UiTM Student Portal: Login Semakan Keputusan Peperiksaan
Semakan keputusan peperisaan UiTM boleh dibuat secara atas talian boleh dibuat melalui 3 cara mudah iaitu Portal SaringC19, MyStudent, atau UiTM Student Portal.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat semakan keputusan peperiksaan secara online secara pelbagai lagi kemudahan lain yang disediakan melalui UiTM Student Portal.
Apakah UiTM Student Portal?
Jika anda seorang pelajar UiTM, anda tentunya perlu menggunakan UiTM Student Portal bagi memudahkan serta melancarkan lagi urusan harian dengan pihak universiti.
Daripada proses pendaftaran subjek, semakan keputusan peperiksaan, serta pelbagai info terkini disiarkan di portal ini untuk makluman semua pelajar.
Buat pengetahuan anda, sehingga hari ini terdapat 34 kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di setiap negeri di Malaysia.
Tidak kira anda pelajar kampus di Selangor, Perak, Kedah, Melaka mahupun Terengganu, semuanya menggunakan sistem yang sama.
Jadi kalau tak tahu nak bermula di mana, boleh rujuk artikel ini sebagai panduan untuk mendaftar dan cara menggunakan Student Portal ini.
Semakan Keputusan Peperiksaan UiTM
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
[PENGUMUMAN TARIKH KEPUTUSAN PEPERIKAAN AKHIR FEBRUARI 2023]
Merujuk perkara di atas, kami dari Majlis Perwakilan Pelajar ingin mengumumkan bahawa pihak Hal Ehwal Akademik telah mengeluarkan tarikh pengumuman keputusan peperiksaan akhir Februari 2023.
Keputusan peperiksaan boleh mula disemak pada 10 MAC 2023 seawal jam 9.00 pagi.
Para pelajar boleh menyemak keputusan masing-masing melalui Student Portal, iStudent App, SaringC19 dan MyStudent.
Sekian terima kasih.
Jangan lupa untuk ikuti 3 langkah berikut:
1) Semak Saring 19 di https://saringc19.uitm.edu.my
2) Log in MyStudent di https://mystudent.uitm.edu.my
3) Log in UiTM Student Portal di https://istudent.uitm.edu.my
Kalau ada masalah akses, cepat-cepat log in e-aduan ICT di https://units.uitm.edu.my
Semoga urusan anda semua dipermudahkanNya dan mendapat keputusan yang diidamkan!
Portal ini terdiri daripada beberapa bahagian iaitu:
1. eAcademic
- Jadual Kelas
- Keputusan Peperiksaan
- Slip Peperiksaan
- Sistem Pendaftaran eCourse
- Permohonan Cuti Khas
- Permohonan Lanjutan Pengajian
- Permohonan Transkrip Akademik
2. iLearn Portal
- iClass
- SuFO
3. FinePortal
- Bayaran bil
4. eHEP
- e-Kolej
- Insentif Makan
- Zakat
- Stiker Kenderaan
- Saman Lalulintas
- Pelajar NR
- Stiker Elektrik
- Bantuan Aktiviti Kampus (eSPAK)
- Kebajikan / Bantuan Kewangan Pelajar
Memang banyak kegunaan portal ni kan?
Jadi, setiap pelajar kenalah tahu bagaimana untuk mendaftar supaya dapat memanfaatkan ia sebaiknya.
Di bawah ini dikongsikan cara membuat pendaftaran dan login kali pertama ke portal tersebut.
Cara Daftar & Login UiTM Student Portal
Untuk login ke UiTM iStudent Portal, berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan:
- Pergi ke alamat URL rasmi https://simsweb.uitm.edu.my/sportal_app/sportal_login/index.htm
- Klik di “First time login” untuk login kali pertama
- Isi student ID, alamat emel dan nombor sekuriti yang diberikan.
- Kemudian klik “Send my Password to my Email Now”.
- Periksa emel anda dan ikut arahan yang disediakan dalam emel dari UiTM
Panduan Pengaktifan Akaun Google Pelajar UiTM
1. Layari https://mail.uitm.edu.my
2. Pilih menu Gmail Student
3. Masukan Username seperti berikut:
Taip no. pelajar diikuti dengan @student.uitm.edu.my
(Cth. [email protected] )
4. Masukkan Password mengikut kombinasi berikut :
Dua (2) huruf pertama daripada nama penuh pelajar dan
huruf pertama adalah huruf BESAR,
diikuti dengan simbol @ dan enam (6) nombor terakhir nombor pelajar UiTM.
