iGFMAS: Sistem Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan

iGFMAS (1 Government Financial Management Accounting System) atau sistem bersepadu Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan merupakan sebuah sistem kewangan dan perakaunan yang telah dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JAN) di bawah Kementerian Kewangan.

iGFMAS terdiri daripada 15 modul yang melaksanakan fungsi utama bagi merekod, memproses, memperakaun dan melaporkan semua urusniaga berkaitan pembayaran, terimaan, pengurusan gaji, pengurusan wang tak dituntut, pengurusan pinjaman, perakaunan aset, pengurusan tunai (cash management) dan pengurusan dana (fund management).

Seterusnya menghasilkan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan berasaskan tunai ubah suai dan akruan.

Sehingga pada 15 Julai 2020, pembangunan iGFMAS telah mencapai 100% dan sistem ini telah memperolehi persijilan Information Security Management System (ISMS), MS ISO/IEC 27001:2013 pada 24 Jun 2020.

iGFMAS telah go live mulai pada 1 Januari 2018 dan digunapakai oleh 27 Kementerian, 55 Pegawai Pengawal, 6,643 Pusat Tanggungjawab serta 80,000 pengguna di seluruh Malaysia.

Objektif

Objektif pembangunan iGFMAS adalah bagi menghasilkan penyata kewangan tunai ubah suai dan akruan serta laporan secara real time melalui sistem di peringkat kerajaan persekutuan dan kementerian.

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM773.27 juta untuk kos keseluruhan sistem ini dan perakaunan akruan.

Pelaksanaan sistem ini bagi menggantikan 3 sistem sedia ada iaitu GFMAS, eSPKB dan eTerimaan.

Sehingga kini, iGFMAS telah beroperasi dengan baik dan berintegrasi dengan 98 agensi termasuk ePerolehan, eBantuan, bank, agensi potongan gaji, agensi pukal, agensi kutipan dan lain–lain.

Sistem ini dalam proses untuk berintegrasi dengan HRMIS dalam masa terdekat.

Baca lagi: eMaklum ANM: Pendaftaran, Semakan Notifikasi & Carian Dokumen Pembayaran (Tracking)

Ciri-ciri sistem iGFMAS

Sistem ini dibangunkan dengan ciri-ciri berikut:

  1. Berpusat (Centralised): Sistem berpusat di ibu pejabat menggunakan satu pangkalan data dan satu pusat data.
  2. Bersepadu (Integrated): Sistem bersepadu – fungsi pejabat perakaunan (GFMAS) dan pusat tanggungjawab (eSPKB & eTerimaan)
  3. Dinaiktaraf (Upgraded): Peningkatan GFMAS sedia ada di tambah baik kepada versi SAP ECC6
  4. Harmoni (Harmonised): Bercirikan perakaunan tunai dan akruan

Proses pembangunan sistem

Sistem ini telah melalui pelbagai proses dan peringkat bagi memastikan sistem yang dibina dan dibangunkan ini mencapai objektifnya.

  1. Mesyarat dasar & pelaksanaan: Mesyauarat dasar dan pelaksanaan perakaunan akruan bagi pembentukan Chart of Account
  2. Kick off: Kick off pembangunnan iGFMAS telah diadakakn
  3. Blue print: Perbincangan dengan Sistem Integrator (SI) unntuk Blueprint iGFMAS pada Mei hingga Oktober 2013
  4. Bengkel perakaunan terimaan: Melibatkan Kementerian terpilih dijadual pada 26
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!