MyBayar Saman mybayar.rmp.gov.my merupakan platform digital rasmi yang diperkenalkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memudahkan orang ramai menyemak dan membayar saman trafik secara atas talian.
Melalui sistem ini, pengguna tidak lagi perlu hadir ke kaunter segala urusan boleh dilakukan dengan cepat, mudah dan selamat hanya melalui telefon pintar atau komputer
Panduan ini disediakan bagi membantu anda memahami cara mendaftar, menyemak serta membuat bayaran saman melalui portal MyBayar Saman dengan langkah-langkah yang mudah dan jelas
Apa itu MyBayar Saman
MyBayar Saman diperkenalkan bagi memudahkan orang ramai membuat bayaran saman trafik secara terus kepada PDRM secara dalam talian.
Pengguna hanya perlu mendaftar terlebih dahulu, kemudian boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti semakan saman dan pembayaran secara online.

Cara Pendaftaran MyBayar Saman
Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran online di aplikasi atau Portal MyBayar Saman.
- Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar
- Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.
- Klik butang SIGN UP AS NEW USER untuk proses Pendaftaran.
- Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.
- Log masuk setelah selesai mendaftar.
- Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
- Buat Pembayaran secara online melalui kaedah pembayaran yang dipilih







Cara Bayar Saman Melalui Aplikasi mybayar.rmp.gov.my
Untuk pembayaran saman melalui portal, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
- Klik butang ‘Daftar.’
- Isi maklumat peribadi dengan betul.
- Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
- Log masuk dengan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Butiran saman dipaparkan.
- Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
- Semak saman yang ingin dibayar.
- Pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
- Pembayaran selesai.
Muat Turun Aplikasi MyBayar Saman
Kini, anda boleh menyemak dan membayar saman trafik dengan lebih mudah melalui aplikasi mudah alih MyBayar Saman yang boleh dimuat turun terus ke telefon pintar anda.
Sama ada anda menggunakan Android atau iOS, hanya perlu muat turun aplikasi ini secara percuma di platform berikut:
- Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details….
- Apple App Store: https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
- HUAWEI AppGallery: https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi MyBayar Saman, sila layari laman Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.
Cawangan Pengurusan Saman
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8.00AM – 4.30PM (Kecuali Cuti & Cuti Umum)
Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan portal ini kerana pengguna boleh melakukan semakan dan bayaran saman secara atas-talian tanpa sebarang caj perkhidmatan, berbeza dengan beberapa penawaran lain.
Soalan Lazim
A. FAQ MyBayar Saman
Individu: rakyat Malaysia dan penduduk tetap Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Individu yang memenuhi syarat mesti mempunyai rekod atau transaksi dalam Sistem MyBayar.
Pengguna baru boleh mengakses butang daftar dan akan terus ke halaman pendaftaran pengguna untuk mengisi semua butiran yang diperlukan.
Penggunaan nombor kad pengenalan merupakan satu inisiatif ke arah menjalankan urusan dalam talian dengan jaminan pengesahan identiti dan keselamatan data pengguna.
Pengguna perlu tetapkan semula kata laluan dengan mengakses butang “lupa kata laluan?”.
Rekod saman dikemas kini sejurus pengguna membuat pembayaran. Resit akan dihantar melalui emel berdaftar dalam tempoh 48 jam.
Jika pembayaran dilakukan di portal MyBayar tidak berjaya, pengguna perlu membuat aduan dengan e-mel kepada [email protected].
Pengguna yang mendaftar dan melakukan pembayaran di portal MyBayar tidak akan dikenakan sebarang bayaran tambahan selain daripada saman kesalahan lalu lintas.
Jangan berkongsi kata laluan akaun anda dan pastikan log keluar akaun MyBayar anda setelah selesai membuat transaksi sebelum mengunjungi laman web lain.
