Kemaskini Akaun Tabung Haji (TH) Sebelum 1 Oktober 2023

Sudahkah anda kemaskini maklumat akaun Tabung Haji? Pendeposit TH dinasihatkan untuk mengemas kini maklumat akaun TH sebelum 1 Oktober 2023 bagi mengelakkan kesulitan dalam melakukan transaksi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman semua, khususnya pemegang akaun TH.

Kenapa Perlu Kemaskini Maklumat Akaun Tabung Haji?

Lembaga Tabung Haji telah mengumumkan di media sosial dan laman web rasmi mereka bahawa pendeposit perlu membuat kemaskini maklumat akaun TH bagi melancarkan urusan anda di Tabung Haji seperti pengeluaran, pendaftaran Haji, semakan penyata dan lain-lain.

Proses kemaskini ini PENTING kerana ia adalah bagi memenuhi keperluan pihak berkuasa.

Bagi pendeposit yang tidak mengemas kini maklumat peribadi, transaksi anda akan disekat.

Cara Kemaskini Maklumat Akaun Tabung Haji (TH)

Kemaskini boleh dilakukan secara online di laman web THiJARI atau Pejabat Cawangan TH yang berhampiran anda.

Kemaskini maklumat akaun TH boleh dilakukan melalui web THiJARI (www.thijari.com.my) melalui menu Profil Saya > Kemaskini Butiran.

Maklumat yang boleh dikemaskini melalui THiJARI adalah seperti gelaran, alamat e-mel, alamat surat menyurat, nombor telefon rumah / pejabat dan maklumat pekerjaan sahaja.

Jika anda terlupa kata laluan, boleh klik pada menu Terlupa Butiran Log Masuk di THiJARI (https://www.thijari.com.my) untuk semakan ID Pengguna dan penetapan kata laluan yang baru.

Sila rujuk panduan video di bawah:

Selain itu, kemaskini maklumat akaun TH juga boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Cawangan TH yang berhampiran.

Tarikh Akhir Kemaskini Maklumat Akaun Tabung Haji (TH)

Pendeposit TH dinasihatkan untuk mengemas kini maklumat akaun TH sebelum 1 Oktober 2023 bagi mengelakkan kesulitan dalam melakukan transaksi.

Soalan Lazim (FAQ)

SoalanJawapan
Adakah saya boleh mengemaskini maklumat profil saya?Ya, anda boleh mengemaskini butiran peribadi anda melalui portal THiJARI sahaja.

Untuk mengemaskini butiran peribadi anda:

Klik menu “Profil Saya” Pilih “Kemaskini Butiran”Kemaskini butiran anda dengan mengisi semua ruangan (* bermaksud wajib diisi)Klik butang ‘Berikutnya’ dan mohon TAC untuk mengesahkan semua butiran andaSebaik sahaja anda memasukkan Nombor TAC dan klik butang ‘Sah’, anda telah berjaya mengemaskini butiran peribadi anda
Adakah saya perlu hadir kemana-mana pejabat TH Cawangan bagi tujuan pengesahan maklumat yang telah dikemaskini?Tidak, anda tidak perlu hadir ke pejabat TH Cawangan bagi tujuan pengesahan. 
Adakah saya boleh mengemaskini No Telefon Bimbit melalui portal THiJARI?Tidak, anda perlu hadir kemana-mana pejabat TH cawangan bagi mengemaskini Nombor Telefon Bimbit anda. 
Saya log masuk THiJARI saya dan melihat mesej makluman yang mengatakan bahawa saya perlu mengemaskini profil saya. Adakah ini wajib?Mulai Jan 2023, semua pengguna THiJARI (pengguna baharu & sedia ada) akan diwajibkan untuk mengemaskini profil mereka. Ini adalah untuk memastikan semua butiran peribadi anda adalah yang terkini.
Apakah maklumat peribadi yang boleh dikemaskini melalui portal THiJARI?Maklumat yang hanya boleh dikemaskini adalah seperti berikut: –

Gelaran
Emel
Alamat Tetap
Alamat Surat Menyurat
Nombor Telefon Rumah & Pejabat
Status Perkahwinan
Nombor Akaun Bank
Maklumat Pekerjaan
Maklumat Perniagaan
Maklumat Pasangan
Hebahan Bahan-bahan Promosi dan
Pemasaran
Pengisytiharaan FATCA dan CRS

Selain daripada senarai maklumat di atas, anda perlu hadir kemana-mana pejabat TH cawangan bagi mengemaskini maklumat peribadi anda.
Berapa kalikah saya boleh mengemaskini maklumat peribadi saya?Tiada had.

Maklumat Lanjut

Untuk bantuan dan pertanyaan, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre di talian 03-6207 1919

Sila rujuk laman web rasmi dan media sosial Tabung Haji :

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!