Cara Cek Saman Guna No Plat (2025) – MyJPJ, PDRM & SMS

Cara cek saman guna No Plat kini semakin mudah dengan pelbagai platform digital yang disediakan oleh pihak berkuasa seperti MyJPJ, MyBayar Saman PDRM (https://mybayar.rmp.gov.my) & SSO PDRM (http://sso.rmp.gov.my/)

Melalui sistem ini, pemilik kenderaan boleh menyemak status saman hanya dengan memasukkan nombor plat kenderaan, tanpa perlu hadir ke kaunter atau menunggu notis sampai ke rumah.

Kaedah ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah membantu anda mengesan saman lebih awal supaya dapat membuat pembayaran tepat pada masanya, mengelakkan caj tambahan, dan memanfaatkan diskaun yang ditawarkan.

Artikel ini akan membimbing anda langkah demi langkah cara semak saman secara online menggunakan ketiga-tiga platform ini untuk tahun 2025.

Apa itu Saman JPJ & PDRM

Di Malaysia, pemandu kenderaan bermotor tertakluk kepada undang-undang dan pertauran jalan raya yang dikuatkuasakan oleh dua pihak utama, iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kedua-dua agensi ini mempunyai kuasa untuk mengeluarkan saman terhadap individu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan, sama ada melibatkan aspek teknikal kenderaan, dokumen, perlesenan, atau keselamatan dan disiplin pemanduan di jalan raya.

1. Saman JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)

Saman JPJ ialah notis kesalahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia kepada pemandu atau pemilik kenderaan yang melanggar undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan peraturan berkaitan.

Antara kesalahan yang sering dikenakan saman JPJ termasuk:

  • Tidak memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu.
  • Mengubahsuai kenderaan tanpa kelulusan.
  • Menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi.
  • Kesalahan teknikal seperti lampu atau brek tidak berfungsi.

Saman JPJ biasanya boleh diselesaikan melalui pembayaran dalam tempoh tertentu, dan ada sesetengah kes memerlukan hadir ke mahkamah jika kesalahan serius.

2. Saman PDRM (Polis Diraja Malaysia)

Saman PDRM pula dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia, khususnya Unit Trafik, untuk kesalahan jalan raya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau undang-undang lain berkaitan keselamatan lalu lintas.

Contoh kesalahan saman PDRM termasuk:

  • Memandu melebihi had laju.
  • Tidak mematuhi lampu isyarat.
  • Menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
  • Parkir di tempat yang dilarang

Saman PDRM juga boleh dikeluarkan secara manual (oleh anggota trafik) atau melalui kamera AES/ALERT.

Perbezaan Utama JPJ & PDRM

PerkaraSaman JPJSaman PDRM
Fokus UtamaAspek teknikal kenderaan, dokumen, dan peraturan pengangkutan jalanKeselamatan, disiplin pemanduan, dan kesalahan trafik
Contoh Kesalahan– Tidak memperbaharui cukai jalan / lesen memandu
– Nombor plat tidak ikut spesifikasi
– Ubahsuai kenderaan tanpa kelulusan
– Lampu / brek rosak
– Memandu melebihi had laju
– Tidak patuhi lampu isyarat
– Menggunakan telefon ketika memandu
– Parkir di tempat larangan
Kaedah PengeluaranPemeriksaan fizikal kenderaan, operasi jalan raya, sekatan jalan JPJRondaan trafik, operasi polis, kamera AES/ALERT
Bidang KuasaMelibatkan peraturan kenderaan dan lesen memanduMelibatkan keselamatan lalu lintas dan undang-undang trafik
Tindakan LanjutBayaran saman atau hadir ke mahkamah (jika kesalahan serius)Bayaran saman, pengurangan saman semasa promosi, atau hadir ke mahkamah
@ecentral.my

Tak payah beratur panjang kat balai nak bayar saman. Ini 3 cara check saman online. Saman JPJ dan AES pun boleh check tau! #bayarsaman #samanpolis #samanjpj #mybayarsaman #mysikap #myeg

♬ original sound – eCentral – eCentral

Cara Cek Saman Guna No Plat di Portal MyBayar Saman

Cara-cara membuat semakan saman di Portal MyBayar PDRM adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal MyBayar PDRM : https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
  3. Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.Log masuk setelah selesai mendaftar.
  4. Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
  5. Buat Pembayaran secara online.

Cara Cek Saman Guna No Plat Melalui Aplikasi MyJPJ

cara cek saman guna no plat
  1. Muat turun aplikasi MyJPJ di Google Play Store, Apple App Store, atau Huawei AppGallery.
  2. Log masuk ke akaun atau daftar akaun baru.
  3. Pilih senarai “Saman Yang Dimiliki” untuk melihat saman yang didaftarkan atas nama anda.
  4. Klik ‘Checkbox’ pada saman yang ingin dibayar.
  5. Semak jumlah saman yang dipilih. Klik butang “Bayar Saman”.
  6. Selesai bayaran.