Setelah pembayaran berjaya, anda dapat melihat pembayaran sebelumnya dalam sejarah pembayaran. Anda boleh menghasilkan dan mencetak resit. Resit akan diterima dalam emel yang berdaftar dalam tempoh 48 jam.
Tidak.
B. FAQ Umum
Pesalah perlu pergi ke cawangan trafik yang mengeluarkan saman dan seterusnya membuat aduan di bahagian trafik untuk penafian. Pesalah perlu memberi maklumat jenis kenderaan yang menggunakan no pendaftaran sama. Setelah aduan selesai, pesalah dinasihatkan memeriksa mana-mana cawangan trafik atau portal MyBayar sama ada saman telah dibatalkan.
Kesan daripada meninggalkan saman yang belum dijelaskan boleh mengakibatkan pesalah disenarai hitam dan dikeluarkan waran tangkap sehingga mengakibatkan pengguna tidak dibenarkan memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu. Pengguna hanya akan dikeluarkan dari senarai setelah menyelesaikan semua saman tertunggak.
C. FAQ – FPX
Ya, anda boleh menggunakan FPX sekiranya anda mempunyai akaun perbankan internet yang aktif dengan mana-mana bank yang menyertai FPX. Tiada pendaftaran diperlukan apabila menggunakan FPX.
Bagi akaun perbankan peribadi, had minimum bagi setiap transaksi adalah RM1.00 dan jumlah maksimum adalah terhad sehingga RM30,000 bagi setiap transaksi.
*Tertakluk had transaksi perbankan internet anda dan had transaksi yang ditetapkan oleh bank, yang mana lebih rendah.
Terdapat tiga kaedah semakan untuk memastikan transaksi bayaran berkenaan telah berjaya:
– Resit dalam talian yang disediakan oleh sistem FPX.
– Pemberitahuan secara e-mel yang dihantar oleh sistem FPX berdasarkan alamat e-mel semasa anda mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman.
– Resit dalam talian yang disediakan oleh bank pembayar.
Jika wang dari akaun anda ditolak tetapi transaksi berkenaan tidak berjaya kerana beberapa sebab maka wang anda akan dikreditkan kembali ke akaun bank pembayar oleh pihak bank berkenaan. Anda dinasihatkan menghubungi pihak bank pembayar untuk mendapatkan status bayaran balik dengan memberikan FPX Transaction ID atau Merchant Order No. sebagai rujukan. Sebagai pembuktian, anda juga boleh menyertakan tangkap layar bayaran di telefon mudah alih anda yang memaparkan FPX Transaction ID atau Merchant Order No. untuk memudahkan pihak bank.
Status transaksi FPX adalah muktamad dan pihak bank bertanggung jawab untuk mengemas kini pembayaran anda tepat pada masanya. Dalam isu ini, anda harus menghubungi PDRM melalui e-mel [email protected] untuk mengesahkan bayaran kompaun saman berkenaan. Anda boleh memberikan maklumat yang diperlukan seperti resit dalam talian yang dikeluarkan oleh FPX/ merchant atau pemberitahuan e-mel yang diterima daripada FPX yang mengandungi butiran berikut:
– FPX Transaction ID
– Merchant Order No.
– Jumlah pembayaran
– Tarikh dan masa pembayaran
Tidak boleh, transaksi FPX yang berjaya tidak mungkin boleh dibatalkan melalui sistem MyBayar Saman. Walau bagaimanapun, anda boleh memohon PDRM untuk pembatalan berkenaan, tertakluk kepada dasar PDRM.
Bagi tujuan pengesahan dan penjelasan lanjut bagi pertanyaan yang berkaitan dengan FPX, sila hubungi bank pembayar yang telah menyempurnakan bayaran kompaun saman anda.
Ya, transaksi bayaran kompaun saman melalui FPX dijamin selamat FPX menggunakan piawaian yang tinggi bagi pengesahan dan pensijilan untuk memastikan semua transaksi adalah selamat.
