Login Budi Madani RON95 – Status & Baki Kuota Subsidi Petrol

Kerajaan melalui Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa semakan kelayakan bagi inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) boleh dibuat mulai Khamis ini (25 September) melalui portal rasmi budimadani.gov.my atau terus ke https://www.budi95.gov.my/. Login BUDI MADANI RON95 untuk semakan status dan kuota baki bulanan anda.

Apa itu Budi Madani RON95

BUDI MADANI RON95 (BUDI95) ialah inisiatif kerajaan di bawah kerangka program BUDI MADANI yang bertujuan menyalurkan subsidi petrol RON95 secara lebih tersasar kepada rakyat Malaysia yang layak.

Program ini dilaksanakan bagi memastikan bantuan subsidi kerajaan benar-benar memberi manfaat kepada golongan sasaran, sekaligus mengurangkan pembaziran dan salah guna.

Melalui BUDI95, rakyat Malaysia masih dapat menikmati harga petrol RON95 pada kadar subsidi RM1.99 seliter, dengan had kuota 300 liter sebulan.

Untuk bukan warganegara, harga petrol RON95 ditetapkan pada RM2.60 seliter bermula 30 September 2025.

@ecentral.my

Start 30 September 2025, ada 3 cara beli minyak petrol RON95 dengan harga subsidi RM1.99 anda kena tahu 🚗: 1. Tunai: Bagi IC kepada cashier di kaunter 2. Cashless/Kad: Verify IC di terminal pam minyak 3. Pembayaran digital: Guna app TNG, Setel & CaltexGO Yang takde lesen atau lesen mati, hadap lah bayar RM2.60/liter 😅 #budi95 #subsidipetrolron95 #ron95rm199 #mykad

♬ original sound – eCentral – eCentral

Cara Membuat Semakan Kelayakan

Semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui beberapa saluran rasmi:

  • Portal rasmi: www.budimadani.gov.my
  • Pusat Khidmat Pelanggan BUDI95
  • Aplikasi mudah alih: Setel dan CaltexGO

Pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan untuk mengetahui kelayakan subsidi yang diperoleh. Pengguna tidak perlu membuat pendaftaran baharu kerana semakan dilakukan secara automatik berdasarkan data kad pengenalan.

Had Subsidi & Paparan Harian

Portal ini akan kekal digunakan, dan mulai 30 September, setiap penggunaan subsidi akan dipaparkan secara harian, termasuk baki kelayakan bulanan. Had subsidi yang ditetapkan ialah 300 liter sebulan. Jika penggunaan melebihi kuota, harga pasaran semasa akan dikenakan.

Mulai tarikh sama, harga petrol RON95 kekal pada RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia, tanpa mengira pendapatan. Manakala bagi bukan warganegara, harga ditetapkan pada RM2.60 seliter.

semakan subsidi petrol ron95 budi95

Proses Pembelian di Stesen Minyak

Di stesen minyak, pengguna hanya perlu:

  1. Memasukkan MyKad pada pembaca di pam atau kaunter.
  2. Membuat pengesahan kelayakan.
  3. Membayar menggunakan tunai, kad debit/kredit, atau e-dompet.

Selepas selesai mengisi petrol, resit akan memaparkan:

  1. Harga transaksi pada kadar pam.
  2. Jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan.
  3. Nilai sebenar yang dibayar pengguna (RM1.99 seliter).
Sumber: Saifuddin Nasution, Menteri Dalam Negeri

Soalan Lazim Budi Madani RON95

Apakah syarat kelayakan untuk BUDI MADANI RON95?

Syarat kelayakan ditentukan oleh Kementerian Kewangan (MOF). Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan, sila layari laman web MOF di https://www.budimadani.gov.my/ (mula beroperasi pada 25 September 2025).

Bagaimana saya tahu jika saya layak untuk BUDI MADANI RON95?

Sila layari laman web rasmi untuk semakan status di https://www.budimadani.gov.my/ mulai 25 September. Laman web ini juga memaparkan baki kuota yang diberikan kepada setiap pemegang MyKad iaitu 300L sebulan.

Betul ke boleh isi minyak petrol RON95 bersubsidi sekali sehari je?

Tidak, Kementerian Kewangan telah mengesahkan bahawa tiada sekatan untuk isi minyak RON95 melebihi sekali dalam sehari.
Rujuk kenyataan rasmi berikut:

Bagaimana saya boleh melihat baki kuota kelayakan bulanan saya?

Anda boleh melihat baki kelayakan bulanan dengan menekan ikon BUDI95 di halaman utama https://www.budimadani.gov.my/. Semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi Setel, TNG, CaltexGo dan lain-lain. (Baki kelayakan akan dipaparkan mulai 30 September).

Bolehkah saya membeli petrol bersubsidi dengan Setel di stesen minyak selain PETRONAS?

Tidak. Setel hanya boleh digunakan di stesen PETRONAS sahaja.

Bagaimana nak login untuk semakan Budi Madani RON95?

Login ke laman web rasmi untuk semakan kelayakan dan kuota Budi Madani setiap bulan di https://www.budimadani.gov.my/.

Berapa liter boleh beli RON95 dengan harga RM1.99 / liter sebulan?

Setiap pemegang MyKad boleh beli 300L sebulan. Pemandu e-hailing boleh mohon kuota tambahan.

Perlu bawa lesen memandu juga ke untuk beli petrol RON95?

Lesen memandu tak perlu bawa, tapi pastikan lesen tak tamat tempoh. Pemegang lesen memandu tamat tempoh tiga tahun tidak layak menerima subsidi RON95 di bawah program BUDI95

Lesen memandu tamat tempoh tak layak dapat subsidi petrol RON95 BUDI MADANI BUDI95?

Pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang telah tamat tempoh lebih tiga tahun tidak layak menerima subsidi petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95). Rujuk : https://www.sinarharian.com.my/

Baca juga: