CIMB OCTO ialah aplikasi perbankan mudah alih baharu dari CIMB (https://www.cimbclicks.com.my/) yang lebih moden, mudah dan selamat.
Untuk anda yang pertama kali mahu guna, proses login kali pertama sangat ringkas. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi CIMB OCTO melalui pautan rasmi sama ada di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery.
Apa itu CIMB OCTO
CIMB OCTO ialah aplikasi mudah alih perbankan generasi baharu yang dibangunkan oleh CIMB Bank untuk memberikan pengalaman perbankan yang lebih mudah, laju dan mesra pengguna.
Rekaannya lebih ringkas, navigasi lebih senang, dan ada ciri pintar baharu untuk memudahkan urusan harian.
Walaupun CIMB OCTO dianggap sebagai naik taraf kepada CIMB Clicks, aplikasi CIMB Clicks yang telah ditamatkan perkhidmatannya pada 19 April 2025.
Baca juga: MAE Login (2025) – Panduan Maybank Online eWallet
Ciri-Ciri Menarik CIMB OCTO
1. Rekaan Moden & Mesra Pengguna
Antaramuka aplikasi lebih ringkas, kemas dan mudah digunakan, sesuai untuk semua peringkat umur.
2. Navigasi Intuitif
Menu dan fungsi lebih teratur supaya pengguna boleh akses perkhidmatan perbankan dengan cepat tanpa perlu tercari-cari.
3. Personalisasi Tinggi
Pengalaman penggunaan lebih peribadi dengan paparan akaun, cadangan, dan notifikasi yang disesuaikan mengikut keperluan pengguna.
4. Alat Perbankan Pintar
Dilengkapi dengan ciri baharu untuk memudahkan pengurusan kewangan harian seperti pemantauan perbelanjaan, pembayaran bil, dan pengurusan akaun.
5. Keselamatan Dipertingkat
Log masuk dan transaksi dilindungi dengan SecureWord serta SecureTAC, menjadikan akses lebih selamat.
6. Kemudahan Transaksi
Pengguna boleh membuat pemindahan wang, pembayaran bil, tambah nilai prabayar, dan pelbagai urusan lain dengan lebih pantas.
7. Sokongan Pelanggan & Notifikasi Segera
Notifikasi masa nyata (real-time) untuk setiap transaksi dan akses mudah kepada sokongan pelanggan.
Cara CIMB OCTO Login
Untuk mula menggunakan aplikasi perbankan mudah alih ini, anda perlu log masuk terlebih dahulu.
Proses log masuk CIMB OCTO sangat mudah dan hanya mengambil masa beberapa minit. Ikuti langkah berikut untuk akses akaun anda:
- Muat turun aplikasi CIMB OCTO melalui Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery.
- Setelah dipasang, buka aplikasi tersebut di telefon anda.
- Pada skrin log masuk, masukkan User ID dan kata laluan CIMB Clicks. Jika belum ada akaun, daftar terlebih dahulu di laman web CIMB Clicks atau melalui aplikasi.
- Semak SecureWord yang dipaparkan dan pastikan ia betul sebelum meneruskan.
- Untuk pengesahan, gunakan SecureTAC – kod akan dihantar terus ke aplikasi CIMB OCTO pada telefon anda.
- Masukkan kod SecureTAC di ruangan yang disediakan dan klik “Submit”.
- Setelah berjaya, anda boleh akses akaun CIMB dan menggunakan semua perkhidmatan dalam aplikasi OCTO.
Pertanyaan Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan lanjut mengenai penggunaan aplikasi CIMB OCTO, anda boleh menghubungi pihak CIMB melalui saluran berikut:
- Pusat Panggilan Pengguna – Beroperasi 24 jam sehari [+603 6204 7788]
- Pusat Panggilan Preferred – Untuk pelanggan Preferred, juga beroperasi 24 jam sehari.
- Tempatan: [1300 885 300]
- Luar Negara: [+603 2295 6888]
- Pusat Panggilan Kad Kredit Premier – Beroperasi 24 jam sehari.
Selain itu, anda juga boleh berhubung dengan CIMB secara digital dengan berkongsi maklum balas melalui saluran digital yang disediakan, menghantar mesej, menggunakan mesej bersekuriti, atau menghantar e-mel kepada pihak CIMB di [email protected].
Sekiranya ingin menulis secara rasmi, anda boleh menghantar surat ke alamat berikut:
CIMB Bank Berhad / CIMB Islamic Bank Berhad
Unit Resolusi Pelanggan (CRU)
P.O. Box 10338
GPO Kuala Lumpur
50710 Wilayah Persekutuan
Muat Turun Aplikasi

Untuk menikmati semua ciri dan kemudahan CIMB OCTO, anda perlu memuat turun aplikasinya terlebih dahulu pada peranti mudah alih anda.
Aplikasi ini tersedia di pelbagai platform rasmi berikut:
- Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cimb.cimbocto&hl=en
- Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/cimb-octo-my/id1591184221
- HUAWEI AppGallery : https://appgallery.huawei.com/app/C104983031
Soalan Lazim
Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengaktifkan dan membuat PIN Kad Debit 6-digit anda:
Langkah 1: Lancarkan dan log masuk ke Aplikasi CIMB OCTO. Sekiranya anda tidak mempunyai aplikasi tersebut, sila muat turun melalui Google Play Store/Apple App Store/HUAWEI AppGallery.
