MAE Login (2025) – Panduan Maybank Online eWallet

MAE Login membolehkan anda mengakses akaun Maybank2u dengan mudah melalui aplikasi MAE, di mana anda boleh membuat bayaran, memindahkan wang, menyemak baki, serta menikmati pelbagai ciri gaya hidup dan promosi eksklusif, semuanya dalam satu platform yang selamat dan pantas.

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di pautan berikut: Google Play Store, Apple App Store, dan Huawei AppGallery.

Apa itu MAE

MAE ialah aplikasi perbankan digital yang dibangunkan oleh Maybank Malaysia. Platform ini menggabungkan kemudahan perbankan tradisional dengan pelbagai fungsi gaya hidup moden.

Melalui MAE, pengguna boleh mengurus baki akaun, membuat pemindahan wang, serta membayar bil dengan mudah.

Aplikasi ini turut menyediakan ciri seperti penjejakan perbelanjaan, simpanan mengikut matlamat (Tabung), dan pembahagian bil bersama rakan atau ahli keluarga.

Ia boleh digunakan oleh pelanggan Maybank mahupun bukan pelanggan Maybank, menjadikannya mesra dan mudah diakses oleh semua.

Dari segi keselamatan, MAE dilengkapi teknologi seperti Secure2u, log masuk menggunakan biometrik, dan notifikasi transaksi segera bagi melindungi maklumat serta urus niaga pengguna daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Sebagai e-dompet keluaran Maybank, MAE berfungsi seperti Touch ‘n Go eWallet, Boost, dan lain-lain.

Menjelang tahun 2025, aplikasi ini telah dimuat turun lebih daripada 5 juta kali dengan penarafan 3.8 bintang di Google Play Store, membuktikan tahap populariti dan kebolehpercayaannya.

Ciri-Ciri Menarik MAE Maybank

Antara ciri-ciri utama yang ditawarkan termasuk:

1. Akaun MAE
Anda boleh membuka akaun MAE walaupun bukan pelanggan Maybank untuk mengakses semua fungsi MAE dan Maybank2u. Jika bercadang untuk memiliki akaun Maybank penuh, anda hanya perlu melengkapkan beberapa butiran dan menunjukkan kad pengenalan di cawangan Maybank.

2. Kad Debit MAE
Selepas mendaftar e-wallet MAE, anda akan mendapat kad maya secara serta-merta untuk digunakan bagi pembelian dalam talian dan mudah alih. Kad debit fizikal juga tersedia untuk pembayaran di kedai fizikal dan pengeluaran tunai di ATM.

3. Tabung
Ciri simpanan mengikut sasaran yang boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan (sehingga 5 orang). Anda juga boleh meningkatkan jumlah simpanan dengan menyalurkan cashback terus ke tabung anda.

4. Maybank Home2u
Memudahkan anda mengurus pembiayaan rumah secara terus melalui aplikasi MAE.

5. Expenses
Mengurus dan mengkategorikan perbelanjaan anda secara automatik supaya anda dapat memantau aliran kewangan dan mengelakkan kebocoran perbelanjaan.

6. Sama-Sama Lokal
Menyokong perniagaan tempatan dengan membuat pesanan melalui platform Sama-Sama Lokal dan membuat bayaran menggunakan MAE.

7. Scan & Pay
Membuat pembayaran mudah alih dengan cepat menggunakan kod QR terus dari aplikasi MAE.

8. Shopping dan Promosi
Nikmati pelbagai tawaran cashback, promosi, dan hadiah setiap kali anda berbelanja menggunakan akaun MAE.

Perlindungan Aplikasi MAE

Tahukah anda, ciri Malware Shielding pada aplikasi MAE sentiasa aktif bagi melindungi akaun anda daripada ancaman perisian hasad dan tetapan yang tidak selamat?

Langkah keselamatan yang dipertingkatkan ini menggambarkan komitmen berterusan kami untuk memastikan pengalaman perbankan dalam talian anda sentiasa selamat dan terjamin.

Sebelum anda guna aplikasi MAE, sila pastikan:

  • Anda TIDAK memberi kebenaran akses untuk sesetengah aplikasi
  • Anda TIDAK mengaktifkan mod pembangun
  • Anda TIDAK memasang atau menggunakan aplikasi berbahaya atau tidak rasmi
  • Anda TIDAK berkongsi skrin dan menggunakan aplikasi perbankan anda pada masa yang sama

Apa Beza Maybank2u dan MAE?

Maybank2u ialah perkhidmatan perbankan dalam talian yang disediakan oleh Maybank. Dalam versi lama aplikasi Maybank, terdapat pilihan untuk mengakses akaun MAE.

Kini, aplikasi MAE dibangunkan secara khusus bagi menyediakan semua fungsi yang sebelum ini hanya ditawarkan kepada pengguna MAE melalui Maybank2u lama, dan kini ia boleh digunakan oleh semua orang.

Anda masih boleh mengekalkan penggunaan aplikasi Maybank2u lama, namun Maybank mengesyorkan agar memuat turun aplikasi MAE supaya anda tidak terlepas pelbagai ciri baharu serta kelebihan yang ditawarkan oleh MAE Maybank.

Cara Daftar Akaun & MAE Login

  1. Pada laman utama, tekan MAE Log In Now untuk mula daftar masuk ke akaun Maybank2u anda.
  2. Pilih Existing M2U/MAE user? Log in here.
  3. Masukkan nama pengguna Maybank2u anda, kemudian tekan Continue.
  4. Sahkan gambar dan frasa keselamatan yang dipaparkan dengan menekan Yes, It’s Mine.
  5. Masukkan kata laluan Maybank2u, kemudian tekan Continue.
  6. Cipta PIN keselamatan 6 digit untuk akaun anda.
  7. Masukkan semula PIN keselamatan 6 digit tersebut untuk pengesahan.
  8. Pilih Enable Now jika ingin mengaktifkan sekuriti biometrik untuk log masuk ke aplikasi.
  9. Pastikan nombor telefon yang tertera betul, kemudian tekan Yes, Proceed.
  10. Masukkan nombor OTP yang diterima di ruangan yang disediakan.
  11. Tetapkan nama panggilan atau singkatan untuk kegunaan dalam aplikasi MAE.
  12. Pilih akaun utama daripada senarai yang diberikan untuk transaksi seperti pembayaran QR.
  13. Jika tiada referral code, tekan Skip.
  14. Selesai — akaun Maybank2u anda kini berjaya log masuk ke aplikasi MAE.

Cara Reset Kata Laluan MAE

  1. Buka aplikasi MAE login dan tekan ikon tetapan di bahagian atas kiri skrin.
  2. Pilih menu ‘Maybank2u’ pada paparan tetapan.
  3. Tekan ‘Forgot Password’ pada skrin log masuk Maybank2u.
  4. Pilih kaedah untuk menetapkan semula kata laluan dan masukkan butiran anda seperti nombor MyKad/Passport, nombor telefon berdaftar, dan alamat e-mel berdaftar.
  5. Sahkan nama pengguna anda dan tekan ‘Reset Password’.
  6. Masukkan kata laluan baharu mengikut syarat yang ditetapkan (panjang, huruf besar/kecil, nombor, dan aksara khas).
  7. Lakukan pengesahan OTP yang dihantar ke nombor telefon berdaftar anda.
  8. Tekan ‘Done’ untuk mengesahkan proses penetapan semula kata laluan berjaya.

@ecentral.my

Replying to @ibdrahim25 Akaun MAE Maybank anda kena lock sebab salah masuk password 3 kali? Ini cara reset password MAE Maybank online. #maybank #maybank2u #maemaybank #maemaybank2u #resetpassword #resetpasswordmaybank #forgotpassword #lupapassword

♬ original sound – eCentral – eCentral

Cara Tukar Akaun Utama Pada Aplikasi MAE

  1. Buka aplikasi MAE login dan tekan butang ‘View All Accounts’ pada paparan utama.
  2. Pilih akaun yang mempunyai ikon dompet di sebelahnya.
  3. Tekan ikon tiga titik di bahagian atas kanan skrin.
  4. Pilih menu ‘Change Primary Account’.
  5. Tandakan akaun utama pilihan anda dan tekan ‘Confirm’.
  6. Paparan akan menunjukkan mesej bahawa akaun anda telah berjaya dikemas kini.
  7. Akaun utama baharu akan dipaparkan di skrin utama dan boleh terus digunakan.
MAE login
MAE login

