tidak aktif sekiranya tiada transaksi dilakukan melebihi tujuh tahun, jadi pastikan langkah-langkah ini diambil.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi TH Contact Centre di talian 03-6207 1919.

Muat Turun Aplikasi THiJARI
Anda boleh muat turun sekarang aplikasi THiJari ke dalam telefon bimbit sekarang melalui pautan ini:
- Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.thijari.app&hl=en
- Apps Store : https://apps.apple.com/my/app/tabung-haji/id1497670808
Cara Semak Dividen Tabung Haji Melalui THiJARI
Untuk menyemak dividen Tabung Haji (TH) melalui portal THiJARI, ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web THiJARI: Pergi ke www.thijari.com.my.
- Log masuk ke akaun: Masukkan ID pengguna dan kata laluan anda.
- Pilih akaun Tabung Haji: Setelah berjaya log masuk, pilih akaun simpanan TH yang ingin disemak.
- Semak jumlah dividen: Klik pada menu “Ringkasan Akaun” untuk melihat jumlah dividen yang telah dikreditkan. Untuk melihat agihan keuntungan, anda boleh melihat pada Sejarah Transaksi atau Penyata Akaun.
- Muat turun penyata tahunan: Jika perlu, anda boleh memuat turun penyata tahunan untuk melihat butiran lengkap agihan keuntungan.


Pertanyaan Lanjut
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut berkaitan THiJARI, sila kunjungi Pejabat Cawangan TH yang berdekatan atau hubungi:
Tabung Haji Contact Centre (THCC)
- Telefon : +603 – 6207 1919
- E-mel : [email protected]
Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)
Soalan Lazim
Pendaftaran tidak boleh dilakukan melalui aplikasi THiJARI. Untuk mendaftar, pendeposit boleh melayari www.thijari.com.my.
Pendeposit boleh membuat tetapan cap jari atau ‘face ID’ di menu ‘Tetapan’.
Aplikasi THiJARI mempunyai semua kemudahan seperti yang ditawarkan di laman sesawang THiJARI, kecuali kemudahan ‘Kegemaran’ dan ‘Profil Saya’.
Aplikasi THiJARI memberi kemudahan kepada pendeposit untuk mengakses THiJARI tanpa perlu melayari laman sesawang.
Penggunaan cap jari atau ‘Face ID’ bergantung kepada model telefon bimbit tertentu, yang mempunyai fungsi tersebut.
Sekiranya telefon bimbit anda mempunyai fungsi tersebut, anda boleh membuat penetapan di menu tetapan telefon bimbit serta di dalam aplikasi THiJARI.
1. Telefon bimbit bukan yang telah di-‘jailbreak’ atau di-‘root’
2 Capaian internet
3. Sistem Operasi telefon bimbit mestilah iOS 11.0 dan keatas atau versi Android 5.0 dan keatas
Catatan: Kami mengesyorkan agar anda sentiasa mengemas kini sistem operasi dan aplikasi telefon bimbit anda untuk pengalaman yang optimum.
Sekiranya telefon bimbit anda dicuri, tiada siapa yang dapat mengakses aplikasi tanpa ID pengguna dan kata laluan anda. Namun, untuk keselamatan, jangan simpan maklumat atau kata laluan akaun peribadi di dalam telefon bimbit anda. Selain itu, anda juga harus mempertimbangkan untuk menghubungi khidmat pelanggan telco anda untuk membekukan nombor telefon buat sementara waktu.
Ya, dengan syarat anda mempunyai akses ke Internet di telefon bimbit anda. Sila semak dengan perkhidmatan mudah alih anda untuk caj perayauan (roaming) yang dikenakan semasa di luar negara.
Aplikasi ini percuma untuk dimuat turun di ‘App Store’ yang berkenaan, seperti Play Store dan App Store
Salah satu sebab yang mungkin berlaku untuk sesetengah telefon, terutamanya telefon bimbit lama adalah kerana sistem operasi telefon yang lama atau saiz memori tidak mencukupi 25 MB.
Sila pastikan sistem operasi telefon bimbit anda adalah iOS 11.0 ke atas atau Android 5.0 ke atas dan juga memori telefon bimbit anda mencukupi.
Ya. Aplikasi THiJARI ini dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan:-
– Akses ke THiJARI dilindungi dengan prosedur yang selamat, iaitu dengan menggunakan gambar keselamatan untuk memastikan aplikasi tersebut disambungkan ke laman web rasmi THiJARI.
– Hanya satu (1) sesi log masuk sahaja yang dibenarkan bagi setiap akses THiJARI. – – — – Sekiranya terdapat akses kedua di peranti lain, sesi semasa akan diberhentikan.
Maklumat sulit akaun tidak akan disimpan pada telefon bimbit.
Kami akan sentiasa melakukan kemaskini dan penambahbaikan kawalan keselamatan teknologi sedia ada secara berterusan.