HRDF Login 2025 (etris.hrdcorp.gov.my) – Majikan & Pekerja

HRDF Login boleh dilakukan melalui portal rasmi e-TRiS di etris.hrdcorp.gov.my.

Portal ini disediakan oleh HRD Corp untuk memudahkan majikan berdaftar menguruskan levi, latihan, dan pembangunan pekerja secara dalam talian dengan lebih cepat dan selamat.

Apa itu HRDF

Human Resources Development Fund (HRDF), kini dikenali sebagai Human Resource Development Corporation (HRD Corp) atau Pembangunan Sumber Manusia Berhad, merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia (MOHR) Malaysia.

Ia ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 (PSMB Act 2001) dengan tujuan utama untuk membangunkan modal insan berkualiti yang mampu menyumbang kepada daya saing negara.

Peranan & Tanggungjawab Utama

1. Pengumpulan Levi & Pembiayaan Latihan
HRD Corp bertanggungjawab mengutip levi daripada majikan yang berdaftar, dan dana ini digunakan untuk membiayai program latihan serta pembangunan kemahiran bagi pekerja di Malaysia.

2. Pembangunan Tenaga Kerja Malaysia
Selain latihan, HRD Corp telah memperluas misinya merangkumi:

  • Penempatan pekerjaan & latihan industri
  • Perkhidmatan bimbingan kerjaya dan kaunseling
  • Penyediaan peluang penjanaan pendapatan untuk rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang dan kemahiran

3. Kerjasama & Sokongan Strategik
HRD Corp juga berperanan sebagai pemangkin pembangunan tenaga kerja tempatan dengan menggalakkan penglibatan majikan dalam program pendidikan dan latihan melalui bantuan kewangan, rundingan, kerjasama strategik serta khidmat nasihat.

Cara Daftar HRFD

Untuk mendaftar sebagai majikan di bawah HRD Corp, anda perlu melalui proses pendaftaran rasmi yang ditetapkan. Berikut langkah-langkahnya:

HRDF Login
  1. Layari laman web rasmi HRD Corp di https://hrdcorp.gov.my/
  2. Isi Borang Pendaftaran Majikan (Form 1) secara dalam talian.
  3. Sediakan dan muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti:
  4. Permohonan anda akan disemak oleh pegawai HRD Corp.
  5. Setelah diluluskan, maklumat ID log masuk & kata laluan sementara untuk portal e-TRiS akan dihantar ke emel berdaftar anda.
  6. Gunakan ID tersebut untuk mengakses portal e-TRiS dan seterusnya mula menguruskan levi, latihan serta program pembangunan pekerja.

Cara untuk HRFD Login

Untuk mengakses perkhidmatan dalam talian HRD Corp, anda perlu menggunakan portal e-TRiS. Berikut adalah langkah HRDF Login:

HRDF Login
  1. Buka pelayar internet anda dan pergi ke laman web rasmi HRD Corp di https://hrdcorp.gov.my/
  2. Klik butang HRDF LOGIN di bahagian atas kanan halaman utama.
  3. Anda akan diarahkan ke portal e-TRiS. Sebagai alternatif, boleh terus ke pautan https://etris.hrdcorp.gov.my/DigiGov/login.jsp
  4. Masukkan Username/MyCoID dan kata laluan yang diberikan semasa pendaftaran.
  5. Untuk pengguna kali pertama, semak emel berdaftar anda kerana HRD Corp akan menghantar ID & kata laluan sementara. Tukar kata laluan ini selepas log masuk pertama untuk keselamatan akaun.
  6. Jika diminta, pastikan popup blocker dimatikan pada pelayar anda.
  7. Klik butang LOGIN untuk masuk ke akaun HRD Corp anda.
  8. Jika kata laluan salah atau terlupa, klik pautan “Forgot your password?” dan ikuti arahan yang diberikan untuk menetapkan semula kata laluan.

Muat Turun Aplikasi MyHRDCORP

Selain HRDF Login menerusi portal e-TRiS, HRD Corp juga menyediakan aplikasi mudah alih khusus untuk memudahkan akses pengguna.

