Login DELIMa KPM: Digital Educational Learning Initiative Malaysia

Ibu ayah yang mengajar anak-anak di rumah dalam tempoh PdPR ini mesti pernah dengar tentang Portal DELIMa KPM kan?

Kalau tak pernah dengar, ibu ayah perlulah ambil masa untuk mengetahui lebih lanjut tentang portal ini kerana begitu banyak yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak melalui portal ini secara percuma!

Jom ketahui lebih lanjut tentang Portal DELIMa KPM dan cara mengakses serta menggunakan pelbagai fungsi yang terdapat di dalamnya.

Baca juga: Contoh Email Mohon Kerja (BM & BI)

Apakah DELIMa KPM?

DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia.

Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.

DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pelajar, di mana ia boleh diakses menggunakan akaun Google sedia ada.

DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak paling asas bagi platform pembelajaran maya  ini.

Cara Login DELIMa KPM

Para pendidik dan pelajar boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan oleh penyelaras ICT di sekolah sebelum ini.

Para guru dan pelajar hanya perlu mengikut langkah berikut untuk login ke laman web tersebut:

  1. Layari laman portal https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
  2. Masukkan ID dan password yang dibekalkan oleh sekolah
  3. Tekan butang LOGIN
  4. Setelah berjaya Login, anda boleh pilih Menu PELAJAR, GURU atau SEKOLAH
  5. Selepas itu, anda akan dipaparkan dengan pelbagai fungsi untuk kegunaan PdPR yang boleh dimanfaatkan sebaiknya!
login delima kpm

Pelbagai Fungsi Dalam Portal DELIMa

Tak ramai yang tahu ada banyak function/apps menarik dalam Portal DELIMa KPM antaranya:

  1. Digital Textbook
  2. Microsoft Office 365 (Word, Excel, Power Point etc)- Free untuk semua murid/guru
  3. Canva
  4. Padlet
  5. Wolfram Alpha
  6. Semua Google services – Earth, Translate, etc.7. MINECRAFT EDUCATION EDITION
login delima kpm
login delima kpm

Baca juga: Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2022 / 2023 & Cuti Akhir Penggal 3

Maklumat Lanjut

Setiap pelajar akan diberikan satu ID yang akan membolehkan mereka mengakses semua kemudahan ini secara percuma.

Untuk maklumat lanjut tentang ID dan Password Pelajar atau masalah terlupa kata laluan dan sebagainya, sila rujuk dengan pihak sekolah atau guru kelas masing-masing.

DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para guru dan Murid.Aplikasi dalam Delima boleh digunakan oleh guru dan murid menggunakan ID moe-dl.

Boleh akses pelbagai apps pembelajaran, buku teks malah akses ke perpustakaan.

Jadi ibu bapa, murid dan guru yang dah ada akaun moe-dl, boleh guna kesemua bahan yang ada.

Link Portal Delima KPM: https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!