Semakan eKasih – Status Kelayakan, Syarat & Pendaftaran

Sistem eKasih (https://ekasih2.icu.gov.my/) ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. 

Secara ringkas, bantuan eKasih adalah khusus untuk mereka yang tergolong dalam kategori miskin tegar.

Untuk mengetahui syarat kelayakan permohonan eKasih, cara memohon bantuan ekasih dan info-info berkaitan eKasih, teruskan membaca dan tonton podcast di bawah.

Apa itu eKasih

eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima. 

Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh:

  1. Membuat semakan status kemiskinan secara online
  2. Menyelaraskan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

Siapa Layak Mohon eKasih?

KIR merupakan ahli isi rumah yang bertanggungjawab terhadap ahli isi rumah di kediaman. KIR berpendapatan yang kurang daripada “Pendapatan Garis Kemiskinan” (PGK) semasa adalah layak untuk memohon eKasih.

Pendaftaran eKasih boleh dibuat secara online atau di Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah. Semakan status SARA STR pula boleh dibuat melalui Portal MyKasih atau aplikasi MyKasih.

Cara Semak Kelayakan eKasih 2026

Permohonan eKasih sentiasa dibuka kepada isi rumah yang berpendapatan tidak melebihi RM2,705, selaras dengan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa bagi memastikan bantuan disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Anda boleh membuat semakan di portal e-Kasih untuk melihat status terkini, sama ada anda termasuk dalam kategori miskin atau tidak dengan:

  1. Masukkan Nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan.
  2. Pastikan anda masukkan Nombor Kad Pengenalan yang betul tanpa (‘-‘).
  3. Masukkan Kaptcha yang betul.
  4. Klik pada butang “Klik Untuk Carian”.
eKasih

Contoh Semakan Status Kelayakan eKasih

CONTOH 1: LAYAK TERIMA BANTUAN

eKasih

CONTOH 2: TIDAK LAYAK TERIMA BANTUAN

eKasih

Panduan Pendaftaran eKasih 2026

Permohonan eKasih sentiasa dibuka kepada isi rumah yang berpendapatan tidak melebihi RM2,705, selaras dengan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa bagi memastikan bantuan disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Individu / orang awam boleh mendaftar eKasih melalui 2 CARA PENDAFTARAN berikut:

  1. Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah berdekatan
  2. Mendaftar permohonan melalui pemimpin tempatan – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

    Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

    1. PPN Perlis : 04-9731976
    2. PPN Kedah : 04-7209236
    3. PPN P.Pinang : 04-2185700
    4. PPN Perak : 05-2497400
    5. PPN Selangor : 03-55213600
    6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
    8. PPN Melaka : 06-3333333
    9. PPN Johor : 07-2234777
    10. PPN Pahang : 09-5178208
    11. PPN Terengganu : 09-6272000
    12. PPN Kelantan : 09-7455000
    13. PPN Sarawak : 082-446582
    14. PPN Sabah : 088-484800
    No telefon dan No faks pejabat PPN

    *Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.

    Maklumat yang Diperlukan

    Untuk memohon eKasih, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu:

    1. Butiran KIR dan AIR
    2. Lokasi
    3. Kediaman
    4. Pendidikan
    5. Kemahiran dan pekerjaan
    6. Harta
    7. Kesihatan
    8. Bantuan
    9. Pendapatan

    *Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

    Proses Permohonan eKasih

    Berikut ialah aliran proses pendaftaran eKasih: (rujuk gambar rajah)

    Cara Semak Status eKasih 2026

    Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut : https://ekasih2.icu.gov.my/

    Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut berkaitan eKasih 2025, layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri melalui pautan https://www.icu.gov.my/

    Anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di atas atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.

    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800

    Atau, anda juga boleh melalui perkhidmatan MyGCC iaitu Panggilan Suara, SMS, E-mel, Facebook, Twitter, Instagram dan Aplikasi Chatbot yang boleh diringkaskan seperti berikut:

    Aplikasi Chatbot SITI@MyGCC (Sharing Information Through Innovation) merupakan sistem pengkomputeran soal jawab (Q&A) pintar yang dibangunkan secara Artificial Intelligence (AI) memberikan informasi dihujung jari.

    Waktu Operasi Perkhidmatan MyGCC

    • Saluran Panggilan : 7.30 pagi – 9.00 malam, 7 hari/minggu
    • Saluran Bukan Panggilan : 24 jam, 7 hari/minggu

    Soalan Lazim

    1. Apakah eKasih?

    eKasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh Kementerian/Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.

    2. Adakah eKasih itu satu program bantuan Kerajaan?

    eKasih bukanlah program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

    3. Bilakah eKasih diwujudkan?

    eKasih dibangunkan secara in-house oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bermula pada Jun 2008 sistem ini telah digunakan sepenuhnya.

    4. Apakah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang digunakan?

    Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap dua (2) tahun sekali.

    5. Apakah yang dimaksudkan dengan PGK per kapita sesebuah isi rumah?

    Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan bulanan semua ahli isi rumah dalam sesuatu tempat kediaman dan dibahagikan dengan bilangan ahli isi rumah tersebut.

    6. Siapakah yang boleh mendaftar dalam eKasih?

    Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa
    boleh mendaftar.

    7. Bagaimana individu boleh mendaftar dalam eKasih?

    Individu/orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau
    Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui telefon, surat atau e-mel rasmi atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)

    8. Apakah maklumat yang direkodkan dalam Sistem eKasih?

    Sembilan (9) komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu butiran KIR dan AIR, lokasi, kediaman, pendidikan, kemahiran dan pekerjaan, harta, kesihatan, bantuan dan pendapatan.

    9. Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR)?

    KIR adalah daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal

    10. Apakah yang dimaksudkan dengan Ahli Isi Rumah (AIR)?

    AIR ialah mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempat
    kediaman di mana mereka tinggal.

    11. Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya telah didaftarkan dalam Sistem eKasih?

    Anda boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

    12. Sekiranya nama telah didaftarkan dalam eKasih, bolehkah sebarang bantuan dapat disalurkan dan bila bantuan akan diberikan?

    Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada
    keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing. Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

    13. Bolehkah saya mendaftar saudara/rakan saya yang miskin/miskin tegar ke dalam Sistem eKasih?

    Boleh sekiranya saudara/rakan anda berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.