Contoh :
Nama Pelajar : Abdul Halim Abdul Hamid
No. Pelajar : 2017123456
Password Email Google Pelajar UiTM: [email protected]
5. Sebarang permasalahan berkaitan perkara ini, mohon salurkan aduan https://units.uitm.edu.my/aduan_add.cfm
Sila pilih kategori “Operasi Emel Google
Aplikasi i-Student Portal
Selain dilayari di laman web, anda juga boleh menggunakan iStudent Apps yang membawakan maklumat terkini dengan mudah dan cepat.
Ianya boleh dimuat turun melalui Google Playstore di pautan ini: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.edu.uitm.istudent&hl=en atau dengan mengimbas QR code dalam poster di bawah.
Semua maklumat serta kandungan yang terdapat dalam laman web rasmi UiTM iStudent terdapat dalam aplikasi ini.
Cara Daftar Subjek UITM
Pendaftaran bagi subjek-subjek yang diambil untuk setiap semester boleh dibuat melalui iStudent UiTM Portal.
Para pelajar dikehendaki memastikan jumlah kredit mestilah mencukupi untuk setiap semester bagi membolehkan pelajar tamat belajar dan graduasi pada masanya.
Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftarkan subjek-subjek yang perlu diambil:
- Layari laman iStudent UiTM Portal di alamat https://simsweb.uitm.edu.my
- Masukkan ID pelajar dan kata laluan yang sah
- Klik pada butang “Log Masuk”.
- Paparan menu utama laman portal akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian “e-Academic System”.
- Klik pada butang “Course Registration”.
- Klik pada butang “Register New Courses”.
- Pelajar perlu pilih subjek apa yang ingin diambil bagi semesta tersebut sehingga memenuhi jam kredit yang telah ditetapkan.
- Setelah senarai subjek yang diambil pada semesta tersebut berjaya ditambah, klik pada butang “Confirm and generate my first bill”.
- Akhir sekali, pelajar perlu cetak senarai subjek yang dipilih dan didaftarkan sebagai rujukan.
Cara Dapatkan Kad pelajar UITM
Setiap pelajar yang merupakan pelajar UiTM sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa perlulah sentiasa membawa bersama kad pelajar UiTM bagi urusan identifikasi.
Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan kad pelajar UiTM anda:
- Bagi pelajar UiTM, kad pelajar ini boleh dibuat di Kaunter Kad UiTM atau kaunter Bendahari UiTM pada waktu pejabat di kampus masing-masing.
- Pelajar hanya perlu membawa surat tawaran belajar dan kad pengenalan MyKad bagi tujuan untuk membuat kad pelajar UiTM ini.
- Bagi pelajar baru, pihak UiTM akan memaklumkan tarikh-tarikh tertentu untuk membuat uitm student card tersebut.
Cara Dapatkan Surat Pengesahan Tamat Belajar
Bagi pelajar yang sudah menamatkan pengajian di UiTM tetapi belum mendapat sijil konvokesyen, anda boleh mendapatkan surat pengesahan tamat belajar bagi memudahkan anda memohon pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Pelajar tidak perlu ke pejabat pengurusan UiTM untuk mendapatkan surat pengesahan tamat belajar ini sebaliknya proses permohonan boleh dilakukan secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman sesawang https://simsweb.uitm.edu.my
- Masukkan ID pelajar dan kata laluan yang sah serta klik pada butang “Log Masuk”.
- Paparan menu utama laman portal pelajar dipaparkan.
- Klik pada bahagian “e-Academic System”.
- Kemudian, klik pada bahagian “Student Letter”.
- Senarai surat pelajar akan dipaparkan dan klik pada surat pengesahan tamat belajar bagi pelajar UiTM seperti pada Rajah di bawah ini
- Seterusnya, klik butang “View Letter”.
- Akhir sekali, cetak surat pengesahan tamat belajar tersebut.
Cara Semak Jadual Kelas Uitm
Setelah melengkapkan pendaftaran bagi subjek-subjek yang diambil, anda boleh semak jadual pengajian anda di UiTM bagi memudahkan rujukan anda.
Semakan jadual pengajian ini juga mesti dilakukan untuk mengelakkan pertindihan 2 subjek atau kelas dalam sesuatu masa.
Untuk semak jadual pengajian anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman sesawang https://icress.uitm.edu.my seperti pada Rajah di atas ini
- Masukkan kampus dan fakulti pelajar.
- Kemudian, klik pada butang “Display Course Timetable”.
- Senarai jadual kelas bagi setiap kursus di bawah fakulti pelajar akan dipaparkan.
- Daripada paparan tersebut, pelajar boleh mula menyusun jadual kelas mereka.
Maklumat Lanjut
Jika anda mengalami sebarang masalah atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang laman web ini, anda boleh merujuk kepada sumber berikut :
- Facebook Rasmi UiTM Student Portal
- Laman web rasmi UiTM
- Telefon : +603-5544 2000