Cara Semak Baki / Pindah Akaun ASNB di MAE

Berikut adalah cara untuk menyemak baki akaun ASNB melalui MAE:

  1. Buka aplikasi MAE login dan pilih ‘Maybank2u’ pada menu utama.
  2. Log masuk menggunakan PIN 6 digit anda atau melalui pengesahan biometrik.
  3. Pilih tab ‘Wealth’ pada paparan akaun.
  4. Tekan ‘ASNB Accounts’ untuk melihat baki akaun ASNB anda.
MAE login
MAE login

Berikut adalah cara untuk memindah akaun ASNB sendiri di MAE:

  1. Buka aplikasi MAE login dan pilih menu ‘Transfer’ daripada pilihan Quick Actions.
  2. Log masuk ke akaun Maybank2u anda.
  3. Pilih tab ‘ASNB’.
  4. Pilih akaun anda di bawah pilihan ‘Favourites’.
  5. Masukkan jumlah (amount) yang ingin dipindahkan dan lengkapkan proses pemindahan.
MAE login

Cara Tukar Akaun Dalam Satu Peranti

  1. Buka aplikasi MAE login dan tekan ikon ‘Settings’.
  2. Tekan butang ‘Switch’.
  3. Pilih ‘Link M2U access’ untuk menambah akses akaun baru.
  4. Ikuti arahan di skrin, tekan ‘Done’, dan akaun baharu anda akan berjaya dipautkan.

Perkara Penting Untuk Diketahui

  • Anda boleh pautkan maksimum 5 akses akaun dalam aplikasi MAE:
    • 1 akaun individu + sehingga 4 akaun perniagaan, atau
    • 5 akaun perniagaan.
  • Secure2u mesti diaktifkan untuk setiap akses melalui ATM (tempoh aktivasi minimum 12 jam).

Tip

  • Daftar Secure2u untuk semua akses serentak bagi mengurangkan masa menunggu.
  • Jangan nyahpautkan akaun atau nyahpasang aplikasi MAE semasa tempoh aktivasi, kerana ia akan memulakan semula tempoh 12 jam tersebut.

Cara Keluarkan Duit Guna MAE

@ecentral.my

Keluarkan duit guna ATM cash out di MAE Maybank je. Tak perlu guna kad. Scan QR code dan settle! #cashout #maeapps #maybank2u #atm #moneywithdraw #mae #realmeซูมให้ได้ซีน

♬ bounce i just wanna dance – фрози & joyful

Cara Download Statement Maybank Guna MAE

@ecentral.my

Replying to @zakiahazie Guna app MAE pun dah boleh download statement bulanan tau. Ini kami share cara dapatkan statement Maybank secara online. #maybank #maybank2u #maebymaybank2u #maeapp #bankstatement #penyatabank #maybanktiktok #maybankmalaysia

♬ original sound – eCentral – eCentral
MAE login
MAE login
MAE login
MAE login
MAE login
MAE login
MAE login
MAE login

Cara Bayar Bill Melalui MAE

  1. Buka aplikasi MAE login dan tekan pilihan ‘Pay Bills’ pada bahagian Quick Actions.
  2. Log masuk ke akaun anda dengan memasukkan kata laluan M2U atau kaedah log masuk lain yang tersedia.
  3. Ikuti arahan di skrin untuk melengkapkan pembayaran bil anda. Pilih jenis bayaran seperti Pay Bills, JomPAY atau Zakat, kemudian sahkan transaksi.
MAE login

Muat Turun Aplikasi MAE Maybank2u

Anda boleh muat turun sekarang aplikasi MAE Maybank2u ke dalam telefon bimbit sekarang melalui pautan ini:

Pertanyaan Lanjut

Jika anda menghadapi masalah dengan aplikasi seperti gagal log masuk atau ralat transaksi, anda boleh menggunakan panduan penyelesaian masalah yang disediakan dalam aplikasi untuk membetulkan isu biasa.

Untuk masalah yang lebih rumit, pasukan khidmat pelanggan Maybank tersedia 24/7 untuk membantu anda.