Perkhidmatan FPX adalah 24 jam setiap hari di semua bank yang menyertai FPX.
*Tertakluk pada ketersediaan perkhidmatan perbankan internet bank yang menyertai FPX.
Tidak, perkhidmatan FPX menyokong pembayaran oleh individu dan syarikat tertakluk kepada model yang disediakan oleh bank pembayar. Pembayaran yang dibuat oleh individu dikenali sebagai Model Business to Consumer (B2C), sementara pembayaran yang dilakukan oleh syarikat dikenal sebagai Model Business to Business (B2B).
Anda boleh menghantar pertanyaan berkenaan melalui alamat e-mel [email protected], Pusat Panggilan Setempat (Call Centre) 603-22663346/47 dan melalui surat dialamatkan kepada Pusat Panggilan Setempat, Cawangan Pengurusan Saman, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman 50560 Kuala Lumpur.
D. FAQ – Kad
Ya, anda boleh membayar saman dalam talian menggunakan kad debit, kad kredit dan kad prabayar (prepaid) yang sah.
Terdapat 3 (tiga) kaedah semakan untuk memastikan transaksi bayaran berkenaan telah Berjaya:
– Notifikasi transaksi dari bank pengeluar kad anda melalui khidmat pesanan ringkas, e-mel atau applikasi mobil.
– Resit pembayaran (dalam talian) dari portal / applikasi MyBayar Saman.
– Kod pengesahan transaksi dari portal bayaran kad.
Anda tidak perlu menghubungi pihak PDRM atau bank kerana maklumat bayaran akan dikemaskinikan secara automatik.
Anda boleh membayar menggunakan kad debit, kad kredit dan kad pra-bayar (prepaid) jenama Mastercard dan Visa.
Anda dinasihatkan supaya menghubungi bank pengeluar kad anda bagi menyemak status bayaran dan memaklumkan pada pihak bank untuk tindakan lanjut.
Anda dinasihatkan supaya menghubungi bank pengeluar kad anda bagi menyemak status kad/akaun anda. Beberapa kemungkinan transaksi gagal disempurnakan adalah:
– Baki dalam akaun simpanan/semasa yang dipautkan dengan kad debit atau baki had limit akaun kad kredit anda tidak mencukupi.
– Jumlah pembayaran anda melebihi had perbelanjaan harian yang ditetapkan pada kad anda.
– Fungsi penggunaan kad bagi tansaksi tanpa kad (kad tidak hadir / card not present) tidak diaktifkan.
Anda boleh menghubungi PDRM melalui e-mel [email protected] untuk mengesahkan bayaran kompaun saman berkenaan dengan memberikan maklumat yang diperlukan seperti resit yang dikeluarkan oleh portal/applikasi MyBayar Saman.
Sebarang permohonan pembatalan perlulah melalui pihak PDRM, tertakluk kepada terma dan syarat portal/applikasi MyBayar Saman.
Maklumat kad anda selamat digunakan melalui portal/applikasi MyBayar Saman 3-D Secure (3-domain secure) dan setiap transaksi yang dilakukan memerlukan pengesahan pembayaran dengan memasukkan One Time Password (OTP) yang dihantar kepada nombor telefon bimbit atau applikasi mobil yang anda daftarkan dengan bank pengeluar kad anda. Jika saya mempunyai masalah berkaitan pembayaran kompaun saman dengan PDRM, siapakah yang boleh saya hubungi? Sebarang pertanyaan boleh dihantar ke alamat e-mel [email protected] dan melalui surat ke alamat Pusat Panggilan Setempat, Cawangan Pengurusan Saman, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman 50560 Kuala Lumpur.
Sebarang pertanyaan boleh dihantar ke alamat e-mel [email protected] dan melalui surat ke alamat Pusat Panggilan Setempat, Cawangan Pengurusan Saman, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman 50560 Kuala Lumpur.