Langkah 2: Bagi pengguna baharu CIMB, sebaik sahaja anda log masuk ke Aplikasi CIMB OCTO, anda akan menerima paparan pengaktifan kad debit baharu anda
Bagi pengguna sedia ada CIMB, anda akan menemui menu ‘Pending Card Activation’ pada halaman utama skrin atau pergi ke ‘More’ > ‘Services’ > tekan pada ‘Manage Card’
Langkah 3: Masukkan nombor Kad Debit Octo 16-digit anda
Langkah 4: Masukkan PIN Kad Debit 6-digit anda
Langkah 5: Masukkan sekali lagi PIN Kad Debit 6-digit anda
Langkah 6: Bagi pengguna baharu CIMB, sila buat pemintaan untuk TAC dan masukkan TAC yang dihantar ke nombor telefon anda melalui SMS. Bagi pengguna sedia ada CIMB, kelulusan SecureTAC diperlukan untuk meneruskan proses pengaktifan
Sila ikut langkah berikut:
1. Tekan ikon Imbas QR di palang navigasi di bawah skrin
2. Tekan ‘Aktifkan’
3. Tetapkan akaun untuk pembayaran dan penerimaan
4. Tekan ‘Seterusnya’
5. Tetapkan Had Pembayaran QR
6. Tekan ‘Seterusnya’
7. Luluskan pengaktifan dengan menggunakan SecureTAC
8. Beri kebenaran akses kepada fungsi kamera untuk pengalaman yang lancar
Anda perlu mempunyai akaun Simpanan atau akaun Semasa yang aktif untuk menetapkan akaun penerimaan
Untuk membayar bil menggunakan aplikasi CIMB OCTO, ikuti langkah-langkah ini:
a. Log masuk Aplikasi CIMB OCTO
b. Pilih “Bill Payment” daripada “Quick Menu” atau pergi ke halaman “More > “Transfer” dan pilih “Bill Payment”
c. Ikuti arahan pada skrin untuk melengkapkan pembayaran.
Untuk menyahaktifkan bayaran pantas atau mengemaskini had ‘Quick Payment’:
1. Tekan ‘More’ > ’Settings’ > ’Quick Payment’
2. Masukkan kata laluan
3. Anda boleh mengurus had ‘Quick Payment’ dengan menekan butang ‘+’ atau ‘-‘, atau menyahaktifkan ‘Quick Payment’ dengan menetapkan had kepada ‘0’
4. Tekan butang ‘Approve’ dan masukkan TAC untuk mengemaskini tetapan anda.
Beberapa ciri yang tersedia adalah seperti:
– Semakan akaun
– Pindahan kepada CIMB/DuitNow/IBG (sendiri dan pihak ketiga)
– JomPAY
– Tambah Nilai Prabayar Mudah Alih
– Pengaktifan Notifikasi
– Pengaktifan Pembayaran Pantas
– Ringkasan Akaun termasuk Pelaburan Emas (GIA / eGIA) dan Unit Amanah
– Simpan Penerima Kegemaran / Penerima JomPAY / Tambah Nilai nombor mudah alih
– Melihat tarikh luput dan CVV kad kredit
– Melihat Akaun Singapura anda
– Pengaktifan SecureTAC untuk digunakan dalam Aplikasi CIMB OCTO
– DuitNow QR
Untuk menggunakan Aplikasi CIMB OCTO, peranti mudah alih anda perlulah sekurang-kurangnya menggunakan sistem operasi:
– iPhone: iOS 15 dan ke atas
– Peranti Android: Android 10 dan ke atas
Ya, anda boleh. Sila ikut langkah berikut:
1. Login > ‘More’ > ‘Settings’ > ‘Biometric’
2. Masukkan kata laluan anda
3. Tekan butang “Activate” untuk mengaktifkan.
Sebelum mengaktifkan log masuk biometrik, sila pastikan FaceID, TouchID/Fingerprint telah dibolehkan di bawah tetapan peranti anda.
Bagi tujuan keselamatan, anda hanya boleh menggunakan Aplikasi CIMB OCTO pada satu peranti pada bila-bila masa. Sekiranya anda memuat turun aplikasi ini pada peranti lain, anda akan dilog keluar secara automatik daripada peranti mudah alih berdaftar sedia ada apabila anda log masuk ke peranti yang baru.
Jika ini kali pertama anda menggunakan Pembayaran QR di Aplikasi CIMB OCTO,tetapan satu-kali adalah diperlukan untuk:
– Anda menetapkan akaun Pembayaran dan akaun Penerimaan
– Menetapkan had transaksi untuk Bayaran Harian kepada Pedagang dan Imbas & Bayar (Rujuk soalan ini).
Sekiranya anda telah mengaktifkan Pembayaran QR di aplikasi CIMB OCTO, anda boleh:
1. Tekan ikon Imbas QR di palang navigasi pada bawah skrin
2. Sahkan dengan menggunakan biometrik atau Kod Laluan
3. Imbas kod QR
4. Masukkan jumlah yang ingin dibayar
5. Luluskan transaksi anda dengan menggunakan SecureTAC
Sila hubungi Pusat Panggilan Pengguna CIMB untuk bantuan melalui nombor telefon yang tertera di belakang kad anda atau layari laman web kami di bawah “Contact Us“