Muat turun aplikasi mudah alih MyHRDCORP hari ini melalui Google Play Store atau Apple App Store untuk akses pantas kepada semua perkhidmatan HRD Corp di hujung jari anda.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas, anda boleh hubungi di ibu pejabat HRD Corp atau pejabat cawangan yang berdekatan berikut:

1. Ibu Pejabat

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD
Wisma HRD Corp, Jalan Beringin
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur

Hotline Number : 1300-88-4800
Outside Malaysia / Overseas : +603 -2082 6400
Fax : (+6) 03 – 2096 4999

2. Cawangan Johor

Level 19, Tower B, Menara IIB,
Persiaran Medini Sentral 1,
Bandar Medini Iskandar,
79250 Iskandar Puteri,
Johor Darul Ta’zim, Malaysia

3. Cawangan Melaka

Lot 4-04, Wisma UTC
Jalan Tan Chay Yan
Off Jalan Hang Tuah
75300 Melaka

(FAX) 06-282 1536

4. Cawangan Pulau Pinang

Tingkat 2, Wisma PERKESO
Lebuh Tenggiri 2
Bandar Seberang Jaya
13700 Pulau Pinang

(FAX) 04-398 7350

5. Cawangan Perak

Level 19, Perak Techno Trade Centre
Jalan Jelapang
Bandar Meru Raya
30020 Ipoh Perak

(FAX) 05-526 3127

6. Cawangan East Coast

Tingkat 1 Pejabat PERKESO
Negeri Pahang
Wisma PERKESO
Jalan Mat Kilau
25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur

(FAX) 09-5130362

7. Cawangan Sabah

A-G-15, Block A,
Sutera Avenue,
88100 Kota Kinabalu Sabah.

(FAX) 088-252 114

8. Cawangan Sarawak

Wisma PERKESO
Level 4, Lot 436, Section 54, No. 52
Travilion Commercial Centre Padungan
93100 Kuching, Sarawak MALAYSIA

(FAX) 082–254795

Soalan Lazim

MAJIKAN

1. Apakah ciri-ciri yang boleh dinikmati oleh majikan berdaftar?

MyHRDCORP membolehkan anda melihat penyata levi, geran dan status tuntutan.

2. Bagaimanakah cara untuk menyiarkan pembukaan kerja?

Ketik ‘Employment’ -> ‘Post Job’.

3. Bagaimanakah cara untuk melihat senarai pemohon?

Ketik ‘Employment’ -> ‘Applications’.

4. Bagaimanakah saya menerima dan menolak pemohon?

Ketik ‘Applications’ -> ‘Applied Status’ -> ‘Accept’ atau ‘Reject’.

5. Bagaimanakah saya menjadualkan temu duga?

Untuk menjadualkan temu duga dengan calon, ketik ‘Applications’ -> ‘Applied Status’ -> ‘Accept’ atau ‘Reject’

PENYEDIA LATIHAN

1. Bagaimanakah cara untuk melihat senarai inisiatif?

Ketik sahaja ‘Upskilling’ dan senarai inisiatif akan dipaparkan pada papan pemuka.

2. Bagaimanakah cara untuk menyenaraikan latihan/kursus ingin ditawarkan di MyHRDCorp?

Ciri ini tidak tersedia pada masa ini. Bagaimanapun anda boleh melihat status cadangan latihan/kursus sedia ada.

3. Bagaimanakah cara saya melihat statistik/papan pemuka e-TRiS saya?

Anda boleh berbuat demikian dengan hanya mengetik butang ‘e-TRiS’.

4. Bagaimanakah saya melihat peserta yang telah mendaftar untuk kursus/latihan saya?

Ketik ‘Upskilling’ -> ‘Courses’ -> ‘Applications’.

5. Bagaimanakah cara untuk melihat senarai lokasi yang tersedia di e-Venue?

Ketik ‘e-Venue’ icon -> ‘Venues Near Me’ atau ‘Locations’.

6. Bagaimanakah cara untuk melihat peserta yang telah menghadiri kursus/latihan saya?

Ketik ‘Upskilling’ -> ‘Courses’ -> ‘Applications’ -> ‘Completed’ -> ‘Check Out’ -> ‘Course details’.

INDIVIDU

1. Apakah MyHRDCORP?

MyHRDCORP ialah aplikasi super app yang berfungsi sebagai pusat sehenti bagi semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi ini kepada semua rakyat Malaysia.

2. Bagaimana untuk mendapatkan MyHRDCORP?

Cari dan muat turun aplikasi MyHRDCORP super app di App Store atau Google Play Store anda.

3. Adakah peranti saya menyokong MyHRDCORP?

MyHRDCORP disokong pada iOS 10.0 dan ke atas serta Android 6.0 dan ke atas.

4. Apakah ciri yang ada pada MyHRDCORP untuk individu?

Dengan MyHRDCORP, anda kini boleh mengakses semua program latihan yang tersedia serta mencari dan memohon peluang pekerjaan.

5. Adakah saya perlu membeli MyHRDCORP?

Tidak. Anda boleh memuat turun MyHRDCORP secara percuma

6. Saya mempunyai beberapa akaun. Bolehkah saya mengakses kesemuanya daripada MyHRDCORP?

Ya. Selepas log masuk, anda akan diminta untuk memilih akaun yang anda ingin lihat

7. Adakah MyHRDCORP selamat?

Ya. Semua maklumat kritikal disulitkan dan tiada maklumat peribadi disimpan pada peranti anda