    Cara Cek Saman Guna No Plat Melalui SSO PDRM

    cara cek saman guna no plat

    Portal Sistem Semakan Online (SSO) yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertujuan untuk memudahkan pengguna dalam menyemak status perkhidmatan polis, termasuk Status Laporan Polis dan Status Saman Trafik.

    Untuk menggunakan Portal SSO, sila layari: http://sso.rmp.gov.my/.

    Pengguna baharu perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Setelah itu, log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.

    Untuk menyemak saman, klik pada ikon ‘Status Saman’ dan masukkan Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan anda.

    Check Saman No Plate Guna SMS

    A. Check Saman PDRM

    POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan] ke 15888 atau 32728.

    B. Check Saman JPJ

    JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan] ke 15888.

    Cara Dapatkan Diskaun Saman Polis

    Kebiasaannya, pihak PDRM akan mengadakan diskaun atau promosi bagi menggalakkan orang awam menjelaskan bayaran saman.

    Untuk mendapatkan maklumat ini, kita perlu peka dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak mereka.

    Untuk mendapatkan update terkini tentang diskaun saman polis, anda boleh follow Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police).

    Mengapa Penting untuk Semak Saman?

    1. Elak Kena Tindakan Undang-Undang
    Saman yang dibiarkan terlalu lama tanpa dibayar boleh menyebabkan tindakan lebih tegas diambil, termasuk waran tangkap, sekatan pembaharuan cukai jalan, atau lesen memandu digantung. Dengan membuat semakan secara berkala, anda boleh membayar saman sebelum tarikh akhir dan mengelakkan masalah ini.

    2. Manfaatkan Diskaun atau Pengurangan Saman
    PDRM dan JPJ sering mengadakan promosi pengurangan saman pada tarikh atau musim tertentu. Jika anda menyemak saman secara berkala, anda berpeluang membayar dengan harga lebih rendah.

    3. Kesedaran Terhadap Rekod Memandu
    Semakan berkala membantu anda mengetahui sama ada anda kerap melakukan kesalahan lalu lintas. Ini dapat menjadi peringatan untuk memandu dengan lebih berhemah dan menjaga rekod pemanduan yang bersih.

    4. Elak Bayaran Tertunggak Bertambah
    Ada sesetengah saman yang dikenakan caj tambahan jika lewat dibayar. Dengan memeriksa status saman, anda boleh melunaskan bayaran sebelum jumlahnya meningkat.

    5. Kesalahan Mungkin Tidak Disedari
    Kadangkala, saman dikeluarkan melalui kamera AES atau operasi tanpa henti (speed trap) dan pemandu tidak menyedari mereka telah melakukan kesalahan. Semakan berkala memastikan anda mengetahui kesalahan tersebut lebih awal.

    6. Memudahkan Urusan Pembaharuan Lesen & Cukai Jalan
    Jika ada saman tertunggak, pembaharuan lesen memandu atau cukai jalan mungkin disekat. Dengan menyemak lebih awal, anda boleh menyelesaikan bayaran sebelum membuat pembaharuan dokumen.

    Tips untuk Elak Saman Trafik

    1. Patuh Had Laju
    Sentiasa peka dengan papan tanda had laju di kawasan tertentu. Elakkan memandu terlalu laju terutamanya di kawasan AES atau berdekatan lampu isyarat.

      2. Patuhi Lampu Isyarat
      Jangan cuba “redah” lampu merah walaupun jalan nampak kosong. Kamera automatik atau polis trafik boleh mengesan kesalahan ini dengan mudah.

      3. Gunakan Tali Pinggang Keledar & Topi Keledar
      Pastikan tali pinggang keledar dipakai dengan betul untuk semua penumpang. Penunggang motosikal pula wajib memakai topi keledar yang diluluskan SIRIM.

      4. Jangan Guna Telefon Bimbit Semasa Memandu
      Menggunakan telefon tanpa alat bebas tangan ketika memandu adalah kesalahan yang boleh dikenakan saman tinggi.

      5. Pastikan Cukai Jalan & Lesen Memandu Sah
      Semak tarikh luput cukai jalan dan lesen memandu. Perbaharui lebih awal bagi mengelakkan risiko disaman JPJ.

      6. Jangan Parkir di Kawasan Larangan
      Periksa papan tanda sebelum parkir. Elakkan meletakkan kenderaan di laluan kecemasan, di hadapan hydrant, atau kawasan yang menghalang lalu lintas.

      7. Pastikan Kenderaan Dalam Keadaan Baik
      Periksa lampu, brek, signal, dan tayar secara berkala. Kerosakan teknikal boleh menjadi punca saman, terutamanya oleh JPJ.

      8. Ikut Lorong Kecemasan & Garisan Jalan
      Jangan memotong di lorong kecemasan kecuali dalam keadaan darurat. Sentiasa ikut tanda jalan bagi mengelakkan dikesan kamera atau polis trafik.

      9. Hormat Pegawai Penguat Kuasa
      Jika ditahan dalam sekatan jalan raya, beri kerjasama sepenuhnya. Tingkah laku yang kasar atau melawan boleh menyebabkan tindakan undang-undang lain diambil.

      10. Rancang Perjalanan
      Elakkan terburu-buru kerana lewat sampai. Pemanduan tenang dan mengikut peraturan bukan sahaja selamat, tetapi juga bebas saman.

      Soalan Lazim

      1. Apakah yang perlu dilakukan jika rekod saman kesalahan lalu lintas dengan nombor pendaftaran kenderaan sama tetapi bukan kenderaan milik saya?

      Pesalah perlu pergi ke cawangan trafik yang mengeluarkan saman dan seterusnya membuat aduan di bahagian trafik untuk penafian. Pesalah perlu memberi maklumat jenis kenderaan yang menggunakan no pendaftaran sama. Setelah aduan selesai, pesalah dinasihatkan memeriksa mana-mana cawangan trafik atau portal MyBayar sama ada saman telah dibatalkan.

      2. Apakah kesan sekiranya membiarkan saman tertunggak?

      Kesan daripada meninggalkan saman yang belum dijelaskan boleh mengakibatkan pesalah disenarai hitam dan dikeluarkan waran tangkap sehingga mengakibatkan pengguna tidak dibenarkan memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu. Pengguna hanya akan dikeluarkan dari senarai setelah menyelesaikan semua saman tertunggak.

      3. Bolehkah saya membayar menggunakan FPX?

      Ya, anda boleh menggunakan FPX sekiranya anda mempunyai akaun perbankan internet yang aktif dengan mana-mana bank yang menyertai FPX. Tiada pendaftaran diperlukan apabila menggunakan FPX.

      4. Berapakah had minimum dan maksimum transaksi bagi menggunakan FPX?

      Bagi akaun perbankan peribadi, had minimum bagi setiap transaksi adalah RM1.00 dan jumlah maksimum adalah terhad sehingga RM30,000 bagi setiap transaksi.

      *Tertakluk had transaksi perbankan internet anda dan had transaksi yang ditetapkan oleh bank, yang mana lebih rendah.

      5. Saya telah membuat pembayaran menggunakan FPX, bagaimanakah saya boleh memastikan bahawa transaksi bayaran berkenaan berjaya?

      Terdapat tiga kaedah semakan untuk memastikan transaksi bayaran berkenaan telah berjaya:

      – Resit dalam talian yang disediakan oleh sistem FPX.
      – Pemberitahuan secara e-mel yang dihantar oleh sistem FPX berdasarkan alamat e-mel semasa anda mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman.
      – Resit dalam talian yang disediakan oleh bank pembayar.

      6. Bolehkan saya membayar saman menggunakan kad secara atas talian?

      Ya, anda boleh membayar saman dalam talian menggunakan kad debit, kad kredit dan kad prabayar (prepaid) yang sah.

      7. Bagaimanakah saya boleh memastikan bahawa transaksi bayaran berkenaan berjaya?

      Terdapat 3 (tiga) kaedah semakan untuk memastikan transaksi bayaran berkenaan telah Berjaya:

      – Notifikasi transaksi dari bank pengeluar kad anda melalui khidmat pesanan ringkas, e-mel atau applikasi mobil.
      – Resit pembayaran (dalam talian) dari portal / applikasi MyBayar Saman.
      – Kod pengesahan transaksi dari portal bayaran kad.

      8. Mengapa saya masih gagal membuat pembayaran walaupun telah mencuba beberapa kali?

      Anda dinasihatkan supaya menghubungi bank pengeluar kad anda bagi menyemak status kad/akaun anda. Beberapa kemungkinan transaksi gagal disempurnakan adalah:

      – Baki dalam akaun simpanan/semasa yang dipautkan dengan kad debit atau baki had limit akaun kad kredit anda tidak mencukupi.
      – Jumlah pembayaran anda melebihi had perbelanjaan harian yang ditetapkan pada kad anda.
      – Fungsi penggunaan kad bagi tansaksi tanpa kad (kad tidak hadir / card not present) tidak diaktifkan.

      9. Apa yang patut saya lakukan sekiranya pihak PDRM memaklumkan masih belum menerima pembayaran kompaun saman walaupun status transaksi berjaya?

      Anda boleh menghubungi PDRM melalui e-mel [email protected] untuk mengesahkan bayaran kompaun saman berkenaan dengan memberikan maklumat yang diperlukan seperti resit yang dikeluarkan oleh portal/applikasi MyBayar Saman.

      10. Jika saya mempunyai masalah berkaitan pembayaran kompaun saman dengan PDRM, siapakah yang boleh saya hubungi?

      Sebarang pertanyaan boleh dihantar ke alamat e-mel [email protected] dan melalui surat ke alamat Pusat Panggilan Setempat, Cawangan Pengurusan Saman, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman 50560 Kuala Lumpur.