1. Pertanyaan Perbankan

Talian Khidmat Pelanggan:
1 300 88 6688 (Malaysia)
+603-7844 3696 (Luar Negara)

E-mel: [email protected]

2. Lapor Penipuan/Penyelewengan

Talian Hotline Penipuan Maybank (24 jam sehari):
+603 5891 4744

Talian Pusat Respons Scam Kebangsaan (8.00 pagi – 8.00 malam setiap hari):
997

Buat laporan polis dalam masa 24 jam dan hantar kepada kami melalui e-mel:
[email protected]

3. Maklum Balas atau Penyelesaian Aduan

Klik di sini untuk langkah mudah menyelesaikan maklum balas atau aduan anda melalui pelbagai saluran penyaluran/pembetulan.

4. Buat Temu Janji

Klik di sini untuk membuat temu janji di cawangan terdekat bagi perkhidmatan seperti pembukaan akaun baharu, kad debit, khidmat nasihat jualan dan lain-lain.

Soalan Lazim

1. Siapa yang boleh membuka MAE?

Kelayakan untuk membuka MAE adalah seperti berikut:

– Berumur 12 tahun ke atas
– Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
– Pelanggan baharu atau sedia ada bank
– Tersedia dari jam 6.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

2. Apakah perbezaan antara MAE dan akaun lain?

MAE ialah e-Wallet yang dikeluarkan oleh Maybank dan pengurus bertauliahnya, Maybank Islamic, berasaskan kontrak Syariah Wakalah (agensi), yang membolehkan pelanggan membuka akaun e-Wallet Maybank secara serta-merta.

MAE yang didaftarkan mulai 20 Mac 2020 akan diuruskan oleh Maybank Islamic, manakala MAE yang didaftarkan sebelum 20 Mac 2020 akan terus diuruskan oleh Maybank. Bagi MAE di bawah Maybank, anda mempunyai pilihan untuk mengalih pengurusannya kepada Maybank Islamic melalui MAE Profile anda.

3. Apa yang pelanggan akan dapat apabila memohon MAE?

Untuk pelanggan baharu bank:

– Kad Maya (Virtual Card)
– Nombor Wallet MAE
– Akses Maybank2u

Untuk pelanggan sedia ada bank:
– Nombor akaun baharu yang dihubungkan dengan akses Maybank2u sedia ada

4. Apakah kelebihan memilih MAE berbanding produk deposit lain Maybank?

Kelebihan memilih MAE berbanding produk deposit lain Maybank:

Kemudahan permohonan – Pelanggan boleh memohon melalui Aplikasi Mudah Alih Maybank pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Ciri gaya hidup baharu yang kini hanya ditawarkan melalui MAE seperti pembelian tiket penerbangan, permintaan wang (Request Money), pembahagian bil (Split Bill), dan penghantaran wang (Send Money).

5. Apa lagi yang saya boleh lakukan dengan MAE?

MAE membolehkan anda untuk:

– Membuat pembayaran menggunakan QRPay
– Membayar bil dan membuat tambah nilai prabayar
– Memindahkan wang ke akaun sendiri atau akaun bank lain
– Mengakses ribuan pengebil (billers) Maybank2u
– Membeli tiket penerbangan melalui satu aplikasi
– Membahagi bil (Split Bills) atau meminta wang (Request Money) daripada/dengan rakan dan keluarga

6. Bagaimana cara untuk menambah nilai MAE saya?

Cara menambah nilai MAE:

FPX – Untuk pelanggan baharu bank atau pelanggan tanpa akaun simpanan/semasa Maybank (CASA sahaja). Minimum tambah nilai RM10.
Kad Debit – Untuk pelanggan baharu bank atau pelanggan tanpa akaun CASA Maybank. Minimum tambah nilai RM10.
CDM (Cash Deposit Machine)
Pemindahan intrabank dari Maybank2u atau ATM
Pemindahan antara bank dari bank lain

7. Bolehkah saya menutup dompet MAE saya?

Ya, anda boleh menutup akaun di mana-mana cawangan Maybank.

8. Adakah terdapat sebarang caj untuk menggunakan MAE?

Tidak, perkhidmatan ini adalah percuma.

9. Apakah mata wang yang boleh saya gunakan pada MAE?

MAE hanya menggunakan mata wang Ringgit Malaysia.

10. Saya adalah pengguna M2U sedia ada. Bolehkah saya memohon MAE?

Ya, boleh. Namun, anda tidak akan menerima kad maya kerana dompet MAE anda akan dihubungkan dengan akaun sedia ada anda.